Senarai Program Asasi Yang Ditawarkan Di UA (Aliran Sains Dan Sastera). Maklumat terkini senarai program asasi yang ada ditawarkan kepada pelajar lepasan spm di universiti awam buat bumiputera dan bukan bumiputera aliran sains serta sastera.

Senarai Program Asasi Yang Ditawarkan Di UA Universiti Awam

Perhatian buat semua pelajar yang baru sahaja mengambil keputusan peperiksaan SPM Sijil Pelajaran Malaysia. Anda pasti tertanya-tanya ke manakah hala tuju selepas ini dan program apakah yang ditawarkan bagi menyambung pengajian di peringkat pengajian tinggi. Terdapat pelbagai jenis kursus serta program yang ditawarkan khusus bagi lepasan SPM antaranya adalah pengajian sijil, Asasi dan Diploma daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Swasta (IPTS). Berikut adalah senarai program asasi yang ditawarkan di IPTA buat rujukan pelajar dalam memilih kursus yang diminati untuk permohonan UPU online..

Selain IPTS, IPTA atau Universiti Awam (UA) juga menawarkan pelbagai jenis program asasi atau turut dikenali sebagai Foundation. Program asasi adalah program khas buat lepasan spm yang berkelayakan untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi sebelum memasuki pengajian ijazah sarjana muda (Degree). Tempoh pengajian adalah selama 1 tahun atau 2 tahun pengajian mengikut kursus atau program yang ditawarkan.

Senarai Program Asasi Yang Ditawarkan Di IPTA

Senarai Program Asasi Yang Ada Ditawarkan Di UA (Universiti Awam) Bumiputera Dan Bukan Bumiputera

Program asasi terbahagi kepada dua jenis kategori iaitu kategori terbuka dan tertutup. Bagi kategori terbuka, ianya bermaksud program tersebut turut diiktiraf oleh universiti lain bagi meneruskan pengajian ijazah sarjana muda seperti Universiti Malaya (semua asasi kecuali asasi alam bina dan pengajian Islam, serta semua asasi di UIAM), Universiti Teknologi MARA (kecuali asasi di UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (kecuali Asasi Pintar).

Bagi kategori tertutup pula, ianya hanya diiktiraf oleh universiti yang menawarkan asasi tersebut dan tidak kepada universiti lain seperti UNIMAS, UMS, USIM, UPNM dan UPM.

Senarai Program ASASI IPTA 2020/2021

Menurut e-Panduan UPU, untuk kemasukan ke universiti awam program pengajian lepasan SPM bagi sesi Akademik 2020/2021, terdapat 39 buah program pengajian asasi  dan 2 Tahmidi yang ditawarkan. Berikut adalah senarai program asasi dan Tahmidi yang ditawarkan di IPTA.

SENARAI PROGRAM ASASI IPTA 2020/2021

KODNAMA PROGRAMTERBUKA KEPADA KATEGORIBIDANGUNIVERSITI AWAM
D0080Asasi Sains Dan PerubatanHuruf A : Aliran SainsBasic/ Broad General ProgrammesUnisZA
E0001Asasi SainsHuruf A : Aliran SainsApplied ScienceUiTM
E0150TESL# AsasiHuruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
Languages = 223 + 224UiTM
E0400Asasi KejuruteraanHuruf A : Aliran SainsEngineering and Engineering Trades (Broad Programmes)UiTM
E0600KPM : Asasi Undang-UndangHuruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
LAWUiTM
E0601Asasi Undang-Undang (UiTM)Huruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
LAWUiTM
G0001STEM (Asasi)Huruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
Basic / Broad General ProgrammesUMT
H0001Asasi SainsHuruf A : Aliran SainsOtherUMS
K0001Asasi PintarHuruf A : Aliran SainsBasic / Broad General ProgrammesUKM
M0010Sains Hayat (Asasi)Huruf A : Aliran SainsBiology and BiochemistryUM
M0020Asasi Sains FizikalHuruf A : Aliran SainsPhysical Science (Broad Programmes)UM

M0710

Asasi Pengajian Islam dan Sains 

Huruf A : Aliran Sains

Other

UM

M0711Pengajian Islam (Asasi)Huruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
OtherUM
P0050Asasi Sains PertanianHuruf A : Aliran SainsOtherUPM
U0228Program Asasi Pengurusan#Huruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
OtherUUM
W0010Asasi Sains HayatHuruf A : Aliran SainsBasic / Broad General ProgrammesUNIMAS
W0020Asasi Sains FizikalHuruf A : Aliran SainsBasic / Broad General ProgrammesUNIMAS
Y0010Sains Hayat (Asasi)Huruf A : Aliran SainsOtherUIAM
Y0020Asasi Sains FizikalHuruf A : Aliran SainsOtherUIAM
Y0030Asasi Sains Kesihatan BersekutuHuruf A : Aliran SainsOtherUIAM
Y0031Kejururawatan (Asasi)Huruf A : Aliran SainsOtherUIAM

Y0060

Asasi Farmasi

Huruf A : Aliran Sains

Other

UIAM

Y0070Asasi Pergigian Huruf A : Aliran SainsOtherUIAM
Y0080Perubatan (Asasi)Huruf A : Aliran SainsOtherUIAM
Y0140Asasi Sains KemanusiaanHuruf A : Aliran SasteraOtherUIAM
Y0150Asasi Bahasa InggerisHuruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
OtherUIAM
Y0151Bahasa Arab (Asasi)Huruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
OtherUIAM
Y0152Asasi Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi AntarabangsaHuruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
OtherUIAM
Y0153Asasi Bahasa Arab Untuk Komunikasi AntarabangsaHuruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
OtherUIAM
Y0154Bahasa Melayu Untuk Komunikasi Antarabangsa (Asasi)Huruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
OtherUIAM
Y0200Asasi Ekonomi & Sains PengurusanHuruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
OtherUIAM
Y0245Asasi Perancangan Pelancongan Dan Pengurusan HospitalitiHuruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
OtherUIAM
Y0300Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar (Asasi)Huruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
OtherUIAM
Y0400Asasi Kejuruteraan Dan Sains KomputerHuruf A : Aliran SainsOtherUIAM
Y0600Asasi Undang-UndangHuruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
OtherUIAM
Y0707Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam : AsasiHuruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
OtherUIAM
Z0080Asasi Perubatan#Huruf A : Aliran SainsMedicineUPNM
Z0220Asasi Pengurusan Dan Strategi#Huruf A : Aliran Sastera
Huruf B : Aliran Sastera
Management And AdministrationUPNM
Z0470Kejuruteraan dan Teknologi# : AsasiHuruf A : Aliran Sains
Huruf B : Aliran Sains
Engineering and Engineering Trades (Broad Programmes)UPNM
Q0070Tamhidi PergigianHuruf A : Aliran SainsPhysical Science (Broad Programmes)USIM
Q0080Tamhidi PerubatanHuruf A : Aliran SainsPhysical Science (Broad Programmes)USIM
Q03210Perakaunan dan Muamalat : Tamhidi Huruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
Business and Administration (Broad Programmes)USIM
Q0601Tamhidi Syariah dan Undang-UndangHuruf A : Aliran Sastera
Huruf A : Aliran Sains
Syariah LawUSIM
Q0800Tamhidi Sains dan TeknologiHuruf A : Aliran SainsPhysical Science (Broad Programmes)USIM

Sumber : e-Panduan UA

*Kod pengajian yang dinyatakan adalah untuk sesi kemasukan 2019-2020

Daripada keseluruhan program yang ditawarkan seperti di atas, dapatlah dilihat bahawa:

  • 21 program boleh dimohon oleh pelajar aliran sains sahaja
  • 1 program boleh dimohon oleh pelajar aliran sastera sahaja
  • 19 program boleh dimohon oleh pelajar aliran sains dan aliran sastera

Syarat Am Kemasukan Program Asasi

Program Asasi IPTA terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad serta memiliki sijil SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Selain memenuhi syarat am kemasukan, pemilihan para pelajar dalam penempatan ke program asasi adalah berdasarkan markah merit seperti berikut:

  1. Bagi pelajar aliran sastera, lima subjek utama kiraan merit adalah Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Al-Quran dan Sunnah.
  2. Bagi pelajar aliran sains, lima subjek utama kiraan merit adalah Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi (atau subjek lain yang menggantikan biologi seperti Prinsip Perakaunan, Lukisan Kejuruteraan, Perdagangan, Ekonomi Asas dan sebagainya)
  3. Serta mana-mana tiga subjek terbaik lain dalam keputusan peperiksaan SPM.

Program asasi ini juga terbuka kepada beberapa jenis pemohon mengikut kursus pengajian. Pertama sekali, kursus yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan adalah seperti berikut:

  • UM : Asasi Pengajian Islam
  • Asasi UPM
  • Asasi UPNM
  • Tamhidi USIM
  • Asasi UKM
  • Asasi UUM

Bagi program asasi yang dinyatakan di bawah ini, ianya hanya terbuka pemohon yang berketurunan Melayu, Orang Ali Semenanjung, Anak Negeri Sarawak dan Anak Negeri Sabah sahaja:

  • Asasi UiTM
  • Asasi UIAM
  • UM : Asasi Sains
  • Asasi UNIMAS
  • Asasi UMS
  • UniSZA Asasi
  • Asasi STEM UMT

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai senarai program asasi yang ditawarkan di IPTA, bolehlah merujuk dan menghubungi butiran berikut:

  • Alamat : Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200, W.P. Putrajaya
  • Telefon: 03-88708200 / 6767 / 6777
  • Faks : 03-88706864

Semoga perkongsian senarai program asasi yang ada ditawarkan di universiti awam dapat memberikan petunjuk serta panduan kepada semua pelajar lepasan SPM yang berhasrat ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Diucapkan selamat maju jaya serta semoga berjaya mendapatkan tempat bagi program asasi di IPTA.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *