in

Subsidi Minyak Kereta Motor 2019

Adakah masih ada subsidi bagi minyak petrol RON95, RON97 dan juga diesel atau berlaku peningkatan ataupun pengurangan subsidi oleh kerajaan baharu bagi tahun 2019? Semua ini telah terjawab semasa pembentangan Belanjawan 2019 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 2 November 2018 yang lalu apabila kereta di bawah 1,500cc dan motosikal 125cc akan menerima subsidi minyak petrol.

Menerusi manifesto ketika Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu, Pakatan Harapan (PH) berjanji akan memberikan subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1300cc dan ke bawah serta pemilik motosikal 125cc ke bawah terhad kepada sejumlah 100 liter sebulan.

Subsidi Minyak Kereta Motor bajet 2019

Subsidi Minyak Petrol Kereta Motor (Bajet 2019)

Berita gembira buat rakyat Malaysia yang berkelayakan. Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa pemberian subsidi minyak secara bersasar akan dilaksanakan pada tahun 2019. Janji di dalam manifesto PH ketika PRU-14 bukan sahaja dikotakan tetapi telah ditambah baik bagi membantu meringankan beban rakyat berpendapatan rendah. Penambahbaikan tersebut adalah seperti berikut:

SUBSIDI MINYAK KERETA MOTOR BERSASAR 2019

JENIS KENDERAAN
KAPASITI ENJIN
SUBSIDI
KERETA
1, 500 CC DAN KE BAWAH
30 SEN SELITER TERHAD KEPADA 100 LITER SEBULAN
MOTOSIKAL
125 CC DAN KE BAWAH
30 SEN SELITER TERHAD KEPADA 40 LITER SEBULAN
*Nota : Pemberian subsidi bersasar ini hanya diberikan bagi petrol RON95 sahaja

Pelaksanaan mekanisme baharu ini dijangka bermula pada suku kedua 2019 iaitu sekitar bulan April 2019. Peruntukan adalah sebanyak RM 2 billion. Bantuan ini dijangka bakal memberi faedah kepada seramai 4 juta pemilik kenderaan serta 2.6 juta pemilik motosikal.

Kenyataan terkini oleh kerajaan berkenaan subsidi minyak ini juga menyebut bahawa pemilik 1,500 cc dan motosikal 125cc harus melepasi beberapa kriteria untuk memperoleh subsidi sebanyak 30 sen seliter untuk RON95. Antara kriteria tersebut termasuklah:

  1. Pendapatan pemilik
  2. Usia kenderaan
  3. Kuasa kuda kenderaan

Pengapungan Harga RON95

Belanjawan 2019 tidak hanya menyentuh berkenaan pemberian subsidi minyak sahaja, tetapi kerajaan juga turut bercadang untuk mengapungkan semula harga petrol RON95 di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM). Tindakan ini bakal dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan. Di samping menbanteras penyeludupan rentas sempadan berikutan perbezaan harga minyak.

Diharapkan strategi pentadbiran oleh pemerintahan kerajaan baharu ini dengan memberikan pelbagai jenis bantuan dan subsidi dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat dengan berkesan di samping mengekalkan keharmonian negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar Cuti Umum 2019 Malaysia Public Holidays

Kalendar Cuti Umum 2019 Malaysia Public Holidays

Ujian Eksesais Pengambilan PDRM (Konstabel) Siri 2/2018

Ujian Eksesais Pengambilan PDRM (Konstabel) Siri 2/2018