Senarai SMT Dan Kursus Ditawarkan (SM Teknik), lokasi smt di malaysia beserta kursus pengajian yang ditawarkan di sekolah menengah teknik,

Senarai SMT Dan Kursus Ditawarkan (Lokasi SM Teknik)

Senarai Lokasi Sekolah Menengah Teknik (SMT) Dan Kursus Yang Ditawarkan. Panduan buat pelajar Tingkatan 3 (PT3) yang berhajat untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik (SMT). Berikut dikongsikan Senarai SMT (Sekolah Menengah Teknik) Dan Kursus Ditawarkan meliputi nama sekolah, negeri, no telefon dan fax dan kawasan. Menyambung pengajian di SMT merupakan pilihan alternatif buat pelajar terutamanya ketika kerja kosong berkaitan kemahiran kini semakin banyak.

Application ke SMT dan juga Kolej Vokasional (KV) pada kebiasaannya akan dibuka sekitar bulan Oktober setiap tahun. Setelah tamat pengajian di senarai SMT, murid berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti tempatan, program Matrikulasi, Asasi, Politeknik dan banyak lagi.

Senarai SMT Dan Kursus Yang Ditawarkan (SM Teknik)

Sekolah Menengah Teknik (SMT) – Lokasi Dan Kursus

Bidang teknikal adalah dikhususkan untuk murid yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PT3 (PMR). Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan).

Aliran Teknikal yang ditawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT di seluruh Malaysia memberi fokus kepada bidang pengajian seperti berikut :-

  1. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  2. Pengajian Kejuruteraan Awam
  3. Perdagangan
  4. Sains Pertanian
  5. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

Tempoh pengajian adalah selama dua (2( tahun iaitu di

  1. Tingkatan 4
  2. Tingkatan 5 dan seterusnya menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pelaar yang berminat dan berkelayakan boleh merujuk kepada Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan SMT ambilan Januari online – Klik KV/ SMT.

Senarai SMT Dan Kursus Yang Ditawarkan

Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh Malaysia. Berikut dikongsikan maklumat setiap SMT meliputi senarai SMT, nama SMT, alamat, nombor telefon dan fax, e-mel dan laman web (jika ada).

1. Sekolah Menengah Teknik Kuantan

  • SMT Kuantan, Jalan Tengku Muhammad,
  • 25050, Kuantan.
    No Tel: 09-560 1442
    No Fax: 09-566 2420.
    emel : cke4037@gmail.com

Laman Facebook : SMTeknikkuantan/

Kursus Yang Ditawarkan Di SMT Kuantan

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Perdagangan
  4. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

2. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMT JB)

  • Susur 7, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru
  • Tel : 07-236 1028
  • Fax : 07-234 9611

Kursus Yang Ditawarkan Di SMT JB

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Perdagangan
  4. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  5. Sains Pertanian

3. Sekolah Menengah Teknik Alor Setar 

  • SMT Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Halim,
  • 05400 Alor Star, Kedah
  • Gred Sekolah: Gred A Teknik Kawalan
    Kategori Sekolah : Sekolah Kluster Kecemerlangan 2009
    Telefon : 04-772 1548
    Fax : 04-772 1105
    E-mel: KKE2156@moe.edu.my
    Web : http://smtalorsetar.edu.my/

Kursus Yang Ditawarkan Di SMT Alor Setar

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Perdagangan
  4. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  5. Sains Pertanian

4. Sekolah Menengah Teknik Melaka

  • SMT Melaka, Bukit Piatu, 75150 Melaka.
  • Koordinat GPS : 2°12’32.3″N 102°16’26.6″E
  • Telefon : 06 282 2936
    Fax : 06 281 9066
    Email : smteknikmelaka@gmail.com
  • Laman Web : https://teknikmelaka.wordpress.com/

Kursus Yang Ditawarkan Di SMT Melaka

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Perdagangan
  4. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  5. Sains Pertanian

5. Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar

  • SMT Tuanku Ja’afar, KM 4, Jalan Seremban – Kuala Pilah,
  • 70400 Ampangan, Negeri Sembilan
  • Tel :06-7638307
  • EMEL :NKE4144@1bestarinet.net,
  • Laman Web : STTJ

Kursus Yang Ditawarkan Di STTJ

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Perdagangan
  4. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

6. Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Penang

  • SMT Tunku Abdul Rahman Putra
  • Jalan Ibbetson, 11400 Pulau Pinang
    e-mel : tipenang2u@gmail.com
    Tel : 04 – 828 3966
    Fax : 04 – 827 7966
  • Facebook : teknikpenang
    Twitter : TIPenang
  • Laman Web : http://teknikpenang.weebly.com/

Kursus Yang Ditawarkan Di SMT TARP

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Perdagangan
  4. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

7. Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu

  • SMT Terengganu
  • Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu
  • Telefon : 609-667 0012
  • Faks : 609-666 6273
  • smttrg@yahoo.com

Kursus Yang Ditawarkan Di SMT Terengganu

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Perdagangan
  4. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

8. Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur

  • SMT KL
  • Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak,
    56000, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia.
    Tel No. 03-9131 8052
    Fax No. 03-9130 8758

Kursus Yang Ditawarkan Di SMT KL

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Perdagangan
  4. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

9. Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Kuching

  • SMT Sejingkat
  • Lorong Demak Indah 5A1
    Jalan Bako
  • 93050 Kuching, Sarawak
    TEL: 082-432057 FAX: 082-432055
    E-MAIL : SMT_SEJINGKAT@YAHOO.COM

Kursus Yang Ditawarkan Di SMT Sejingkat

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Maklumat Lanjut SM Teknik

Secara keseluruhan, jumlah SM Teknik yang menawarkan kursus pengajian berikut adalah :-

  • Kejuruteraan Awam (9 buah SMT)
  • Kejuruteraan Mekanikal (9)
  • Perdagangan (8)
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik(9)
  • Sains Pertanian (3)

Berikut adalah maklumat lengkap setiap kursus yang dikongsikan dari Laman Web Permohonan Sekolah menengah Teknik.

A. Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Kursus ini adalah pendedahan kepada pelajar kepada asas Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Konsep-konsep asas yang dipelajari dapat memupuk dan memperkembangkan minat dan penguasaan prinsip kejuruteraan Elektrik & Elektronik seperti litar, elektromagnet, pengubal diod, transistor dwikutub, elektronik conduit, perhubungan, komputer motor dan robotik melalui aktiviti pembelajaran secara teori, amali dan binaan projek. Ia juga membantu pelajar untuk memahami komponen-komponen elektrik dan elektronik serta simbolsimbolnya.

B. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

Kursus ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang merangkumi sumber alam dan tenaga, penjanaan dan penggunaan haba, daya jentera serta rekabentuk, pengeluaran dan kegunaan mesin serta alat tangan. Pelajar juga akan didedahkan kepada pengetahuan seperti metrologi dan mekanik berkaitan dengan momentum dan geseran, sistem hidraulik, pneumatic dan robotik asas. Kejuruteraan Mekanikal memberi tumpuan kepada pemahaman konsep, prinsip asas, teori kejuruteraan mekanikal serta kemahiran berkaitan

C. Pengajian Kejuruteraan Awam

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam dengan memberi penekanan kepada skop Proses Pembinaan, Bahan Binaan, Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur Kejuruteraan, Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas, Sumber dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak dan Taksiran. Pelajar juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran secara teori, kerja amali serta lawatan industri. Ia juga bertujuan untuk membentuk kesedaran pelajar agar peka terhadap alam sekitar dan menyemai minat dalam kerja-kerja penyelidikan, merekabentuk, menganalisis dan bertindak berasaskan fakta.

D. Perdagangan

Kursus ini ditawarkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar berdasarkan amalan perdagangan dan perniagaan yang merangkumi bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan, bantuan perniagaan, pelaburan, pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika amalan perniagaan. Pembelajaran merangkumi pemahaman konsep serta perkembangan maklumat terkini dalam bidang perdagangan berdasarkan kepada konsep, peraturan, undang-undang yang diamalkan dalam dunia perniagaan sebenar. Ia akan membantu untuk membina asas yang kukuh untuk menceburkan diri dalam bidang perdagangan di aras lebih tinggi. Kursus ini juga memberi peluang untuk pelajar mempelajari amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan.

E. Sains Pertanian

Kursus ini adalah satu bidang pengajian saintifik terhadap prinsip dan amalan dalam penanaman, penternakan, teknologi pertanian dan pengurusan ladang. Pelajar didedahkan kepada pengetahuan, kemahiran dan kefahaman mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman dan ternakan serta perladangan sebagai suatu perniagaan. Pelajar juga akan mempelajari tentang pelbagai faktor yang mempengaruhi hasil tumbuhan dan pengeluaran ternakan serta cara untuk meningkatkan hasil serta mutu pengeluaran. Aspek teknologi dalam pertanian juga diberi penekanan dalam pembelajaran secara teori, kerja amali dan kerja kursus.

Semoga perkongsian Senarai SMT Dan Kursus Ditawarkan bermanfaat buat semua. Kepada pelajar yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk membuat permohonan kemasukan untuk kursus pengajian yang anda minati di SM Teknik.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *