Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah, Contoh Soalan Dan kerangka Jawapan Sejarah Kertas 3 tingkatan 4 bab 5 (form 4)

Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah SPM

Panduan buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berikut dikongsikan Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah yang merangkumi contoh soalan/ tugasan spesifik dan cadangan jawapan. Ianya dapat membantu pelajar dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah SPM yang merupakan Sejarah Tingkatan 4 Bab 5.

Nota ringkas berkaitan dengan Bab 5 iaitu Kerajaan Islam Di Madinah boleh dirujuk di Bab 5 Tingkatan 4. Manakala Koleksi Skema jawapan sejarah SPM untuk bab yang lain boleh dirujuk di Nota Sejarah.

Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah SPM Tingkatan 5

TEMA 7.1 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Merujuk kepada tema 7 Huraian Sukatan Pelajaran dan dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 5. Berdasarkan kepada tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan seperti berikut :-

  1. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.
  2. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
  3. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan

TEMA/TAJUK : TINGKATAN 4 BAB 5

Soalan : Huraikan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam dari Mekah ke Madinah dan hubung kaitkannya dengan peranan rakyat Malaysia dalam memajukan negara.

Peringatan : Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah;

Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah

 

Sambungan

Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah

Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah (Cadangan Jawapan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 5)

Soalan : Huraikan peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam dari Makkah ke Madinah dan hubungkaitkannya dengan peranan rakyat Malaysia dalam memajukan negara.

Soalan/ Isi Dan Huraian/ Markah

1. Pengenalan (5 Markah) Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah

Jelaskan latar belakang peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w.

  • F1 Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah
  • F2 Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622 M.
  • F3 Berlaku secara rahsia
  • F4 Berperingkat-peringkat
  • F5 Berhijrah bersama-sama sahabatnya Abu Bakar as-Siddiq
  • F6 Perjalanan memakan masa lebih kurang 12 hari
  • F7 Umar Al-khattab berhijrah secara bersendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya

2. Konsep Hijrah (15 Markah)

  • F1 Maksud Hijrah ialah berpindah
  • F2 Dalam konteks tamadun Islam, hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Mekah ke Madinah.
  • F3 Dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Islam
  • F4 Strategi baru untuk menyebarkan Islam
  • F5 Perjuangan untuk menegakkan kebenaran
  • F6 Meninggalkan keburukan dan kejahatan
  • F7 Semangat ingin berubah
  • F8 Dari segi sikap/ cara berfikir/ tingkah laku
  • F9 Orientalis barat mentafsirkan hijrah secara negatif
  • F10 Suatu perlarian
  • F11 Disangkal kerana konsep hijrah dalam Islam berbeza daripada konsep hijrah Barat
  • F12 Penghijrahan orang Islam Mekah ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah
  • F13 Ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah disambut dengan rela dan meriah
  • F14 Orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya
  • F15 Dijamin keselamatan mereka
  • F16 Nabi Muhammad saw telah dilantik sebagai pemimpin Madinah
  • F17 Baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madinah

3. Sebab Dan Tujuan Hijrah (15 Markah)

  • F1 Disebabkan perintah Allah
  • F2 Menerusi wahyu surah al-Anfal
  • F3 Menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
  • F4 Allah s.w.t. memerintahkan supaya baginda segera berhijrah
  • F5 Meneruskan penyebaran Islam
  • F6 Di Makkah, ancaman daripada orang Arab Quraisy
  • F7 telah menjejaskan aktiviti penyebaran Islam
  • F8 Suasana aman ditempat baru akan memudahkan penyampaian dakwah islamiah
  • F9 Hijrah juga membolehkan sesebuah masyarakat Islam bersatu padu dan sempurna diwujudkan.
  • F10 Hijrah ke Madinah disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah
  • F11 Yang sedang menghadapi pelbagai konflik.
  • F12 Suku Aus dan Khazraj sering bertelagah sesama sendiri
  • F13 Ekonomi mereka dikuasai oleh orang Yahudi
  • F14 Orang Arab Madinah memerluka npemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad s.a.w.
  • F15 Baginda juga diperlukan untuk mendamaikan masyarakat Madinah

4. Jelaskan Kepentingan Hijrah (15 Markah) Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah

  • F1 Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman
  • F2 Tanpa berselindung lagi
  • F3 Memberi peluang kepada baginda untuk mendamaikan suku Arab di Madinah
  • F4 Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah
  • F5 Menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan, ekonomi dan sosial.
  • F6 Nabi Muhammad s.a.w. telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah
  • F7 Orang Islam Madinah yang telah memberi bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar.
  • F8 Dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku/ budaya/ agama
  • F9 Melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah
  • F10 Dapat menjalankan kegiatan ekonomi/ agama/ kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan kemamkmuran hidup.
  • F11 Membina sebuah lagi masjid iaitu Masjid Al-Nabawi
  • F12 Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk beribadat/ belajar/ tempat untuk bertemu / berbincang tentang masalah yang dihadapi oleh orang Islam
  • F13 Kawasan persekitaran masjid, digunakan sebagai tempat melakukan kegiatan/ aktiviti harian seperti berjual beli
  • F14 Takwim hijrah mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa Al-rashidin kedua, iaitu Khalifah Umar bin Al-khattab.
  • F15 Menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawarah (Kota bercahaya)
  • F16 Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong menolong
  • F17 Melahirkan masyarakat cemerlang
  • F18 Peranan wanita selain sebagai surirumah, dapat menggerakkan kemajuan sesebuah negara.
  • F19 Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.
  • F20 Menunjukkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi perjuangan
  • F21 Merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinamakan Piagam Madinah

5. Bagaimanakah konsep hijrah dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia hari ini? (15 Markah)

  • F1 Perpaduan dapat diwujudkan
  • F2 Keamanan dapat dikekalkan
  • F3 Keselamatan terjamin
  • F4 Peningkatan sosio ekonomi
  • F5 Meningkatkan taraf hidup
  • F6 Membasmi kemiskinan
  • F7 Meningkatkan pendidikan dan ilmu pengetahuan
  • F8 Institusi masjid dapat diperkasakan lagi
  • F9 Mengekalkan keharmonian rakyat
  • F10 Kestabilan politik
  • F11 Meninggikan taraf wanita
  • F12 Perkembangan teknologi

(Mana-mana jawapan yang munasabah )

6. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara berpandukan konsep Hijrah (10 Markah)

  • F1 Kemajuan ekonomi
  • F2 Pemodenan pertanian
  • F3 Perindustrian berkembang pesat
  • F4 Perkembangan teknologi moden
  • F5 Pelaksanaan K-Ekonomi
  • F6 E-pendidikan
  • F7 Hubungan antarabangsa berkembang
  • F8 Tumpuan pelancong asing
  • F9 Kemajuan sistem pengangkutan
  • F10 Kemajuan sistem perhubungan
  • F11 Kemajuan sistem komunikasi
  • F12 Bangunan pencakar langit
  • F13 Pertahanan

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

7. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam membina negara bangsa yang maju. (5 Markah) Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah

  • F1 Pencemaran
  • F2 Tekanan daripada negara maju
  • F3 Persaingan ekonomi dunia
  • F4 Kenaikan harga barangan
  • F5 Kekurangan tenaga mahir
  • F6 Perpaduan kaum
  • F7 Teknologi rendah
  • F8 Kadar pengangguran tinggi
  • F9 Masalah kemiskinan
  • F10 Gejala sosial
  • F11 Globalisasi

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

8. Langkah-langkah untukmengatasi cabaran di atas (5 Markah)

  • F1 Memperkukuhkan perpaduan rakyat
  • F2 Meneroka teknologi baru
  • F3 Meningkatkan R&D
  • F4 Memastikan wawasan 2020 dicapai
  • F5 Konsep 1 Malaysia
  • F6 Meneruskan dasar ekonomi baru
  • F7 Meningkatkan mutu pendidikan
  • F8 Memperkukuh peranan negara sebagai hub halal
  • F9 Meneroka pasaran baru
  • F10 Menjadikan minda rakyat kelas pertama
  • F11 Menjadi pusat kecemerlangan ilmu

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

9. Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar/ patriotisme daripada peristiwa hijrah (10 Markah)

  • F1 Berdikari
  • F2 Memanfaatkan kurniaan tuhan
  • F3 Tidak putus asa
  • F4 Rajin berusaha
  • F5 Berani
  • F6 Tabah
  • F7 Mencuba perkara baru
  • F8 Kreatif
  • F9 Bijak mengatur strategi
  • F10 Bertolak ansur
  • F11 Hormat-menghormati

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

10. Rumusan (5 Markah)

  • Pengetahuan yang diperoleh
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
  • Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang

Semoga Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah boleh dijadikan panduan buat para pelajar Tingkatan 4 dan 5. Moga anda dapat menjawab soalan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 5 dengan jayanya dan cemerlang.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *