in ,

Senarai Universiti Terbaik Malaysia Terkini

Universiti Malaya (UM) kini merupakan universiti terbaik di Malaysia dan tempat ke 87 dalam ranking dunia. Berdasarkan kepada Laporan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2019/ 2020, berikut adalah ranking senarai Universiti Terbaik Malaysia terkini yang memaparkan ranking Asia tahun 2019 dan Ranking Dunia 2020 untuk 27 Universiti Awam (UA)/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia.

Mengikut senarai terkini ranking Universiti Awam/ IPTS Terbaik Malaysia Terkini 2019-2020, lima buah UA didahului oleh Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia. Yang membanggakan sekali, UM tersenarai sebagai antara 100 universiti terbaik di dunia.

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2018-2019 Terkini

Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2019-2020

Berikut adalah Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2019-2020 untuk 27 buah UA/ IPTS di Malaysia berdasarkan kepada kedudukan di Asia dan Dunia berdasarkan kepada penilaian oleh QS University Rankings: Asia 2019 dan QS World University Rankings 2020

QS University Ranking adalah agensi berpangkalan di United Kingdom yang membuat penarafan peringkat serantau dan dunia yang membabitkan universiti utama di seluruh dunia berdasarkan kepada beberapa indikator seperti berikut :-

  1. Reputasi akademik
  2. Reputasi majikan
  3. Nisbah pelajar kepada fakulti
  4. Penerbitan hasil kajian setiap fakulti
  5. Sitasi penerbitan
  6. Nisbah fakulti antarabangsa
  7. Nisbah pelajar antarabangsa

SENARAI UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA 2019-2020 (UA/ IPTS)

RANKING MALAYSIAUNIVERSITIRANKING ASIA 2019RANKING DUNIA 2020
RANKING 1 – 10
 1UNIVERSITI MALAYA (UM) 1870
 2UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)33159
 3UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)34160
 4UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)36165
 5UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)45217
 6UCSI UNIVERSITY103442
 7UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)117482
 8TAYLOR’S UNIVERSITY129511-520
 9MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY (MSU)139541-550
 10UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)157591-600 

Senarai universiti terbaik Malaysia ranking No 11 hingga 20

RANKING MALAYSIAUNIVERSITIRANKING ASIA 2019RANKING DUNIA 2020
RANKING 11 – 20
 11INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM) 177651-700
 12UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)187651-700
 13UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)203701-750
 14SUNWAY UNIVERSITY217751-800
 15UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)218751-800
 16MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)246801-1000
 17 UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)266801-1000
 18UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) 267801-1000
 19UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)268801-1000
 20UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)274801-1000

Ranking universiti terbaik Malaysia berkedudukan No 21 hingga 27 (AKAN DIKEMASKINI)

Berikut merupakan ranking bagi tahun lalu:

RANKING MALAYSIAUNIVERSITIRANKING ASIA 2018RANKING DUNIA 2019
RANKING 21 – 27
 21UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) 271-280
 22UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)281-290
 23UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)301-350
 24AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY351-400
 25UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UNIKL)351-400
 26UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)351-400
 27UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)351-400
*SUMBER : QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS

Moga perkongsian senarai Universiti terbaik Malaysia boleh dijadikan panduan buat para pelajar dalam memilih UA/ IPTS untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Semakan Keputusan egTukar 2018 Online

Semakan Keputusan egTukar 2019 Online

Pendaftaran MUET on Demand (MoD) 2018 Online

Pendaftaran MUET on Demand (MoD) 2019 Online