Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP Yang Boleh Dipohon. Jenis-jenis bantuan zakat yang boleh dipohon oleh asnaf beserta syarat kelayakan memohon.

Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP (Majlis Agama Islam WP)

Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya yang berkelayakan. Adakah anda termasuk dalam golongan yang layak menerima zakat? Tahukah anda bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan pelbagai jenis skim bantuan zakat termasuk bantuan perkahwinan bagi yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan? Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, berikut dikongsikan Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP yang boleh dipohon oleh mereka yang layak buat rujukan semua.

Serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974. Objektif penubuhannya adalah untuk menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum itu diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor. MAIWP juga berperanan menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya setelah kedua-duanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001.

Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP Jenis bantuan

Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP Yang Boleh Dimohon (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP untuk panduan semua:

Syarat Umum Permohonan

Bagi setiap jenis skim bantuan zakat, pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Menganut Agama Islam
  2. Mempunyai kewarganegaraan Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan satu tahun atau lebih dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah

Had al-Kifayah

Had Kifayah boleh didefinisikan sebagai kadar keperluan (kecukupan). Menurut syarak ia bermaksud kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Dengan kata mudah, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berpandukan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan untuk mengetahui kadar yang harus diberikan sebagai bantuan bagi memenuhi kecukupan perbelanjaan asasi.

Penilaian yang dilakukan untuk menentukan Had Kifayah ini merangkumi enam (6) aspek keperluan asas iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.

  1. Perlindungan: Perbelanjaan yang berkaitan dengan perlindungan untuk seisi rumah sebagai contoh sewa rumah, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkenaan.
  2. Makanan: Semua jenis bahan makanan dan minuman yang diperlukan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.
  3. Pakaian: Semua bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkenaan.
  4. Perubatan: Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti farmasi, hospital awam dan lain-lain yang berkenaan.
  5. Pendidikan: Semua kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkenaan.
  6. Pengangkutan: Semua kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkenaan.

Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dihitung sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Seterusnya ia akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Jika jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon layak menerima bantuan zakat.

Kalkulator Had Kifayah

Jenis Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP

Terdapat lima (5) kategori skim bantuan zakat yang disediakan oleh MAIWP. Jenis-jenis skim bantuan zakat tersebut adalah seperti berikut. Klik pada pautan nama zakat untuk mendapatkan butiran lanjut:

1. Pembangunan Asnaf

  1. Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri
  2. Bantuan Musibah
  3. Bantuan Kecemasan
  4. Bantuan Perkahwinan
  5. Bantuan Guaman Syarie
  6. Bantuan Perubatan (Hemodialisis, Peralatan Kesihatan dan AM)
  7. Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
  8. Bantuan Takaful Asnaf
  9. Bantuan Aidilfitri
  10. Bantuan Kewangan Bulanan

2. Tempat Tinggal

  1. Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah
  2. Bantuan Membina / Membaiki Rumah
  3. Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan

3. Berdikari

  1. Bantuan Perniagaan
  2. Bantuan Motosikal Orang Kurang Upaya (OKU)
  3. Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  4. Bantuan Pertanian / Perikanan / Penternakan
  5. Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah / Lori Pick Up (Perniagaan)

4. Pendidikan

  1. Bantuan Am Persekolahan
  2. Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT
  3. Bantuan Tuisyen
  4. Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan
  5. Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
  6. Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal
  7. Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)
  8. Bantuan Biasiswa Baitulmal Insentif Khas Pelajar Cemerlang

5. Pembangunan Ummah

  1. Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan (NGO) & Institusi Pendidikan
  2. Bantuan Institusi Tahfiz (tiada butiran lanjut)

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran yang diberikan di bawah:

Diharap agar perkongsian berkaitan Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP ini dapat memberi manfaat buat anda. Semoga berjaya membuat permohonan dan menerima skim bantuan zakat yang diinginkan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *