in

Senarai Lokasi Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)

Senarai Alamat Pejabat JANM Lokasi Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD). Sudahkah anda membuat semakan wang tidak dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)? Berikut dikongsikan Senarai Lokasi Semakan Wang Tidak Dituntut iaitu senarai alamat JANM di mana anda boleh membuat semakan wang tidak dituntut milik anda. Wang Tidak Dituntut atau ringkasnya WTD adalah sebenarnya wang milik seseorang yang tidak dapat diserahkan kepada tuan punya atas faktor-faktor tertentu. Contohnya wang daripada akaun-akaun bank yang tidak aktif/ ditutup, bayaran deposit, rebat insurans dan banyak lagi.

Untuk makluman, kerajaan tidak menghadkan tarikh tuntutan dan ianya boleh dituntut pada bila-bila masa sahaja. Setakat ini, permohonan semakan WTD boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Adalah difahamkan yang semakan WTD secara atas talian/ online atau e-GUMIS akan diperkenalkan pada suku kedua tahun 2018. Selain itu, Kementerian Kewangan akan mewujudkan kaunter bergerak bagi memudahkan orang ramai di kawasan pendalaman untuk membuat semakan sebelum proses tuntutan di buat di Jabatan Akauntan Negara.

Senarai Lokasi Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)

Senarai Alamat JANM Seluruh Negeri Tempat Semak Wang Tidak Dituntut

Berikut dikongsikan Senarai Alamat Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) di seluruh negeri iaitu lokasi untuk membuat Wang Tidak Dituntut. Untuk membuat semakan, pemohon perlu hadir mengunjungi Kaunter Bahagian WTD Jabatan Akauntan Negara Malaysia atau Pejabat Cawangan Negeri JANM pada waktu pejabat atau waktu yang dipaparkan di setiap cawangan JANM.

Cara Semakan WTD Di Kaunter WTD JANM

  1. Sila bawa Kad pengenalan/ MyKad dan serahkan MyKad anda di kaunter
  2. Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan melalui sistem
  3. Status WTD samada ada atau tidak akan dapat diketahui dalam masa beberapa minit sahaja
  4. Semakan waris yang telah meninggal dunia boleh juga dibuat. Sila bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris
  5. Tiada bayaran atau caj perkhid­matan dikenakan untuk membuat semakan

Senarai Lokasi Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)

Berikut adalah Senarai Alamat JANM (Kaunter WTD) seluruh negeri iaitu lokasi di mana anda boleh membuat semakan WTD.

A. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

  • Kompleks Kementerian Kewangan
    No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
    62594 Putrajaya
  • Tel : 03 – 8882 1000
    Faks : 03 – 8882 1042
    Emel: maklumbalas@anm.gov.my

B. WILAYAH UTARA

PERLIS

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis
    Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
    Persiaran Jubli Emas,
    01000 Kangar, Perlis.
  • Tel : 04-976 2766
    Fax : 04-976 2668
    Emel: pneg_per@anm.gov.my

KEDAH

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah
    Aras G & 4, Zon C,
    Wisma Persekutuan Anak Bukit,
    06550 Anak Bukit, Alor Setar,
    Kedah Darulaman.
  • Tel : 04-700 1000
    Faks : 04-700 1011/1068
    Emel: pneg_kdh@anm.gov.my

PULAU PINANG

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang
    Tingkat 42, KOMTAR,
    10000 Pulau Pinang
  • Tel : 04-2555 500/501/502/503/504/505/506/507
    Faks : 04-2555 577
    Emel: pneg_png@anm.gov.my

PERAK

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak
    Tingkat 5 – 9, Wisma Maju UMNO,
    Jalan Sultan Idris Shah,
    30990 Ipoh Perak.
  • Tel: 05 – 254 7304 / 254 7305
    Faks: 05 – 241 1343
    Emel: pneg_prk@anm.gov.my

C. WILAYAH TENGAH : Senarai Lokasi Semakan Wang Tidak Dituntut

SELANGOR

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor
    Bangunan Affin Bank,
    Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
    Seksyen 14, 40000 Shah Alam
    Selangor
  • Tel : 03-55205200
    Fax : 03-55105049
    Emel: pneg_sgr@anm.gov.my

NEGERI SEMBILAN

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sembilan
    Tingkat. 10, Wisma Persekutuan,
    Jalan Dato´ Abdul Kadir,
    70990 Seremban, Negeri Sembilan
  • Tel : 06-768 6800
    Faks : 06-761 9027
    Emel: pneg_nsb@anm.gov.my

D. WILAYAH SELATAN : Senarai Lokasi Semakan Wang Tidak Dituntut

JOHOR

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor
    Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,
    Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
    80720 Johor Bahru.
  • Tel : 07-224 9244
    Faks : 07-223 9322
    Emel: pneg_jhr@anm.gov.my

MELAKA

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Melaka
    Aras 5, Menara Persekutuan,
    Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
    75450 Melaka.
    Tel : 06-289 5000
    Faks : 06-234 5201
    Emel: pneg_mlk@anm.gov.my

E. WILAYAH TIMUR

PAHANG

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang
    Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN,
    Jalan Bank,
    25000 Kuantan, Pahang.
  • Tel : 09-565 5802
    Faks : 09-516 4931
    Emel: pneg_phg@anm.gov.my

TERENGGANU

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu
    Tingkat 11, Wisma Persekutuan,
    Jalan Sultan Ismail,
    20594 Kuala Terengganu,
    Terengganu.
  • Tel : 09-627 8200
    Faks : 09-622 2137
    Emel: pneg_trg@anm.gov.my

KELANTAN

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Kelantan
    Blok A Tingkat 1 & 2, Bangunan Kerajaan Persekutuan Jalan Doktor,
    15990 Kota Bharu Kelantan.
  • Tel : 09-746 0200
    Faks : 09-747 5484
    Emel: pneg_kel@anm.gov.my

F. SABAH : Senarai Lokasi Semakan Wang Tidak Dituntut

JANM Cawangan Negeri Sabah

  • Aras Bawah, 6 & 7, Wisma Perindustrian Jalan Istiadat,
    Likas Beg Berkunci No. 2053
    88594 Kota Kinabalu, Sabah
  • Tel : 088-8324 888 / 088-324 801
    Faks : 088-210 828
    Emel: pneg_kki@anm.gov.my

JANM Cawangan Keningau

  • Rumah Persekutuan, Tingkat 2, Beg Berkunci No.5
    89009 Keningau, Sabah
  • Tel : 087-331 245 / 339 960
    Faks : 087-330 449
    Emel: pcaw_kgu@anm.gov.my

JANM Cawangan Tawau

  • Tingkat 4, Wisma Persekutuan,
    Jalan Dunlop, Bandar Sabindo,
    91000, Tawau Sabah
  • Tel : 089-775 620, 089-775 621
    Faks : 089-773 688
    Emel: pcaw_taw@anm.gov.my

JANM Cawangan Sandakan

  • Sandakan Tingkat 2, Wisma Persekutuan
    Beg Berkunci No. 6
    90509 Sandakan, Sabah
  • Tel : 089-668331
    Faks : 089-668384
    Emel: pcaw_sdk@anm.gov.my

JANM Cawangan Labuan

  • Persekutuan Labuan
    Blok 4 Tingkat 5, Ujana Kewangan,
    Peti Surat 80622,
    87016 W.P Labuan.
  • Tel : 087-412 172 /413 195 / 414 255 / 087-413729
    Faks : 087-419 536
    Emel: pcaw_lab@anm.gov.my

G. SARAWAK : Senarai Lokasi Semakan Wang Tidak Dituntut

JANM Negeri Sarawak

  • Tingkat 6,
    Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
    Jalan Simpang Tiga,
    93594 Kuching, Sarawak.
  • Tel : 082-254 144
    Faks : 082-256 991
    Emel: pneg_kch@anm.gov.my

JANM Cawangan Sibu

  • Wisma Persekutuan Blok 1,
    Jalan Awang Ramli Amit,
    96000 Sibu, Sarawak.
  • Tel : 084-332 053
    Faks : 084-323 824
    Emel: pcaw_sib@anm.gov.my

JANM Cawangan Sarikei

  • No. 2-3, Lorong Jubli Mutiara 2,
    Jalan Bersatu,
    96100 Sarikei, Sarawak
  • Tel : 084-654 032 / 654 043
    Faks : 084-652 087 / 320 535
    Emel: pcaw_srk@anm.gov.my

JANM Cawangan Sri Aman

  • Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
    Fasa 2, Jalan Kejatau,
    95000 Sri Aman, Sarawak.
  • Tel : 083-321 200 / 321 201 / 323 629
    Faks : 083-321 200 / 321 201 / 323 629
    Emel: pcaw_sri@anm.gov.my

JANM Cawangan Kapit

  • Tingkat bawah & 1, Wisma Persekutuan
    Jalan Kapit By -Pass,
    96800 Kapit Sarawak.
  • Tel : 084-796 382 / 797 218 / 796 473
    Faks : 084-797 620
    Emel: pcaw_kpt@anm.gov.my

JANM Cawangan Bintulu

  • Tingkat 2, Wisma Bintulu, Nombor 1,
    Jalan Kidurong, 97007 Bintulu, Sarawak.
  • Tel : 086-312741
    Faks : 086-312763
    Emel: pcaw_btl@anm.gov.my

JANM Cawangan Limbang

  • Tingkat 1-3 Lot 2002 LTD
    Jalan Tarap
    98700 Limbang, Sarawak.
  • Tel : 085-212 355 / 212773
    Faks : 085-212 624
    Emel: pcaw_lbg@anm.gov.my

JANM Cawangan Miri

  • Tingkat 4, Yu Lan Plaza,
    Jalan Brooke,
    98000 Miri, Sarawak.
  • Tel : 085-442 180
    Faks : 085-423 103
    Emel: pcaw_mir@anm.gov.my

Sumber : Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Maklumat Lanjut Wang Tidak Dituntut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan semakan Wang Tidak Dituntut, sila rujuk di

  1. Garis Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tidak DiTuntut
  2. Panduan Permohonan WTD

Moga perkongsian Senarai Lokasi Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) boleh dijadikan panduan buat semua yang ingin membuat semakan. Jom semak di lokasi JANM yang berdekatan dengan tempat kediaman anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Contoh Surat Kiriman Rasmi

Surat Kiriman Rasmi Contoh Dan Format

Semakan Keputusan UiTM 2018 Online

Semakan Keputusan UiTM 2018-2019 Online