Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan (Kertas 3). Contoh soalan berkaitan DEB serta rancangan jangka panjang Malaysia.

Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan

Berikut dikongsikan contoh soalan dan skema jawapan pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan rakyat iaitu untuk kertas 3 Sejarah. Untuk makluman, tema umum Sejarah Kertas 3 untuk peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2018 adalah berkisar kepada Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Tema Umum / Tajuk yang diberikan adalah sebagai persediaan buat calon untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam mata pelajaran Sejarah 1249/3.

Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan kertas 3

Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan (Sejarah Kertas 3 SPM)

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.

Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan.

Soalan: Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan pada tahun 1971 hingga 1990 telah memacu kemajuan ekonomi Malaysia sehingga kini. Bincangkan

Peringatan; Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah;-

SKEMA JAWAPAN SEJARAH KERTAS 3 SPM : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanLatar belakang pembangunan ekonomi di Malaysia

1. Pengenalan

Jelaskan latar belakang pembentukan Rancangan Pembangunan Lima Tahun di Malaysia

5
Isi dan huraianMemahami rancangan pembangunan ekonomi di negara kita

2. Jelaskan Matlamat Rancangan Malaya Pertama dan Rancangan Malaya Kedua

10
Menganalisis pencapaian ekonomi dalam Rancangan Lima Tahun Tahap Pertama3. Huraikan perkembangan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama30
DEB4. Bagaimanakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan10
Kelebihan DEB5. Huraikan kelebihan Dasar Pembangunan Ekonomi yang telah diperkenalkan untuk memenuhi keperluan ekonomi moden10
Manfaat DEB

6. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah berjaya memberi manfaat kepada semua kaum di Malaysia . Buktikan

10
Cabaran7. Huraikan cabaran yang dihadapi untuk mengekalkan kemajuan ekonomi negara kita serta langkah untuk mengatasinya10
Iktibar

8. Jelaskan iktibar daripada program pembangunan ekonomi di negara kita

10
KesimpulanRumusan9. Sediakan rumusan berdasarkan kepada perkara berikut :-

a) Pengetahuan yang diperolehi

b) Nilai patriotisme yang diperolehi melalui pelaksanaan dasar pembangunan ekonomi

c) Harapan untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia kekal unggul di mata dunia

5

Rangka Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan Rakyat

Soalan : :DEB yang dilaksanakan pada tahun 1971 hingga 1990 telah memacu kemajuan ekonomi Malaysia sehingga kini. Bincangkan.

KERANGKA JAWAPAN PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT
SOALANPERINCIANMARKAH
1

F1 Rancangan pembangunan ekonomi negara kita

F2 Dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan sejak sebelum merdeka lagi.

F3 Pada peringkat awal, rancangan tersebut memberikan tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar

F4 Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan 

H4a Dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum

F5 DEB dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan lima tahun

F6 Apabila tempoh DEB tamat pada tahun 1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan

H6a Untuk menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000

F7 Dalam pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun menerusi DEB dan DPN, banyak dasar pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan secara bersepadu

H7a Untuk memastikan kejayaan pembangunan ekonomi negara

[ Mana-mana 5 x 1m = mak 5m ]
5 markah

5
2

Rancangan Malaya Pertama

F1 Membangunkan kawasan luar bandar

H1a Supaya jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan bandar dapat dirapatkan

F2 Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar 

F3 Bermatlamat untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi

H3a Dan sumber pendapatan negara

H3b Supaya negara tidak terlalu bergantung pada getah dan bijih timah

F4 Penekanan terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam

Rancangan Malaya Kedua

F5 Menyediakan infrastruktur sosial

H5a Seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan

F6 Menyediakan peluang pekerjaan

[ Mana-mana 10 x 1m = mak 10m ]

10
3

F1 Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960)

H1a Merupakan rancangan pembangunan bersepadu yang memberikan penekanan dan perhatian serius terhadap sektor ekonomi, sisoal dan awam

H1b Dalam sektor ekonomi, pembukaan tanah baru untuk tujuan pertanian.

H1c Penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang digalakan.

H1d Hasil keluaran pertanian dipelbagaikan.

H1e Perusahaan melombong bijih timah diperlukan.

H1f Sektor sosial, pelbagai perkhidmatan diberikan perhatian seperti kebersihan, pendidikan dan perhubungan.

H1g Dalam sektor awam, infrastruktur seperti balai polis, kem tentera, pejabat pos, mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan diberikan tumpuan

H1h Dua agensi kerajaan ditubuhkan iaitu Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Perseketuan atau Federal Land Development Authority (FELDA)

H1i Matlamat RIDA untuk membangunkan masyarakat Luar Bandar 

H1j Memberikan pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil

H1k Membantu pemasaran hasil pertanian

H1l Menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan

H1m FELDA ditubuh untuk meningkat taraf hidup masyarakat Luar Bandar disamping meningkat hasil pertanian negara

H1n Tanah dibuka secara besar-besaran untuk pertanian dan petempatan baru

H1o Penduduk luar Bandar yang miskin dipindah ke petempatan baru dan menjadi petani moden

H1p Tanaman yang diberi tumpuan ialah getah dan kelapa sawit

H1q Kerajaan telah menubuh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang diketuai Dato’ Abdul Razak

H1r Kementerian ini berperanan menyelaraskan dan menjayakan program pembangunan luar bandar

H1s Pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan kerana ancaman komunis sejak zaman Darurat menyebabkan sejumlah perbelanjaan Negara disalurkan untuk keselamatan Negara

H1t Kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia

F2 Rancangan Malaya Kedua (1961 – 1965)

H2a Memberikan penekanan kepada pembangunan penduduk luar bandar

H2b Tujuannya untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar

H2c Mengurangkan kadar kemiskinan

H2d Meningkatkan taraf hidup rakyat

H2e Program pembukaan tanah dibawah FELDA dipergiatkan

H2f Usaha mempelbagiakan jenis tanaman untuk meningkatkan pergantungan Negara terhadap getah dan bahan makanan import dipergiatkan

H2g Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA) ditubuhkan pada 1956 membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan petani

H2h Memberikan tumpuan kepada penyediaan infrastruktur sosial seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan

H2i Menyediakan peluang pekerjaan

H2j Kementerian pembangunan dan Luar Bandar mewujudkan Bilik Gerakan di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat negeri, daerah, dan kampung.

H2k Buku Merah yang mengandungi program, pelaksanaan, dan kaedah mengesan tahap pencapaian program pembangunan diperkenalkan

F3 Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970)

H3a Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan pembangunan lima tahun yang pertama setelah penubuhan Malaysia yang merangkumi Sarawak dan Sabah pada tahun 1963

H3b Memastikan semua program pembangunan memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat

H3c Rancangan Malaysia Petama bersifat bersepadu dan merangkumi semua bidang ekonomi dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan perindustrian

H3d Usaha pembukaan tanah baru oleh FELDA menjadi semakin pesat sehingga mewujudkan pelbagai projek seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara, dan Pahang Tenggara.

H3e Penubuhan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) untuk membantu FELDA dalam menjalankan pembangunan ekonomi di luar bandar

H3f RIDA telah diganti dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA)

H3g Bank Bumiputera ditubuhkan bagi menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan.

H3h Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) ditubuhkan pada tahun 1969 untuk menggiatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan

H3i Penubuhan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) untuk menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian kecuali getah

H3j Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia atau Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) dan Lembaga Penasihat Tarif ditubuhkan pada tahun 1967 untuk pembangunan sektor perindustrian.

H3k Akta Pelaburan dilluluskan pada tahun 1969 untuk menggalakkan kemunculan industri baru

H3l Pencapaian Rancangan Malaysia Pertama menunjukan peningkatan pertumbuhan ekonomi Negara yang memberangsangkan terbantut apabila berlaku Peristiwa 13 Mei

H3m Peristiwa 13 Mei 1969 dengan jelas memperlihatkan bahawa segala program pembangunan ekonomi selama ini masih belum dapat membendung masalah perpaduan kerana jurang perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara

[ 30 x 1m = mak 30m ]

30
4

Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan

F1 Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975)

H1a Rancangan Malaysia Kedua merupakan rancangan pembangunan lima tahun yang pertama di bawah DEB

H1b Matlamat rancangan ini adalah untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan, dan wilayah

H1c Tumpuan rancangan ini ialah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambahkan pendapatan

H1d dan menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi

H1e Menghapuskan identiti kaum mengikut fugsi ekonomi. 

H1f Program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan dan beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Tanah ditubuhkan untuk melaksanakan program pembangunan wilayah

H1g Agensi- agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua termasuklah LPN, LKIM, UDA, RISDA, TPP, PETRONAS dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. 

F2 Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980)

H2a Rancangan Malaysia Ketiga merupakan lanjutan kepada Rancangan Malaysia Kedua yang turut mendukung aspirasi DEB

H2b Usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat menjadi matlamat segala program pembangunan ekonomi dalam tempoh ini

H2c Program pertanian dan perindustrian diteruskan untuk meningkatkan produktiviti.

H2d Membuka peluang pekerjaan.

H2e Meningkatkan taraf hidup rakyat.

H2f Pembukaan tanah secara besar- besaran dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah oleh agensi- agensi seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terangganu Tenggara (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

H2g Rancangan Malaysia Ketiga memberikan tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit untuk keperluan eksport

H2h Agensi pembangunan wilayah diperluaskan peranannya untuk mencakupi peranan dalam sektor pembangunan industri dan perkembangan bandar baru.

F3 Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985)

H3a Rancangan Malaysia Keempat turut mendukung aspirasi DEB.

H3b Walaupun rancangan ini dilancarkan semasa dunia mengalami kelembapan ekonomi namun program pembangunan ekonomi tetap diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga

H3c Rancangan Malaysia Keempat memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal

H3d Penggunaan teknologi tinggi.

H3e Keperluan tenaga pekerja mahir.

H3f Strategi Rancangan Malaysia Keempat dalam pembangunan sektor perindustrian ialah Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia

H3g Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan pada akhir tahun 1980

H3h HICOM berperanan mengenal pasti, memula dan menguruskan projek industri berat dengan cekap sepertimana yang dikendalikan oleh sektor swasta

H3i Pembukaan kawasan perusahaan baru bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan asing, kawasan perusahaan baru dibuka di Skudai Johor, Senawang Negeri Sembilan, Bintulu Sarawak, Menggatal dan Likas, Sabah.

H3j Pengisytiharan Zon Perdagangan Bebas.

H3k Zon Perdagangan Bebas diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan di Sungai Way  (Selangor)

H3l Pelancaran Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian dilancarkan untuk memastikan keberkesanan projek perindustrian.

H3m Kajian Dasar Perindustrian Malaysia telah mengenal pasti kelemahan dalam struktur perindustrian Negara.

H3n Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industrinya dan strategi pelaksanaannya.

H3o Pengenalan dasar penswastaan dan dasar Pensyarikatan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Keempat bertujuan melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi Negara.

H3p Penglibatan sektor swasta dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan

H3q Penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN)

H3r Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan pada tahun 1981

H3s Strategi Rancangan Malaysia Keempat dalam pembangunan pertanian adalah memperkenalkan Dasar Petanian Negara (DPN)

H3t Dasar Pertanian Negara (DPN) dibentuk pada tahun 1984 untuk memoden dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan

H3u Rancangan Malaysia Keempat mencatatkan perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar  (KDNK) pada kadar 5.8 peratus setahun.

H3V Pendapatan per kapita meningkat pada kadar 4.4 peratus setahun menjadi RM4000 juta pada tahun 1985

Mana-mana yang munasabah

[ 10 x 1m = mak 10m ]

10
5

F1 Kegiatan ekonomi negara semakin meningkat 

H1a Sector perindustrian dan pembuatan berkembang maju 

H1b Banyak kawasan perkilangan dan pelabuhan wujud 

H1c Contohnya, Seberang Perai, Pasir Gudang

H1d Negara menjadi tumpuan pelabur asing

H1e Dapat meningkatkan aliran wang masuk kenegara ini 

H1f Melalui kerjasama ekonomi serantau seperti ASEAN 

F2 Berjaya menghapuskan kemiskinan 

H2a Berjaya memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat 

H2b Membetulkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang 

H2c Masyarakat kampung tidak lagi miskin 

H2d Terdapat perusahaan-perusahaan desa yang kian berkembang 

H2 Pelbagai kemudahan disediakan seperti bantuan modal, peralatan dan kursus.

F3 Peluang pekerjaan banyak 

H3a Terutama dalam sektor perindustrian 

H3b Berjaya meningkatkan produktiviti 

H3c Melalui peningkatan kecekapan mobility buruh 

H3d Berjaya mengurangkan kadar pengangguran 

H3e Adanya institusi pendidikan yang menawarkan kursus dalam pelbagai bidang kemahiran

H3f Dapat melahirkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir. 

H3g Contohnya, Malaysian Institute (Kulim),Giat MARA, ILP, IKM, IKBN, dan lain lain

F4 Kemudahan infrastruktur semakin maju dan bertambah 

H4a Dalam bidang pendidikan banyak institusi ditubuhkan seperti universiti, politeknik dan lain-lain

H4b Dalam bidang kesihatan, penyelidikan, vaksin dan rawatan dalam merawat pelbagai penyakit dilakukan

H4c kemudahan hospital yang dilengkapi peralatan moden 

H4d sistem pengangkutan yang kian moden 

H4e seperti penggunaan ETS, Monorel, LRT dan MRT 

H4f memberi kemudahan pengangkutan kepada rakyat

( Mana-mana yang munasabah )

10
6

F1 Menyusun semula masyarakat

H1a Mengurang/ menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi

C1a Kaum Cina dalam perlombongan/ perniagaan

C1b Kaum India dalam perladangan

F2 Membasmi kemiskinan

H2a Mengikut kawasan luar bandar dan bandar

H2b Luar bandar kadar kemiskinan pekebun kecil getah berkurangan

H2c Kawasan bandar kemiskinan berkurang terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan/ pembuatan/ pembinaan/ pengangkutan/ perdagangan/  perkhidmatan

H2d Memperbanyak peluang pekerjaan

H2e Untuk semua golongan

C2e Terutama yang menganggur.

H2f Menambahkan daya pengeluaran/ pendapatan.

H2g Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum

H2h Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera

H2i Mengadakan suasana pekerjaan yang menggabungkan berbagaibagai kaum

F3 Memperbaiki taraf/ kualiti hidup rakyat

H3a Membetulkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang

H3b Melalui pelajaran/ latihan/ kesihatan/ kemudahan infrastruktur 

C3a Contohnya bekalan air paip

C3b Bekalan elektrik

C3c Kemudahan tandas yang sempurna kian meningkat.

F4 Menyediakan peluang pekerjaan

H4a Terutama dalam sektor perindustrian

H4b Berjaya meningkatkan produktiviti

H4c Melalui peningkatan kecekapan mobility buruh

H4d Berjaya mengurangkan kadar pengangguran

H4e Adanya institusi pendidikan yang menawarkan kursus dalam pelbagai bidang kemahiran

C4a Menyediakan bantuan modal, peralatan dan kursus

Mana-mana yang munasabah 10 X 1m

10
7

F1 Kebergantungan kepada pelaburan asing 

F2 Perjanjian ekonomi berat sebelah 

F3 Persaingan dengan barangan import 

F4 Kadar matawang yang tidak stabil 

F5 Aktiviti spekulasi matawang 

F6 Kesedaran terhadap R & D masih rendah 

F7 Kenaikan kos bahan api 

F8 Kualiti barangan tempatan masih rendah 

F9 Penguasaan sains / teknologi masih rendah 

F10 Liputan talian / akses internet tidak menyeluruh 

F11 Kekurangan tenaga kerja mahir 

F12 Kebergantungan kepada tenaga kerja mahir luar 

F13 Kebergantungan kepada teknologi luar 

F14 Penguasaan ilmu / kemahiran masih rendah 

F15 Modal insane tidak berdaya saing 

F16 Jati diri / patriotisme yang rendah 

F17 Masalah menarik pelabur asing 

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 5×1] [5m]

Langkah mengatasi

F1 Dari segi kewangan kita boleh melaksanakan penggabungan bank 

F2 Melaksanakan langkah berjimat cermat 

F3 Memperkenalkan dinar emas 

F4 Memperluas perbankan Islam 

F5 Dari segi pasaran, meningkatkan kualiti barangan dan memperluaskan perlaksanaan e- dagang

F6 Meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia dari segi penguasaan ICT 

F7 Menambah bilangan tenaga professional 

F8 Membentuk Modal insan yang berkualiti dengan cara 

F9 Memperkukuh jati diri 

F10 Menerapkan integrity 

F11 Menghayati Konsep 1 Malaysia 

F12 Merealisasikan Wawasan 2020 

F13 Dasar kerajaan, kerajaan hendaklah menjayakan dasar-dasar

[Mana-mana 5×1] [5m]

10
8

F1 Kita mestilah amanah dalam menjalankan tugas

F2 Kita hendaklah berdikari dalam membangunkan negara

F3 Rajin berusaha dalam menjalankan tugas

F4 Tidak berputus asa terhadap cabaran yang dihadapi

F5 Kita juga harus berani menghadapi cabaran

F6 Mempunyai semangat meneroka dalam bidang pembangunan

F7 Bersikap inovatif dan kreatif dalam melakukan sesuatu kerja

F8 Berusaha mengekalkan perpaduan supaya negara maju

F9 Bersedia menerima perubahan untuk kemajuan

F10 Bersikap proaktif terhadap pembangunan ekonomi negara

F11 Mementingkan ilmu pengetahuan

F12 Mengekalkan keamanan negara

F13 Cekal dan tabah menghadapi cabaran

F14 Berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah

F15 Gigih berusaha untuk memajukan ekonomi negara

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 10×1] [10m]

10
9

Pengetahuan

Rancangan pembangunan Lima tahun negara telah berjaya memacu ekonomi negara agar setanding dengan negara-negara lain

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan juga telah memberi banyak faedah dan manfaat kepada kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia

Nilai patriotism

Ekonomi dan pembangunan negara akan stabil sekiranya wujud perpaduan dan kerjasama antara semua kaum

Sikap cinta dan sayang akan negara perlu wujud dalam diri setiap warga agar kemakmuran negara dapat dikecapi bersama.

Harapan

Dasar pembangunan yang dirancang dapat memajukan negara setaraf dengan negara-negara maju.

Perpaduan kaum di negara ini akan kukuh demi mencapai kemajuan negara agar negara menjadi sebuah negara yang cemerlang

5

Semoga perkongsian skema jawapan pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan dapat membantu pelajar SPM dalam membuat persediaan untuk menjawab soalan Sejarah Kertas 3 Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *