in

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di KUIS

Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Panduan buat pelajar yang berhasrat untuk menyambung pengajian tinggi di KUIS. Berikut dikongsikan Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di KUIS merangkumi Program PHD, Sarjana Muda, Asasi, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma. Kursus pengajian yang ditawarkan di KUIS telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

KUIS merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif.

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di KUIS

Program Pengajian Di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Objektif penubuhan KUIS adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangunkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam. Selain itu, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Syarat Kelayakan Kemasukan KUIS

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Panduan permohonan kemasukan KUIS boleh dirujuk di MOHON KUIS.

Ijazah Sarjana Muda

  • Keputusan Peperiksaan STAM hanya dengan keputusan MAQBUL
  • STPM hanya dengan 2 kredit

Asasi KUIS

Diploma KUIS

  • Mendapat 3 kredit dalam SPM

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di KUIS – PHD, Sarjana Muda, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Dan Asasi

Berikut adalah Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di KUIS berdasarkan kepada jenis program pengajian.

A. PROGRAM IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PHD)

Fakulti Pengajian Peradaban Islam

  • PI02 Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Bahasa Arab

Fakulti Sains & Teknologi Maklumat

  • PT01 Ijazah Doktor Falsafah Multimedia Kreatif

Fakulti Pendidikan

  • PE01 Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan

B. PROGRAM IJAZAH SARJANA (MASTERS)

Fakulti Pengurusan dan Muamalah

  1. MG01 Pentadbiran Perniagaan (Muamalah)
  2. MT12 Kewangan Islam
  3. MT10 Pengurusan Sumber Manusia
  4. MT13 Perakaunan
  5. MT11 Ekonomi
  6. MT14 Komunikasi

Fakulti Pengajian Peradaban Islam

  1. MT04 Usuluddin & Pemikiran Islam
  2. MT07 Pengajian Al-Quran
  3. MT05 Usuluddin (Perbandingan Agama)
  4. MT08 Pengajian Ilmu Qiraat
  5. MT06 Pengajian Al-Hadis
  6. MT09 Dakwah & Pembangunan Komuniti

Fakulti Syariah dan Undang-Undang

  • MG02 Syariah (Pengurusan)

Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat

  • MC03 Teknologi Maklumat
  • MT20 Sains (Multimedia Kreatif)

Fakulti Pendidikan

  1. MT15 Pendidikan (Pendidikan Islam)
  2. MT18 Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan)
  3. MT16 Pendidikan (Pendidikan Bahasa)
  4. MT19 Pendidikan (Teknologi Pendidikan)
  5. MT17 Pendidikan (Kurikulum & Pedagogi)

C. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

Kursus pengajian yang ditawarkan di KUIS untuk Program Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut :-

Fakulti Pengurusan dan Muamalah

  1. BB01 Pentadbiran Perniagaan dengan E-Dagang (Kepujian)
  2. BB04 Perakaunan (Kepujian)
  3. BB02 Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
  4. BB05 Kewangan Islam (Perbankan) (Kepujian)
  5. BB03 Ekonomi dan Kewangan (Kepujian)
  6. BC02 Komunikasi (Penyiaran) (Kepujian)

Fakulti Pengajian Peradaban Islam

  1. BI02 Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi (Kepujian)
  2. BI06 Bahasa Arab dengan Multimedia (Kepujian)
  3. BI03 Usuluddin dengan Multimedia (Kepujian)
  4. BC01 Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua (Kepujian)
  5. BI04 Al-Quran dan Al-Qiraat (Kepujian)
  6. BC03 Bahasa Arab (Terjemahan) (kepujian)
  7. BI05 Dakwah Dengan Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
  8. Fakulti Syariah dan Undang-Undang
  9. BI01 Syariah dengan Undang-undang (Kepujian)
  10. BS02 Syariah dengan Muamalat (Kepujian)

Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat

  1. BT01 Teknologi Maklumat (Multimedia) (Kepujian)
  2. BT02 Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian) (Kepujian)

Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Fakulti Pendidikan

  1. BE01 Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dengan Multimedia (kepujian)
  2. BE02 Pendidikan Islam dengan Multimedia (Kepujian)

D. PROGRAM DIPLOMA

KUIS ada juga menawarkan program pengajian peringkat Diploma buat para pelajar seperti berikut:-

Fakulti Pengurusan dan Muamalah

  1. MS31 Perakaunan
  2. MS34 Pengurusan Sumber Manusia
  3. MS32 Pengurusan Perniagaan
  4. CS41 Komunikasi
  5. MS33 Perbankan Islam
  6. LS43 Pengajian Bahasa Inggeris

Fakulti Pengajian Peradaban Islam

  1. IS11 Pengajian Islam (Bahasa Arab)
  2. IS14 Pengajian Islam (Al-Quran dan Al-Sunnah)
  3. IS13 Pengajian Islam (Akidah dan Pemikiran Islam)
  4. IS15 Pengajian Islam (Dakwah)

Fakulti Syariah dan Undang-Undang

  • IS12 Pengajian Islam (Syariah)
  • IS18 Syariah dan Perundangan Islam
  • Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat
  • MS36 Teknologi Maklumat (Multimedia)
  • MS39 Sains Komputer

Diploma Perguruan

Fakulti Pendidikan

  • ES53 Pendidikan Islam

E. PROGRAM ASASI

KUIS juga ada menawarkan Program Asasi kepada pelajar.

  1. FA01 Kursus Asas Pengajian Islam
  2. FA04 Pengajian Tahun Asas Bahasa Arab
  3. FA02 Asasi Pengurusan
  4. FA05 Pengajian Asas Komunikasi
  5. FA03 Pengajian Asas Teknologi Maklumat
  6. FA06 Asasi Bahasa Inggeris

Semoga perkongsian Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di KUIS boleh dijadikan panduan buat pemohon kemasukan KUIS dalam memilih program pengajian. Selamat menyambung pengajian tinggi anda di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Residensi Wilayah Online (Rumah Mampu Milik)

Permohonan KUIS November 2019 Online