in

Soalan Lazim BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

FAQ BRIM 2018 Permohonan Baru Dan Kemaskini. Setiap hujung tahun adalah waktu yang ditunggu-tunggu buat penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pada masa inilah, penerima sediada dan pemohon baru akan membuat kemaskini BR1M dan permohonan baru. Yang pastinya terdapat banyak persoalan buat mereka dalam membuat permohonan atau kemaskini. Sebagai panduan, berikut dikongsikan Soalan Lazim BR1M 2018 atau FAQ yang memaparkan persoalan yang sering ditanya dan jawapan.

Untuk tahun 2018, permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 telah dibuka dari 27 November sehingga 31 Disember 2017. Dari pembentangan Bajet 2018, jumlah BR1M Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 adalah sama seperti tahun lepas untuk semua kategori penerima.

Soalan Lazim BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

FAQ BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Berikut dikongsikan Soalan Lazim BR1M 2018 yang antara lain meliputi maklumat penting tentang pendaftaran, syarat kelayakan, jadual pembayaran, tarikh penting, cara hubungi dan semakan status permohonan.

Soalan Lazim BR1M 2018 : Permohonan Baru Dan Kemaskini

Berikut adalah soalan (S) dan jawapan (J) atas pertanyaan yang sering ditanya berkaitan BR1M 2018.

1. S: Bilakah pendaftaran BR1M 2018?

J: Pendaftaran BR1M 2018 bermula pada 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017 (tertakluk kepada pindaan).

2. S: Siapakah yang layak membuat Permohonan BR1M 2018? Soalan Lazim BR1M

J: Pemohon yang layak membuat permohonan BR1M 2018 perlulah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. i. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. ii. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. iii. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. iv. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. v. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Diskaun Siswa
    1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018

3. S: Bagaimana cara untuk saya membuat Permohonan BR1M 2018?

J: Anda boleh membuat Permohonan BR1M 2018 dengan mengisi Borang BR1M 2018 sama ada secara dalam talian atau melalui borang.

  • i. Permohonan Dalam Talian – Permohonan BR1M 2018 boleh dibuat di Portal Rasmi BR1M
    LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my. Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan simpan salinan permohonan bagi tujuan rekod pendaftaran. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
  • ii. Permohonan Melalui Borang Manual. Borang BR1M 2018 boleh didapati secara percuma di:
    a. Portal Rasmi BR1M LHDNM
    b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

4. S: Di mana saya boleh menghantar Borang BR1M 2018 yang telah lengkap diisi?

J: Anda boleh menghantar Borang BR1M 2018 di kaunter-kaunter berikut:

  • i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
  • iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
  • iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

5. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama Borang BR1M 2018?

J: Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

  • i. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan
    Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • ii. MyPR / MyKAS / Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau dokumen perjalanan seperti pasport dan Visa bagi pasangan / tanggungan bukan Warganegara Malaysia.
  • iii. Salinan pembuktian status perceraian / kematian pasangan bagi status Ibu Bapa Tunggal / Balu /Janda / Duda (jika berkaitan). Sijil perceraian pemohon yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau JPN .

Anda perlu mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan BR1M 2018 (BK-17) semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM jika permohonan BR1M 2018 dibuat secara dalam talian.

6. S: Berdasarkan Phamplet BR1M 2018 yang saya terima

Ada menyatakan pemohon boleh kemukakan Penyata pendapatan perniagaan tahunan 2017 / Penyata akaun bank perniagaan / persendirian (Akaun semasa / simpanan) bagi 3 bulan terkini tahun 2017 semasa permohonan. Adakah dokumen berkenaan boleh dikemukakan semasa permohonan?

J: Ya. Dokumen sokongan berkenaan boleh dikemukakan semasa permohonan BR1M 2018.

7. S: Semasa BR1M 2017, saya telah kemukakan salinan pengenalan pasangan / tanggungan. Adakah saya perlu kemukakan semula bagi Permohonan Kemas Kini BR1M 2018?

J: Tidak perlu sekiranya maklumat pasangan / tanggungan adalah sama dan tiada perubahan kecuali sekiranya pasangan / tanggungan menggunakan pengenalan Pasport / MyKAS, dimana tuan perlu kemukakan semula salinan pengenalan pasport / MyKAS yang lengkap ke Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

8. S: Bagaimanakah saya hendak kemukakan dokumen sokongan sekiranya Borang BR1M 2018 telah dihantar sebelum ini? Soalan Lazim BR1M

J: Anda boleh mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran dengan mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan BR1M 2018 (BK-17) yang boleh diperolehi di Cawangan LHDNM / muat turun di Portal Rasmi BR1M LHDNM. Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Permohonan BR1M 2018 apabila menghantar borang tersebut sebagai rekod penyerahan. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

9. S: Saya telah menghantar Permohonan BR1M 2018 secara dalam talian. Perlukah saya kemukakan dokumen sokongan?

J: Ya. Anda perlu kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan sekiranya terdapat mesej peringatan penghantaran salinan dokumen sokongan yang dipaparkan semasa permohonan dalam talian dibuat. Kaedah penghantaran dokumen sokongan adalah seperti jawapan bagi soalan No. 8.

10. S: Saya telah membuat Permohonan BR1M 2018 secara manual dengan menghantar Borang BR1M 2018 ke Cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara
dalam talian?

J: Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya tuan telah menghantar permohonan baru / kemas kini secara manual ke Cawangan LHDNM yang berhampiran dan kemasukan data ke sistem BR1M telah dibuat oleh LHDNM. Oleh itu, sebarang kemas kini
selanjutnya berkaitan permohonan BR1M, tuan perlu kemukakan semula Borang BR1M 2018 ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

11. S: Adakah penerima BR1M sebelum ini perlu memohon semula / mengemaskini maklumat? Soalan Lazim BR1M

J: Penerima BR1M perlu mengemas kini maklumat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 (tiga) tahun permohonan. Walau bagaimanapun, kemas kini maklumat perlu dilakukan oleh pemohon setiap tahun sekiranya terdapat perubahan seperti berikut:

  • i. Status perkahwinan (perceraian / kematian pasangan)
  • ii. Alamat surat menyurat terkini, e-Mel dan nombor telefon rumah / bimbit
  • iii. Maklumat akaun bank
  • iv. Maklumat pasangan / tanggungan
  • v. Maklumat waris.

Oleh itu, bagi penerima BR1M 2014 yang tidak mengemaskini permohonan sehingga BR1M 2017 perlu membuat permohonan baru pada BR1M 2018.

12. S: Jika penerima BR1M 2017 telah meninggal dunia, adakah ahli isi rumah / waris layak menerima BR1M 2018?

J: Isi rumah / waris tidak layak menerima BR1M 2018 kerana penerima BR1M 2017 telah meninggal dunia. Isi rumah / waris perlu membuat Permohonan Baru BR1M 2018 jika melepasi syarat kelayakan.

13. S: Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2017. Nama saya telah dimasukkan sebagai pasangan kepada bekas suami saya semasa permohonan BR1M 2018. Adakah saya boleh membuat Permohonan BR1M 2018?

J: Boleh. Anda perlu membuat permohonan baru BR1M 2018 dengan status Ibu / bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda dan memasukkan tarikh perceraian. Salinan sijil perceraian yang sah perlu dikemukakan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

14. S: Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2017 dan telah berkahwin semula baru-baru ini. Nama saya masih dikekalkan sebagai pasangan dalam permohonan BR1M bekas suami saya semasa Permohonan BR1M 2017. Adakah suami saya sekarang boleh memasukkan nama saya sebagai pasangan di dalam Borang BR1M 2018?

J: Boleh. Suami anda sekarang boleh memasukkan nama anda sebagai pasangan. Walau bagaimanapun, anda perlu kemukakan Sijil Perceraian dengan bekas suami dan Sijil Perkahwinan yang baru dan memaklumkan kepada Cawangan LHDNM semasa penghantaran borang permohonan BR1M bagi membolehkan kemas kini dibuat ke atas permohonan bekas suami anda.

13. S: Pasangan saya merupakan penerima BR1M 2017 tetapi telah menghilangkan diri. Adakah saya boleh memohon BR1M 2018? Soalan Lazim BR1M

J Anda perlu mengemukakan laporan polis berkenaan pasangan menghilangkan diri bagi membatalkan permohonan pasangan di Cawangan LHDNM dengan mengisi Borang Pembatalan Permohonan BR1M 2018. Anda boleh membuat Permohonan Baru BR1M 2018 dengan berstatus kahwin (sekiranya belum bercerai secara sah).

14. S: Pasangan saya merupakan penerima BR1M 2017 tetapi telah dipenjarakan. Adakah saya boleh memohon BR1M 2018?

J Anda perlu mengemukakan surat pengesahan penjara bagi membatalkan permohonan pasangan di Cawangan LHDNM dengan mengisi Borang Pembatalan Permohonan BR1M 2018. Anda boleh
membuat Permohonan Baru BR1M 2018 dengan berstatus kahwin (sekiranya belum bercerai secara sah).

15. S: Semasa permohonan / rayuan BR1M 2017, saya telah mengemukakan dokumen sokongan dan telah diluluskan bagi kategori isi rumah. Adakah saya perlu kemukakan semula dokumen berkenaan untuk BR1M 2018?

J: Ya. Anda perlu kemukakan semula dokumen berkenaan semasa permohonan. Walau bagaimanapun, penentuan kelulusan bagi sesuatu kategori adalah bergantung kepada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

16. S: Semasa BR1M 2017, saya dikenalpasti oleh LHDNM menjalankan perniagaan dan gagal mengesahkan pendapatan semasa tempoh rayuan. Oleh itu, bayaran bantuan yang diterima adalah tidak sepenuhnya. Adakah saya perlu membuat permohonan baru semasa BR1M 2018 dan apakah dokumen sokongan yang perlu saya kemukakan?

J: Ya. Anda perlu membuat permohonan baru bagi BR1M 2018. Jika didapati perniagaan telah ditamatkan mulai 1 Oktober 2017, Pengesahan Penamatan Perniagaan boleh dikemukakan.

17. S: Saya telah menerima surat tidak layak kerana berada di luar negara pada BR1M 2017. Adakah saya layak untuk membuat permohonan BR1M 2018 kerana saya kini telah menetap di Malaysia?

J: Ya. Anda boleh membuat permohonan BR1M 2018 dengan hadir sendiri ke LHDNM dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan anda telah menetap di Malaysia seperti berikut:

  • i. Surat pengesahan daripada majikan; atau
  • ii. Salinan slip gaji terkini

18. S: Saya telah menerima surat tidak layak kerana melaporkan maklumat palsu pada BR1M 2017. Adakah saya layak untuk membuat permohonan BR1M 2018?

J: Tidak. Anda tidak layak untuk membuat permohonan BR1M selama 3 tahun seperti ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

19. S: Pendapatan terkini saya termasuk gaji bulanan, bonus dan lain-lain elaun. Apakah jumlah pendapatan yang perlu saya laporkan pada Borang BR1M 2018? Soalan Lazim BR1M

J: Anda perlu melaporkan gaji kasar bulanan dan lain-lain elaun tetap kecuali bonus bagi semua isi rumah.

20. S: Bagaimana sekiranya saya tidak mengisi nombor akaun bank semasa Permohonan BR1M 2018?

J: Anda digalakkan untuk mengisi nombor akaun bank bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembayaran. Jika tidak, anda perlu menghadiri majlis penyerahan baucar dan penunaian perlu dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

21. S: Apakah akaun bank yang perlu saya daftarkan ketika Permohonan BR1M 2018?

J: Anda perlu mendaftarkan akaun bank persendirian yang aktif dimana maklumat pengenalan diri (nama dan nombor pengenalan) ketika akaun bank tersebut dibuka perlu sama seperti pengenalan diri pada permohonan BR1M 2018. Anda boleh merujuk senarai bank yang terlibat pada Portal Rasmi BR1M.

22. S: Saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak memperbaharuinya lagi. Adakah saya boleh membuat Permohonan BR1M 2018?

J: Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan MyKad kerana Permohonan BR1M 2018 mewajibkan penggunaan MyKad sahaja.

23. S: Saya bukan Warganegara Malaysia. Adakah saya layak memohon BR1M 2018?

J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia sahaja.

24. S: Saya merupakan Warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura. Adakah saya layak memohon BR1M 2018?

J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.

25. S: Saya merupakan warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura. Adakah saya layak membuat permohonan BR1M dengan menggunakan alamat surat-menyurat di Malaysia?

J: Tidak. Ini kerana anda telah memberikan maklumat yang tidak benar ketika permohonan dibuat. Anda dengan ini didapati bersalah di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun dan juga boleh dikenakan denda serta disenaraihitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M.

26. S: Bagaimana cara saya untuk mengetahui status permohonan BR1M 2018?

J: Status permohonan BR1M 2018 boleh diketahui apabila kerajaan mengumumkan mengenai pembayaran BR1M 2018. Pemakluman mengenai status permohonan BR1M 2018 adalah seperti berikut:

  • i. Surat makluman yang akan dicetak dan diposkan kepada pemohon;
  • ii. Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my;
  • iii. Semakan secara Aplikasi Mobile BR1M:
  • Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  • iv. Melalui e-Mel berdasarkan alamat e-Mel yang dikemukakan semasa permohonan terutama bagi permohonan yang berstatus tidak lulus;
  • v. Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MoF: 03-8882 4565 /4566; atau
  • vi. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

27. S: Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BR1M 2018?

J: Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan melalui saluran berikut:

  • i. Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my;
  • ii. Aplikasi Mobile BR1M
  • iii. Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MoF: 03-8882 4565 / 4566; atau
  • iv. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

28. S: Jika seseorang memberi maklumat palsu, apakah tindakan yang akan dikenakan? Soalan Lazim BR1M

J: Seseorang boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenaraihitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M.

29. S: Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan permohonan BR1M 2018. Apakah yang perlu saya lakukan?

J: Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan bersama salinan pengenalan (isi rumah), sijil perkahwinan / Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan) ke Cawangan LHDNM untuk tindakan
selanjutnya.

30. S: Saya telah disenarai hitam oleh MoF, apa yang perlu saya lakukan? Soalan Lazim BR1M

J: Anda perlu merujuk kepada Sekretariat BR1M, MoF seperti berikut:

  • Sekretariat BR1M
    Pejabat Belanjawan Negara
    Aras 6 Blok Utara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    No.5 Persiaran Perdana
    Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62592 Putrajaya.
    Hotline BR1M MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    e-mel: br1m@treasury.gov.my

dari sumber eBR1M

Diharapkan Soalan Lazim BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia atau FAQ ini boleh dijadikan panduan buat rakyat Malaysia dalam membuat permohonan baru dan pengemaskinian Bantuan Rakyat 1Malaysia. Siala layari Laman Web e-BR1M untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini berkaitan BR1M 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Lazim Permohonan KV 2018 (FAQ)

Soalan Lazim Permohonan KV 2018 (FAQ)

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online