in

Skema Jawapan Perkembangan di Eropah

Berikut dikongsikan contoh soalan/ tugasan spesifik dan skema jawapan Perkembangan di Eropah Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara untuk Sejarah Kertas 3 SPM, Ianya berkaitan dengan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9.

TEMA UMUM

Perkembangan di Eropah dan kesannya terhadap Ekonomi Negara

Selepas kejatuhan tamadun Rom, bermulalah Zaman Pertengahan di Eropah. Zaman Pertengahan ini telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat dan budaya Eropah serta dunia  amnya.

Skema Jawapan Perkembangan di Eropah

TUGASAN SPESIFIK – Skema Jawapan Perkembangan di Eropah

Selepas kejatuhan tamadun Rom, bermulalah Zaman Pertengahan di Eropah. Zaman Pertengahan ini telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat dan budaya Eropah serta dunia amnya.

Bincangkan perubahan yang berlaku di Eropah bermula daripada Zaman Gelap sehingga tercetusnya Zaman Renaissance dan hubungkaitkan dengan kegemilangan negara kita, Malaysia

Pengenalan : Skema Jawapan Perkembangan di Eropah Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

1. Maksud Zaman Gelap dan Zaman Renaissance 5 markah

Isi dan Huraian

2. Menjelaskan ciri-ciri :

  • (a) Zaman Gelap (12 M)
  • (b) Zaman Kemuncak Pertengahan (8 M)

20 markah

3. Faktor tercetusnya Zaman Renaissance pada abad ke-16 di Eropah 20 markah

4. Kesan Zaman Renaissance terhadap masyarakat Eropah. 15 markah

5. Kejayaan Malaysia setelah memanfaatkan pencapaian masyarakat Eropah pada Zaman Renaissance. 10 markah

6. Peranan generasi muda untuk menjadikan Malaysia mampu mencapai kemajuan setaraf negara Eropah. 10 markah

7. Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk mencapai taraf negara maju dan langkah-langkah untuk mengatasinya. 10 markah

8. Nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada Zaman Gelap dan Zaman Renaissance di Eropah bagi meningkatkan kecemerlangan diri. 5 markah

Kesimpulan : Skema Jawapan Perkembangan di Eropah Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:

  • (a) Pengetahuan yang diperoleh.
  • (b) Iktibar kepada diri. bangsa dan negara.
  • (c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia lebih cemerlang

5 markah

Skema Jawapan Perkembangan di Eropah Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara (Peraturan Pemarkahan)

1. Maksud Zaman Gelap dan Zaman Renaissance

  • F1 Selepas kejatuhan tamadun Rom (476 M), Eropah mengalami zaman mundurnya yang dikenali sebagai Zaman Gelap. 1 markah
  • F2 Zaman Gelap merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan 1
  • F3 Zaman Pertengahan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat 1
  • F4 Peringkat awal (476-1050 M) 1
  • F5 Peringkat kemuncak (1050-1300 M) 1
  • F6 Peringkat akhir (1300-1450 M) 1
  • F7 Pada peringkat akhir Zaman Pertengahan, muncul Zaman Renaissance 1
  • F8 Renaissance berasal daripada perkataan Itali iaitu Renisciment 1
  • F9 Bermaksud kelahiran semula 1
  • F10 Renisciment merujuk pada penghargaan semula ilmu 1
  • F11 Yang dihasilkan oleh cendekiawan / pejuang seni 1
  • F12 Dalam tamadun Yunani dan Rom 1
  • F13 Kegemilangan tamadun tersebut tenggelam pada Zaman Gelap 1
  • F14 Kegemilangan itulah yang telah muncul / dikembangkan semula Zaman Renaissance 1

Jumlah [5 m]

2. (a) Ciri-ciri Zaman Gelap

  • F1 Kemerosotan ilmu pengetahuan 1 markah
  • F2 Kemerosotan kehidupan perbandaran 1
  • F3 Ketiadaan pentadbiran pusat yang berkesan 1
  • F4 Kemunculan golongan baron (tuan tanah) 1
  • F5 Petani mendapat perlindungan daripada tuan tanah 1
  • F6 Petani membayar cukai tinggi kepada tuan tanah 1
  • F7 Petani yang tidak mampu menyerahkan tanah kepada tuan tanah 1
  • F8 Petani menjadi hamba kepada tuan tanah 1
  • F9 Golongan baron / tuan tanah mendapatkan perlindungan daripada raja 1
  • F10 Tuan tanah membayar cukai / memberi perkhidmatan kepada raja 1
  • F11 Membentuk sistem feudal di Eropah 1
  • F12 Gereja Katolik menjadi institusi yang berkuasa 1
  • F13 Gereja Katolik memiliki hartanah yang banyak 1
  • F14 Gereja memfokuskan kepada amalan agama / ilmu keakhiratan 1
  • F15 Gereja mengongkong kehidupan manusia 1
  • F16 Kegiatan ekonomi lembab 1
  • F17 Kegiatan perdagangan tidak meluas 1
  • F18 Perdagangan diganggu oleh serangan orang gasar / Viking / Magyar 1
  • F19 Perdagangan dikuasai oleh orang Islam 1
  • F21 Menumpukan kepada ekonomi pertanian 1
  • F22 Perniagaan hasil pertanian secara tukar barang 1
  • F23 Penggunaan mata wang terhad 1

Jumlah [12 m]

(b). Ciri-ciri Zaman Kemuncak Pertengahan : Skema Jawapan Perkembangan di Eropah Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

  • F1 Zaman Peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance 1 markah
  • F2 Gereja mulai memainkan peranan sebagai institusi yang universal 1
  • F3 Sebagai ejen penyatuan 1
  • F4 Berlaku perubahan ekonomi yang ketara 1
  • F5 Hasil pertambahan penduduk 1
  • F6 Peningkatan aktiviti pertanian 1
  • F7 Kemunculan perdagangan 1
  • F8 Muncul bandar-bandar 1
  • F9 Seperti Venice / Milan / Florence 1
  • F10 Perkembangan bandar melahirkan golongan kelas pertengahan 1
  • F11 Terdiri daripada artisan / pedagang / ahli perbankan 1
  • F12 Status sosial seseorang bukan berasaskan tanah yang dimiliki 1
  • F13 Tetapi berasaskan kekayaan 1
  • F14 Berlaku perubahan politik 1
  • F15 Rakyat mulai terlibat dalam kegiatan / urusan politik 1
  • F16 Penglibatan melalui institusi parlimen yang diwujudkan untuk memenuhi tuntutan rakyat 1
  • F17 Parlimen memberikan hak politik kepada rakyat 1
  • F18 Menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah 1

Jumlah [8 m]

3.  Faktor tercetusnya Zaman Renaissance

  • F1 Didorong oleh semangat inkuiri 1 markah
  • H1a Semangat ingin tahu yang kuat 1
  • F2 Bermula di Itali pada abad ke-14 1
  • H2a Berkembang ke Eropah Barat. 1
  • H2b Muncul bandar-bandar terkenal seperti Venice / Genoa / Florence / Rom /Milan 1
  • H2c Menjadi pusat perdagangan antarabangsa 1
  • H2d Kedudukan strategik dikelilingi oleh Laut Mediterranean 1
  • H2e Tertetak di persimpangan utama 1
  • H2f Pusat perdagangan antarabangsa 1
  • H2g Bandar pelabuhan ialah Venice / Genoa 1
  • H2h Pertembungan budaya / bahasa / agama 1

Sambungan

  • H2i Menjadikan Itali sebagai pusat perkembangan idea baharu 1
  • H2j Aktiviti perdagangan di Itali membawa kepada kemunculan para pedagang kaya 1
  • H2k Kekayaan pedagang digunakan untuk mengindahkan bandar 1
  • H2l Bandar yang cantik menjadi tumpuan para seniman / cendekiawan 1
  • H2m Golongan pedagang kaya menjadi patron / penaung 1
  • H2n Kepada para pelukis / ahli muzik / saintis / penulis 1
  • H2o Patron terkenal ialah keluarga Medici di Florence 1
  • H2p Golongan patron menarik seniman / cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang ke bandar masing-masing 1

Renaissance

  • H2q Persaingan antara bandar-bandar di Itali berlaku untuk mendapatkan tokoh cendekiawan Renaissance 1
  • H2r Bertujuan menyiapkan tugasan / kerja masing-masing 1
  • H2s Para seniman / cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar 1
  • H2t Mereka menyebarkan idea Renaissance ke merata tempat di Itali 1
  • F3 Gereja Rom menjadi penaung para seniman / cendekiawan 1
  • H3a Mencemburui pencapaian bandar Florence 1
  • H3b Serta kuasa yang dipegang oleh keluarga Medici 1
  • H3c Berhasrat menjadikan Rom cantik / menarik seperti Florence 1
  • H3d Gereja tidak menaungi ahli sains / ahli matematik 1

Gereja

  • H3e Khuatir kumpulan saintis mencabar pemikiran Gereja Katolik 1
  • H3f Para saintis menekankan kaedah pemerhatian / empirikal 1
  • H3g Penggunaan akal / logik dalam penjelasan sesuatu fenomena alam 1
  • H3h Pihak Gereja menekankan penjelasan tradisional 1
  • H3i Konflik pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei yang berpendapat matahari merupakan pusat alam 1
  • H3j Manakala gereja berpendapat bumi ialah pusat alam 1
  • H3k Pertentangan menyebabkan Galileo dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah 1
  • H3l Pihak Gereja menumpukan kepada kegiatan seni lukis dan seni ukir 1
  • H3m Paus Julius II mengupah pelukis / pengukir terkenal seperti Leonardo da Vinci / Raphael / Michelangelo untuk mencantikkan gereja / katedral di Rom dengan ukiran / lukisan 1
  • H3n Pembinaan Katedral St. Peter 1
  • H3o Pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom 1

Jumlah [20 m]

4. Kesan Zaman Renaissance terhadap masyarakat Eropah.

  • F1 Kemunculan monarki baharu 1
  • F2 Kekuatan monarki baharu diasaskan kewujudan kerajaan pusat 1
  • F3 Kesatuan Kebangsaan 1
  • F4 Kekuasaan diperkukuh dengan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat 1
  • F5 Monarki baharu terdapat di Portugal / Castile / Aragon (Sepanyol) / England / Perancis / Belanda 1
  • F6 Kuasa gereja semakin berkurangan 1
  • F7 Kuasa golongan bangsawan juga semakin kurang 1
  • F8 Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus 1
  • F9 Sistem perdagangan tempatan / antarabangsa berkembang 1
  • F10 Kegiatan penjelajahan / penerokaan berkembang 1
  • F11 Kemajuan dalam bidang matematik / geografi / kartografi (teknik melukis peta) / astronomi 1

Perkembangan Ilmu

  • F12 Merintis jalan kepada pembangunan 1
  • F13 Perkembangan pelbagai ilmu sains / biologi / fizik / kimia / perubatan 1
  • F14 Unsur-unsur perubahan dalam pemikiran / gaya hidup manusia 1
  • F15 Manusia lebih bersedia menzahirkan emosi 1
  • F16 Penzahiran dalam muzik / lukisan / ukiran yang dihasilkan 1
  • F17 Memupuk budaya keyakinan diri 1
  • F18 Perubahan pada bidang pendidikan 1
  • F19 Menekankan pemikiran logik / saintifik / falsafah / metafizik 1
  • F20 Menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat 1
  • F21 Melahirkan Manusia Renaissance 1
  • F22 Mempergunakan keupayaan minda dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan 1
  • F23 Bagi memajukan kehidupan manusia 1
  • F24 Kepentingan manusia bersifat inkuiri 1
  • F25 Berani meneroka bidang baharu untuk mencapai kejayaan 1
  • F26 Penjelajahan / penerokaan 1
  • F27 Laluan baharu ke Timur 1
  • F28 Meneroka Lautan Atlantik ke Timur 1

Jumlah [15 m]

5. Kejayaan Malaysia setelah memanfaatkan pencapaian masyarakat Eropah pada Zaman Renaissance

  • F1 Mempunyai kerajaan pusat yang kuat 1
  • H1a melahirkan pemimpin berwibawa 1
  • H1b dikagumi di peringkat antarabangsa 1
  • H1c memainkan peranan penting dalam pertubuhan antarabangsa / serantau 1
  • F2 Sistem percukaian yang teratur 1
  • H2a diuruskan kerajaan persekutuan 1
  • H2b membangunkan negara / negeri 1
  • F3 Kemajuan dalam bidang ekonomi 1
  • H3a perniagaan / perdagangan antarabangsa berkembang 1
  • H3b pendapatan negara bertambah 1
  • H3b taraf hidup rakyat meningkat 1

Bidang Pendidikan

  • F4 Kemajuan dalam bidang pendidikan 1
  • H4a Penubuhan institusi pengajian tinggi awam / swasta 1
  • H4b Universiti Malaya / Universiti Kebangsaan Malaysia / MSU / UNITAR 1
  • F5 Perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan 1
  • H5a sains / matematik / astronomi / fizik / kimia / perubatan 1
  • H5b melahirkan para ilmuan / cendekiawan 1
  • F6 Menguasai teknologi tinggi 1
  • H6a terhasil ciptaan-ciptaan baru / industri baru 1
  • H6b kereta nasional / proton / HICOM 1
  • F7 Kemajuan sistem pengangkutan / perhubungan 1
  • H7a Monorel / LRT / udara / laut 1
  • F8 Kemajuan bidang perindustrian / perusahaan 1
  • H8a menjadi pengeksport utama dunia 1
  • H8b pengeluaran kereta nasional / proton 1
  • H8c industri berat / HICOM 1

Keadaan Politik

  • F9 Mewujudkan politik yang stabil 1
  • H9a negara aman dan makmur 1
  • F10 Melahirkan tokoh terkenal 1
  • H10a Angkasawan Negara / pendaki Everest / pelayar negara 1
  • H10b keberanian yang tinggi / semangat meneroka 1
  • (Mana-mana jawapan munasabah) 1

Jumlah [10 m]

6. Peranan generasi muda untuk menjadikan Malaysia mampu mencapai kemajuan setaraf negara Eropah

  • F1 Mengusai ilmu pengetahuan 1
  • H1a sains dan teknologi / perubatan / ICT 1
  • H1b melahirkan modal insan berkualiti 1
  • H1c berupaya menjana pembangunan negara 1
  • F2 Mematuhi undang-undang negara 1
  • H2a menjadikan negara aman 1
  • H2b politik menjadi stabil 1
  • H2c imej negara meningkat 1
  • H2d menarik pelaburan asing 1
  • F3 Menguasai pelbagai kemahiran 1
  • H3a dalam pelbagai bidang 1
  • H3b pembinaan / infrastruktur / teknologi maklumat 1
  • H3c memacu pembangunan negara 1
  • H3d mengurangkan kemasukan buruh asing 1

Semangat Cintakan Negara : Skema Jawapan Perkembangan di Eropah Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

  • F4 Bersikap kreatif / Inovatif 1
  • H4a menghasilkan pelbagai produk / barangan 1
  • H4b idea-idea baru / pengurusan / pentadbiran 1
  • F5 Mempunyai semangat inkuiri 1
  • H5a berani mencuba sesuatu yang baru / meneroka 1
  • F6 Mempunyai semangat cinta akan negara 1
  • H6a mempertahankan negara daripada anasir luar 1
  • H6b kedaulatan negara dipertahankan 1
  • F7 Berusaha memupuk perpaduan antara kaum 1
  • H7a rakyat hidup aman / harmoni 1
  • H7b bekerjasama untuk kemajuan negara 1
  • F8 Menyokong usaha kerajaan 1
  • H8a menyertai / mengambil bahagian program anjuran kerajaan 1
  • H8b GTP / PPPM / NKRA
  • F9 Mematuhi ajaran agama 1
  • H9 membentuk masyarakat berakhlak / bermoral 1
  • F10 Taat kepada pemimpin
  • H10 perancangan pembangunan negara berjalan lancar

(Mana-mana jawapan munasabah)

Jumlah [10 m]

7. Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk mencapai taraf negara maju dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Cabaran

  • F1 Perpaduan kaum yang masih longgar 1
  • H1a sikap saling mencurigai / iri hati antara kaum 1
  • H1b jurang ekonomi antara kaum masih ketara
  • F2 Masalah kekurangan modal / kewangan 1
  • H2a masih bergantung kepada dana / pelaburan asing 1
  • H2b terpaksa mengikut telunjuk orang asing 1
  • F3 Gejala sosial yang berleluasa 1
  • H3a pergaulan bebas / hiburan melampau / gejala dadah 1
  • F4 Peningkatan harga / kos pengeluaran 1
  • H4a pelabur beralih ke negara lain 1

Tenaga Buruh

  • F5 Kekurangan tenaga buruh 1
  • H5a bergantung kepada tenaga buruh luar 1
  • H5b pengaliran wang ke luar negara 1
  • F6 Penghijrahan tenaga mahir ke luar negara 1
  • H6 memperoleh pendapatan / tawaran yang lebih baik 1
  • F7 Karenah birokrasi agensi-agensi kerajaan 1
  • H7a peraturan-peraturan lapuk yang masih berkuatkuasa 1
  • F8 Produk yang kurang berkualiti 1
  • H8a pengguna membeli barangan import 1

(Mana-mana jawapan munasabah)

Langkah Mengatasi : Skema Jawapan Perkembangan di Eropah Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

  • F9 Berusaha merealisasikan konsep 1Malaysia 1
  • F10 Memupuk sikap patuh kepada perlembagaan / undang-undang negara 1
  • F11 Memperkukuhkan jati diri / disiplin dalam kalangan masyarakat 1
  • F12 Melatih tenaga buruh tempatan 1
  • F13 Memberi insentif menarik untuk pelabur asing 1
  • F14 Tawaran yang menarik kepada tenaga mahir tempatan di luar negara 1
  • F15 Merapatkan jurang ekonomi antara kaum supaya lebih seimbang 1
  • F16 Meminda peraturan-peraturan agensi kerajaan yang ketinggalan zaman 1
  • F17 Memastikan pengeluaran produk yang berkualiti 1

(Mana-mana jawapan munasabah)

Jumlah [10 m]

8. Nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada Zaman Gelap dan Zaman Renaissance di
Eropah bagi meningkatkan kecemerlangan diri 

  • F1 Bertanggungjawab memajukan bangsa 1
  • H1 demi mencapai kemajuan / kemakmuran negara 1
  • F2 Taat kepada raja / pemimpin 1
  • H2 Mewujud persefahaman antar pemimpin dan rakyat 1
  • F3 Bersifat berani / tabah 1
  • H3 menghadapi sesuatu cabaran untuk berjaya 1
  • F4 Bersikap terbuka 1
  • H4 sanggup berubah untuk kemajuan 1
  • F5 Tidak berputus asa 1
  • H5 untuk mencapai kejayaan 1
  • F6 Berfikir secara kreatif / inovatif 1
  • H6 mencipta sesuatu yang baru 1
  • F7 Berusaha gigih / bersungguh-sungguh 1
  • H7 memajukan negara / ekonomi negara 1
  • F8 Mempertahankan hak / negara 1
  • H8 dari segala bentuk pencerobohan 1
  • F9 Menuntut pelbagai ilmu pengetahuan 1
  • H9 sains / biologi / fizik / kimia / matematik / geografi / kesenian 1
  • F10 Berani meneroka / menjelajah 1
  • H10 meningkatkan imej negara 1

(Mana-mana jawapan munasabah) 1

Jumlah [5 m]

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan;

  • Pengetahuan yang diperolehi 2
  • Iktibar kepada diri 1
  • Iktibar kepada bangsa, masyarakat dan negara 1
  • Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang 1

Catatan : Skema Jawapan Perkembangan di Eropah Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

i) Koding penandaan seperti berikut

  • P- Pengetahuan
  • I- Iktibar
  • H- Harapan

ii) Pemberian markah

  • P- Wajib 1 isi
  • I- Wajib 1 isi
  • H-Wajib 1 isi

– 2 isi lagi boleh diambil daripada mana-mana aspek

Jumlah [5 m]

Moga perkongsian comtoh soalan dan Skema Jawapan Perkembangan di Eropah Dan Kesannya terhadap ekonomi negara bermanfaat buat semua pelajar. Semoga peraturan pemarkahan ini boleh dijadikan panduan dalam menjawab soalan Sejarah Kertas 3 berkaitan tajuk atau bab yang sama.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Langkah Memupuk Semangat Patriotik

Langkah Memupuk Semangat Patriotik

Permohonan SBP Tingkatan 4 2018 Online

Permohonan SBP Tingkatan 4 2020 Online