Soalan Lazim MRSM FAQ (Frequently Asked Questions). Maklumat penting faq pengambilan mrsm soalan yang kerap ditanya berkaitan application.

Soalan Lazim MRSM Frequently Asked Questions (FAQ)

Pasti ramai tertanya-tanya tentang pengambilan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk tahun hadapan tidak kiralah bagi tingkatan 1 mahupun tingkatan 4. Bagi kemasukan tahun 2024, result application akan diumumkan pada sekitar bulan Mac tahun hadapan untuk tingkatan 1 dan untuk tingkatan 4. Berikut dikongsikan soalan lazim MRSM (FAQ Frequently Asked Questions) bagi rujukan semua.

Lazimnya, pendaftaran pelajar MRSM ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 akan di buat sekitar bulan April. MRSM sudah semestinya menjadi sekolah pilihan para ibu bapa dan juga pelajar sendiri dalam mendapatkan pendidikan berkualiti dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. Namun begitu, intake ke MRSM terhad kepada jumlah penempatan yang disediakan sahaja dan hanya calon yang benar-benar layak akan diberikan tawaran.

Soalan Lazim MRSM Permohonan Dan Semakan (FAQ)

Soalan Lazim MRSM (FAQ Frequently Asked Questions Pengambilan Pelajar Maktab Rendah Sains MARA)

Berikut dikongsikan soalan lazim Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk pengambilan pelajar ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 bagi tahun 2024 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Soalan Lazim MRSM (FAQ) Application 

1. Bilakah iklan ke MRSM dikeluarkan bagi tahun 2024?

  • Iklan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi tahun 2024 dikeluarkan serentak pada 15 September 2023 melalui akhbar utama di seluruh negara. Untuk makluman lanjut boleh dilayari di Portal Rasmi MARA.

2. Bagaimanakah cara membuat application online untuk ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 MRSM?

  • Pemohon perlu mendapatkan kata laluan secara online, kata laluan akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan semasa application.

3. Bolehkah saya memohon kata laluan selepas tarikh tutup application online?

  • Tidak boleh.

4. Adakah borang application saya sudah diterima?

  • Pemohon akan menerima pop up ‘application dihantar’ sejurus selepas menekan butang hantar.

5. Bilakah tarikh tutup application online?

  • Tarikh tutup application bagi tingkatan 1 adalah pada 20 Oktober 2023 dan tingkatan 4 juga pada 20 Oktober 2023. Sila rujuk Portal Rasmi MARA/info iklan pada tahun berkenaan.

Soalan Lazim MRSM (Syarat Mohon)

6. Apakah syarat memohon ke Tingkatan 1 serta Tingkatan 4 MRSM?

Syarat Umum

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon mestilah memohon secara online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  4. Sihat tubuh badan, dan mampu berdikari
  5. Calon lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012 bagi calon Tingkatan 1 2024 atau lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009 bagi calon Tingkatan 4 2024
  6. Calon hendaklah dari sekolah kebangsaan/ sekolah menengah kebangsaan sahaja
  7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam oleh MARA
  8. Keutamaan diberikan kepada calon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Syarat Khusus

  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

7. Saya telah mendaftar dan menerima kata laluan, tetapi kata laluan tidak sah untuk digunakan. Apa yang perlu saya buat?

  • Anda boleh menghubungi unit HEP (BPM) di talian 0326134531/ 34532/ 34533/ 34516/ 34517/ 34578/ 34494 untuk pengesahan kata laluan atau e-mel kepada bpmmara@mara.gov.my.

8. Apakah maklumat yang diperlukan semasa membuat application kata laluan?

  • Pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan sistem akan memaparkan secara automatik nama dan angka giliran peperiksaan. Pemohon juga perlu memasukkan e-mel dan nombor telefon bimbit untuk mendapatkan kata laluan.

9. Anak saya tidak memohon secara online, adakah masih boleh membuat application selepas tarikh tutup?

  • Tidak, hanya application online yang dipertimbangkan.

10. Bolehkah saya menukar pusat ujian khas setelah pemilihan dibuat? (MRSM Program Ulul Albab sahaja)

  • Tidak boleh, pihak tuan perlu menghubungi MRSM tersebut bagi memastikan terdapat kekosongan dan sekiranya ada kekosongan, MRSM akan senaraikan calon sebagai calon tumpang.

11. Bolehkah saya memohon MRSM yang berdekatan dengan tempat tinggal saya?

  • Boleh, tetapi tawaran kepada pemohon yang berjaya adalah berdasarkan kekosongan MRSM yang dipilih.

12. Pada kebiasaannya, berapakah bilangan tawaran yang dibuat oleh pihak MARA dalam setahun?

  • Bilangan tawaran bergantung kepada kekosongan sehingga tarikh akhir pada April 2024.

13. Anak saya mendapat tawaran Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) tetapi saya telah menolak tawaran tersebut, perlukah saya menghantar surat perlepasan daripada SBP/SBPI kepada MARA?

  • Tidak perlu.

Soalan Lazim MRSM (FAQ) Semakan

FAQ berkenaan semakan tahun 2024 akan dikemaskini, berikut adalah informasi tahun 2023 sebagai rujukan.

14. Bilakah saya boleh menyemak status application saya sama ada berjaya atau gagal?

  • Status permohonan sama ada berjaya atau gagal boleh disemak melalui Portal Rasmi MARA selepas keputusan tawaran kemasukan diumumkan.

15. Bilakah tarikh pendaftaran pelajar Tingkatan 1?

  • Tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 MRSM adalah pada April 2023

16. Bilakah tarikh pendaftaran pelajar Tingkatan 4 MRSM?

  • Jangkaan tarikh pendaftaran adalah pada: April 2023
  • Pendaftaran pertama: ?
  • Pendaftaran kedua: ?

17. Siapakah yang akan menduduki ujian khas?

  • Calon yang memilih Program MRSM Ulul Albab sebagai pilihan pertama dan memenuhi syarat untuk panggilan ujian khas.

18. Bilakah ujian khas Program MRSM Ulul Albab diadakan?

  • Calon akan dimaklumkan tarikh dan pemohon yang memenuhi syarat ujian khas sahaja akan dihubungi melalui e-mel atau SMS.

19. Bolehkah saya tahu markah ujian khas (Program MRSM Ulul Albab) anak saya?

  • Tidak boleh, markah ujian khas adalah SULIT.

Soalan Lazim MRSM (Bantuan Kewangan)

20. Adakah pelajar MRSM akan diberikan biasiswa?

  • Pelajar MRSM tidak diberikan biasiswa tetapi bantuan kewangan iaitu pengecualian daripada membayar yuran sebanyak RM60.00 dan wang saku sebanyak RM50.00 sebulan kepada pelajar yang layak sahaja.

21. Bagaimanakah cara memohon bantuan kewangan?

  • Boleh mengisi borang yang disertakan semasa mendapat tawaran ke MRSM dan permohonan dihantar ke pejabat MRSM berkenaan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.

22. Adakah MRSM menyediakan kemudahan pinjaman buku teks?

  • Ya. Pihak MARA menyediakan kemudahan pinjaman buku teks kepada semua pelajar MRSM.

23. Bolehkah pembayaran yuran ke MRSM dibuat secara ansuran?

  • Boleh, pembayaran yuran boleh dibayar secara ansuran dengan persetujuan pentadbiran MRSM yang berkenaan.

24. Bolehkah yuran dibayar dengan menggunakan wang tunai pada hari pendaftaran?

  • Boleh tetapi tidak digalakkan. Pembayaran yuran hendaklah dibuat secara tunai di mana-mana Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau bank yang disenaraikan (BSN, Bank Islam, Maybank2u, Cimbclick). Bayaran hendaklah menggunakan No. Pelajar yang tertera di sudut atas kanan surat tawaran rasmi. Bayaran perlu dijelaskan sebelum pendaftaran di MRSM dan resit perlu dibawa bersama semasa hari pendaftaran.

Soalan Lazim MRSM (FAQ) Rayuan

25. Bilakah rayuan saya akan dijawab dan bagaimanakah saya dapat tahu tentang keputusan rayuan saya?

  • Oleh kerana MARA selalunya menerima ribuan surat rayuan, ada kemungkinan rayuan pemohon tidak terjawab oleh MARA. Calon diingatkan supaya merujuk kepada Kad jawapan yang jelas menerangkan bahawa pemohon yang tidak menerima jawapan sehingga 31 Mei 2022 pada tahun tersebut, adalah tidak berjaya. Pemohon juga boleh berhubung dengan pihak kami melalui talian 03-26915111 sambungan 3331 / 3392 / 3394 / 3764 / 3765 / 3766.

26. Jika saya tidak berjaya, bolehkah saya buat rayuan dan adakah rayuan anak saya akan mendapat pertimbangan?

  • Ya, boleh. Setiap pemohon berhak membuat rayuan jika dia tidak menerima tawaran pada kali pertama. Walau bagaimana pun pemilihan pemohon rayuan masih berasaskan merit pemohon.

27. Bagaimanakah cara saya membuat surat rayuan yang terbaik dan adakah perlu saya mendapatkan surat sokongan daripada pihak tertentu?

  • Surat surat rayuan yang terbaik adalah surat yang resmi. Sokongan dari pihak tertentu adalah inisiatif masing masing. Walaubagaimana pun, pertimbangan ke atas rayuan masih bergantung kepada merit yang dicapai oleh pemohon. Ini akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan & Penempatan Pelajar peringkat Pengurusan MARA. Sokongan rayuan adalah dialu-alukan dengan mengepilkan sijil sijil yang telah disahkan sebagai bukti penglibatan dalam mana mana aktiviti.

28. Bolehkah saya daftar anak saya di kolej di mana saya memohon seperti di dalam surat rayuan, bukan di kolej yang ditentukan oleh MARA?

  • Tidak boleh.

29. Saya telah berhubung dengan MRSM…/En. … dan dimaklumkan ada kekosongan di sana. Bolehkah saya daftarkan anak saya di MRSM tersebut?

  • Tidak boleh. MRSM yang ditawarkan oleh MARA adalah muktamad.

Soalan Lazim MRSM (Proses Pengambilan)

30. Berapa kali kah pengambilan pelajar dibuat oleh MARA setiap tahun?

  • Proses pengambilan pelajar dibuat 3 kali setahun. Proses pengambilan ini dibuat berterusan daripada Februari hingga April setiap tahun.

31. Boleh kah saya memohon untuk memasuki MRSM yang terdekat rumah saya?

  • Tidak boleh. Penempatan pelajar yang berjaya ke MRSM dibuat oleh pihak MARA dan keputusan adalah muktamad. Penempatan berasakan kedudukan kewangan pelajar (Social Economy Status – SES).

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari halaman soalan lazim berkenaan permohonan MRSM yang disediakan oleh pihak MRSM pada pautan di bawah:

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke MRSM. Semoga permohonan anda berjaya dan seterusnya ditawarkan penempatan pembelajaran di MRSM. Diharap agar soalan lazim MRSM ini dapat menjadi panduan kepada semua pemohon dalam membuat permohonan dan semakan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *