Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Susunan dari jawatan kategori tertinggi sehingga rendah dalam perkhidmatan.

Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Pangkat Pegawai Tinggi Dan Rendah Dalam PDRM Polis DiRaja Malaysia. Anda berminat untuk menyertai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebagai salah seorang anggota polis. Polis adalah salah satu pasukan beruniform di Malaysia selain Tentera, Bomba, Kastam dan banyak lagi. Berikut dikongsikan Senarai Pangkat Polis PDRM Polis DiRaja Malaysia dari Pemerintah Tertinggi, Pegawai Kanan hingga ke Pegawai Rendah.

Kepada Warganegara Malaysia yang berminat untuk menjadi Polis, anda boleh membuat permohonan jawatan kosong PDRM secara online. Anda perlulah membuat permohonan dengan membuat pendaftaran melalui Borang SPA8i di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan adalah percuma.

Senarai Pangkat Polis PDRM

Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Berikut adalah senarai pangkat polis diraja malaysia pdrm.

Menjadi seorang Polis adalah merupakan cita-cita ramai pelajar di sekolah. Polis DiRaja Malaysia atau PDRM mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kumpulan pegawai kanan polis dan kumpulan pegawai rendah seperti berikut:-

  • Kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari peringkat pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis
  • Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel

Polis diraja malaysia mempunyai beberapa istilah pangkat. Berikut pula adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM yang dirujuk dari Portal Rasmi PDRM :-

A. Pemerintah Tertinggi PDRM

  1. Ketua Polis Negara (IGP) : Inspector General of Police
  2. Timbalan Ketua Polis Negara (DIGP) : Deputy Inspector General of Police

B. Pegawai-Pegawai Kanan Polis

  1. Pesuruhjaya Polis (CP) : Commissioner of Police
  2. Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) : Deputi Commissioner of Police
  3. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SACP) : Senior Assistant Commissioner of Police
  4. Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) : Assistant Commissioner of Police
  5. Penguasa Polis (SP) : Superintendant of Police
  6. Timbalan Penguasa Polis (DSP) : Deputy Superintendant of Police
  7. Penolong Penguasa Polis (ASP) : Assistant Superintendant of Police
  8. Inspektor Polis (INSP) : Inspector of Police
  9.  Inspektor Percubaan Polis (P/INSP) : Probationary Inspector of Police

C. Pegawai Rendah Polis

  1. Sub Inspektor Polis (S/INSP) : Sub Inspector of Police
  2. Sarjan Mejar (SJN/M) : Police Sergeant Major
  3. Sarjan (SJN) : Police Sergeant
  4. Koperal (KPL) : Police Corporal
  5. Lans Koperal (L/KPL) : Police Lance Corporal
  6. Konstabel (KONST) : Police Constable

Grafik Senarai Pangkat Dalam Polis DiRaja Malaysia

Untuk lebih jelas, berikut dikongsikan grafik senarai pangkat polis :-

senarai pangkat polis pegawai atasan

senarai pangkat polis pegawai atasan dan bawahan

Tugas Seorang Polis

Menurut Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysia, Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:-

  1. menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;
  2. memproses risikan keselamatan;
  3. menjalankan pendakwaan;
  4. memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
  5. memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;
  6. melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;
  7. mempamerkan maklumat;
  8. melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;
  9. menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;
  10. memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
  11. melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
  12. menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan
  13. menjaga ketenteraman didalamnya dan
  14. mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.

Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh lah menghubungi pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) atau ibu pejabatnya di bukit aman kuala lumpur seperti perincian berikut:

  • Telefon : 03 – 2266 2222
  • Faks : 03 – 2070 7500
  • Alamat : Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur

Semoga perkongsian Senarai Pangkat Dalam PDRM Polis DiRaja Malaysia boleh dijadikan panduan buat mereka yang berminat untuk menjadi Polis. Jangan lepaskan peluang dan daftar di Portal Rasmi SPA sekarang.

Rel : general polis dan kumpulan, pegawai pasukan polis, abdul hamid, polis berpangkat, tan sri, tugas mengatur ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang malaysia dan dalam menguatkuasakan peraturan peraturan kelautan dan pelabuhan, senior asisten komisioner polis sac, sah oleh undang undang untuk ditangkap, mengiring dan lapangan terbang malaysia dan dalam menguatkuasakan peraturan peraturan kelautan dan pelabuhan, general polis diraja malaysia bukit aman, jabatan keselamatan dalam negeri ketenteraman awam kdn ka, jabatan siasatan jenayah narkotik,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *