in

Soalan Lazim Permohonan KV 2019 (FAQ)

FAQ Permohonan KV Dan SMT Ambilan 2019. Apakah pertanyaan yang banyak ditanya berkaitan dengan Permohonan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) tahun 2019? Berikut dikongsikan Soalan Lazim Permohonan KV 2019 atau dikenali sebagai FAQ KV buat panduan pelajar. Permohonan KV dan SMT 2019 akan dibuka bermula dari 15 Oktober sehingga 20 Disember 2018. Semakan keputusan boleh disemak pada bulan Januari 2019.

Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2018 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang masih belum membuat permohonan adalah dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan untuk ambilan 2019.

Soalan Lazim Permohonan KV 2019 (FAQ)

FAQ Permohonan KV Dan SMT

Berikut dikongsikan Soalan Lazim Permohonan KV 2019 (FAQ) yang dikongsikan dari applikasi permohonan https://sptv.moe.gov.my/. Diantara soalan yang sering ditanya adalah tarikh permohonan, tarikh semakan dan rayuan serta tarikh pendaftaran. Maklumat terutama tarikh adalah tertakluk kepada perubahan.

Soalan Lazim Permohonan KV Dan SMT 2019

Berikut adalah 12 soalan yang sering ditanya untuk permohonan KV dan SMT 2019.

1. Bilakah permohonan online dibuka dan tarikh tutup permohonan ?

Permohonan online dibuka mulai 15 Oktober 2018 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Disember 2018, jam 11.59 malam di laman sesawang KPM, http://www.moe.gov.my.

2. Apakah jenis program yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?

Berikut merupakan program yang ditawarkan :

  • i. Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV
  • ii. Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik
  • iii. Program Kemahiran / Apprenticeship

3. Nyatakan Institusi yang terlibat?

Rujuk Info Institusi tawar di halaman utama (info kemasukan)

4. Apakah bidang dan kursus yang ditawarkan?

Kursus dan bidang yang ditawarkan boleh disemak dalam maklumat institusi dan kursus tawar yang disediakan di halaman utama (info kemasukan)

5. Apakah syarat umum dan khusus yang ditetapkan?

Syarat umum dan khusus boleh disemak dalam syarat permohonan yang disediakan di paparan muka hadapan online (info kemasukan)

6. Adakah asrama disediakan?

Asrama disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama di setiap institusi.

7. Bagaimana cara untuk menyemak keputusan?

  1. Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat http://www.moe.gov.my mulai 18 Januari hingga 22 Januari 2019
  2. Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini.

8. Apakah perbezaan antara Murid Tingkatan 3 Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) & Murid Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) – Aliran Perdana / Akademik / Agama ?

Murid Lepasan PAV – Murid telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV

Murid Lepasan PBS – Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :

  1. PT3 – Pentaksiran Pusat
  2. Pentaksiran Sekolah (PS)
  3. PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
  4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

9. Adakah calon Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS dikehendaki mengisi 4 komponen PBS dalam permohonan online ?

Calon hanya dikehendaki mengisi butiran berikut :

  1. Pentaksiran Sekolah (PS)
  2. PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
  3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Manakala, keputusan Pentaksiran Pusat (PT3) tidak perlu diisi butirannya dan akan terus diperolehi daripada Lembaga Peperiksaan (LP), KPM

10. Bilakah tarikh dan waktu pendaftaran ?

Tarikh pendaftaran di institusi ialah pada 23 Januari 2019 (Aliran Perdana) dan 12 Februari 2019 (Aliran PAV).

11. Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya TIDAK BERJAYA DITAWARKAN?

Calon boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan mulai 24 Januari hingga 28 Februari 2019 (Aliran Perdana) dan 13 Februari hingga 28 Februari 2019 (Aliran PAV).

12. Bagaimana cara untuk mengetahui maklumat lanjut kursus yang ditawarkan?

Maklumat lanjut berkaitan program tersebut boleh diperolehi dalam info kursus di bahagian info kemasukan atau rujuk di senarai kursus KV dan SMT.

Sumber SPTV

Semoga perkongsian Soalan Lazim Permohonan KV 2019 (FAQ) boleh djadikan buat pelajar ketika membuat permohonan kemasukan.

One Comment

Leave a Reply
  1. Hai , saya terlupa nak screenshot dan lupa nak print permohonan saya , saya tidak tahu nombor rujukan permohonan sekolah menegah teknik saya , boleh anda bantu ? ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Baki PTPTN Online Dan SMS

Semakan Baki PTPTN Online Dan SMS

Soalan Lazim BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Soalan Lazim BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia