in

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

FAQ Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Enam). Perhatian buat pelajar yang ingin memasuki Tingkatan 6 (Enam). Berikut dikongsikan soalan lazim kemasukan Tingkatan 6 terkini tahun 2018 buat rujukan semua. Pelajar lepasan SPM yang layak dan melepasi syarat kelayakan akan ditawarkan kemasukan secara automatik tanpa perlu pelajar untuk memohon. Lepasan SPM boleh mengetahui samada ditawarkan atau tidak dengan membuat semakan tawaran kemasukan Form 6 secara online.

Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan boleh disemak melalui sistem applikasi semakan Portal rasmi KPM. Semakan boleh juga dibuat melalui kaedah semakan melalui perkhidmatan SMS.

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

Soalan Yang Biasa Ditanya Mengenai Kemasukan Murid Ke Tingkatan 6

Pasti ramai pelajar yang ingin memasuki Tingkatan 6 mempunyai banyak soalan atau persoalan berkaitan kemasukan ke Tingkatan 6. Diantara soalan-soalan lazim yang sering di tanya adalah seperti berikut :-

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 Tahun 2018

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dibuat dalam laman web KPM selepas 30 hari keputusan SPM diumumkan.

2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak dari laman web KPM selepas 30 hari keputusan SPM diumumkan. Maklumat tawaran termasuk lain-lain maklumat yang berkaitan akan dinyatakan dalam surat tawaran yang dimuat turun.

3. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?

  • Syarat am (kecuali Murid Berkeperluan Khas) adalah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2018.
  • Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM.

4. Bagaimana mengira nilai wajaran unit mata kognat untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam?

Wajaran Mata Gred Sijil Pelajaran Malaysia

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

5. Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?

Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. Kemudian, lengkapkan Borang Permohonan Rayuan Tukar Jurusan Tingkatan Enam (T6BRTJ) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang moe.gov.my. Selepas lengkap diisi semua borang mesti mendapat pengesahan Pengetua sekolah asal. Alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan perlu kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Alasan ‘Tidak Berminat’ dan seumpamanya tidak diterima.

Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

6. Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bolehkah merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?

Anda boleh membuat permohonan rayuan dengan menggunakan Borang Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2018 Bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) yang diisi dalam laman sesawang www.moe.gov.my. Borang tersebut hendaklah dicetak dan dihantar melalui sekolah asal di mana SPM diambil. Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut.

Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada:

  • (a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
  • (b) Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
  • (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

7. Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan?

Lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan Enam Tahun 2018 Bagi Calon Persendirian, Sekolah Swasta & Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut.

Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi hendaklah dikembalikan kepada:

  • (a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
  • (b) Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
  • (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

8. Seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk bertukar sekolah pusat atas sebab-sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya. Bagaimanakah caranya?

Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara]. Serahkan borang tersebut kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk pertimbangan. Sekiranya pertukaran melibatkan pertukaran daerah/ negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang ingin dimohon itu berada.

  • (a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
  • (b) Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
  • (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

9. Saya bukan warganegara Malaysia. Apakah prosedur permohonan untuk ke Tingkatan Enam?

Bagi murid bukan warganegara ke Tingkatan Enam adalah merujuk kepada seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 serta tertakluk kepada syarat am yang telah ditetapkan. Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang P.U(A)275-Jadual Pertama yang boleh diperoleh di Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN.

Pastikan segala butiran diisi dengan lengkap. Dokumen-dokumen yang diperlukan perlu disahkan seperti Surat Beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa serta pasport murid, ibu dan bapa. Jika ibu bapa murid bekerja di negara ini, sila kemukakan bersama salinan pas pengajian, salinan pas tanggungan dan surat majikan yang telah disahkan. Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Sekiranya permohonan bukan dari ibu bapa murid, sila kemukakan dokumen-dokumen sendiri yang telah disahkan (surat beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa, serta paspot murid, ibu dan bapa) dan salinan surat keterangan hubungan dengan murid tersebut yang telah ditentusahkan.

10. Saya terima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tiada penempatan. Apa yang harus saya lakukan?

Anda perlu segera ke JPN untuk maklumat lanjut.

11. Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Boleh dengan berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/ jenis jubah/ maksi, two-piece/ three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan.

Jeans, cargo pants, seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terletak kepada murid).

12. Saya telah menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya memohon ke Tingkatan Enam?

Calon yang menolak tawaran Universiti Awam /IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

13. Saya tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?

Calon tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya pada 24 Mei 2018. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

14. Saya telah ditawarkan ke Tingkatan Enam, bolehkah saya memohon penangguhan kerana kerjaya/ kursus/ masalah peribadi/ kesihatan?

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Tiada penangguhan/ pengulangan untuk masuk ke Tingkatan Enam. Calon hanya boleh masuk ke Tingkatan Enam bermula dengan Penggal Satu (1) setiap tahun. Jika anda tidak menerima pada tawaran pada tahun semasa, bermakna anda menolak tawaran tersebut. Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa anda boleh membuat permohonan rayuan memasuki Tingkatan Enam pada tahun berikutnya tertakluk kepada syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

15. Saya calon Sekolah Integriti bolehkah saya memohon untuk ke Tingkatan Enam?

Permohonan ke Tingkatan Enam boleh dimohon menerusi Sekolah Integriti masing-masing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri.

PERMOHONAN PENGURUSAN KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Bagi murid BUKAN WARGANEGARA ke Tingkatan Enam adalah merujuk kepada Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 [PU(A) 275/1998] serta tertakluk kepada syarat am kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2018 dan kekosongan tempat.

Penerimaan masuk murid bukan warganegara ke sekolah.

(1) Kategori murid yang berikut yang bukan warganegara boleh diterima masuk ke sekolah:

  • a) anak kakitangan kedutaan asing;
  • b) anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-mana tempat lain dengan permit kerja yang sah;
  • c) anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia; atau
  • d) kanak-kanak yang dipilih oleh Kerajaan kanak-kanak itu untuk melanjutkan pelajarannya di Malaysia menurut mana-mana Memorandum Persefahaman atau Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan negara kanak-kanak itu.

(2) Murid yang disebut dalam subperaturan (1) sebelum diterima masuk ke sekolah hendaklah :-

  • a) memiliki pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen;
  • b) membayar fi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan; dan
  • c) mengemukakan borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

Sumber : KPM

Tahniah kepada mereka yang berjaya ditawarkan kemasukan ke Tingkatan 6 (Enam) dalam menyambung pengajian tinggi anda. Semoga perkongsian Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 Terkini ini boleh dijadikan panduan buat pelajar semua.  Moga FAQ ini dapat menjawab pertanyaan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jadual Peperiksaan UPSR 2019 Tahun 6

Jadual Peperiksaan UPSR 2019 Tahun 6

Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2018 Online

Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2019