in

Subsidi Minyak Petrol (PSP) Kereta Motor Bermula Januari 2020

Adakah masih ada subsidi minyak petrol RON95, RON97 dan juga diesel atau berlaku peningkatan ataupun pengurangan subsidi oleh kerajaan baharu bagi tahun 2019? Semua ini telah terjawab semasa pembentangan Belanjawan 2019 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 2 November 2018 yang lalu apabila kereta di bawah 1,500cc dan motosikal 125cc akan menerima subsidi minyak petrol.

Terkini : 7 Oktober 2019 – Program Subsidi Petrol (PSP) telah dilancarkan oleh kerajaan dengan pelaksanaan akan dibuat pada Januari 2020. 11 Oktober 2019 – Belanjawan 2020 telah dibentangkan dengan penambahan kategori penerima Program Subsidi Petrol (PSP)

Penerima perlu memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1,600 cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1,600 cc yang berumur 10 tahun dan ke atas. Kategori motosikal yang layak adalah motosikal 150 cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150 cc yang berumur tujuh tahun dan ke atas.

Subsidi Minyak Petrol

Menerusi manifesto ketika Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu, Pakatan Harapan (PH) berjanji akan memberikan subsidi minyak petrol secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1300cc dan ke bawah serta pemilik motosikal 125cc ke bawah terhad kepada sejumlah 100 liter sebulan.

Program Subsidi Petrol (Belanjawan 2020)

Semasa pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019, Menteri Kewangan telah mengumumkan penambahan kategori serta beberapa informasi lain mengenai Program Subsidi Petrol.

INFO TERKINI PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP)

Berikut adalah intipati penting bagi pengumuman mengenai Program Subsidi Petrol ketika Belanjawan 2020:
Kenderaan mewah tidak layak menikmati subsidi bersasar ini
PSP akan bermula Januari 2020 di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori kelayakan iaitu:

No 1 Penerima BSH (B40) yang melepasi syarat kelayakan

No 2 Bukan penerima BSH yang melepasi syarat kelayakan

Bagi penerima BSH (B40), mereka akan mendapat subsidi:  

  • Berjumlah RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal.
  • Bantuan akan diberikan dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank setiap empat bulan

*Pembayaran pertama PSP bagi penerima BSH akan dilakukan pada bulan April 2020 untuk tempoh Januari sehingga April 2020

Untuk pemandu dan penunggang yang layak tetapi bukan penerima BSH pula, bantuan akan diberikan dalam bentuk Kad95 iaitu:

  • Membolehkan penerima menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 40 liter sebulan bagi motosikal dan 100 liter sebulan bagi kereta.
  • Bagi kategori ini, ianya akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020.
Subsidi hanya layak diberikan apabila harga pasaran RON95 yang ditentukan dengan Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) adalah melebihi RM2.08 seliter dan sekiranya harga di bawah RM2.08 seliter, tiada subsidi diberikan. 
RM2.2 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan skim PSP yang bakal memberi manfaat kepada lebih kurang 8 juta penerima.
Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan akan terus menikmati petrol bersubsidi secara pukal dengan harga siling RM2.08 seliter bagi RON95 dan RM2.18 bagi diesel. Namun, jika mereka ingin menyertai skim PSP, Kerajaan Persekutuan bersedia menerima permintaan mereka.

Subsidi Minyak Petrol Kereta Motor (Bajet 2019)

Berita gembira buat rakyat Malaysia yang berkelayakan. Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa pemberian subsidi minyak petrol secara bersasar akan dilaksanakan pada tahun 2019. Janji di dalam manifesto PH ketika PRU-14 bukan sahaja dikotakan tetapi telah ditambah baik bagi membantu meringankan beban rakyat berpendapatan rendah. Penambahbaikan tersebut adalah seperti berikut:

INFO TERKINI PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP)

Pada 7 Oktober 2019, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melancarkan subsidi minyak petrol bersasar yang dikenali sebagai Program Subsidi Petrol (PSP). Berikut adalah ringkasan sidang media khas tersebut:
No 1 Seramai 2.9 juta pemerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang menepati syarat kelayakan akan menerima manfaat Program Subsidi Petrol dengan tanggungan kerajaan berjumlah RM65.4 juta sebulan.
No 2 Penentuan kelayakan penerima PSP dilakukan secara silang semak data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan dan Bantuan Sara Hidup (Kementerian Kewangan).
No 3 Penerima bantuan PSP mestilah mempunyai kenderaan di atas nama sendiri serta cukai jalan yang sah. 
No 4 Had maksimum pemilikan kenderaan individu yang layak menerima bantuan PSP adalah dua (2) buah kereta dan dua (2) buah motosikal di mana kelayakan subsidi dihadkan kepada salah satu (1) kadar subsidi yang lebih tinggi. 
No 5 Kriteria kelayakan pemilikan kenderaan dinaikkan berbanding pengumuman terdahulu iaitu 1,600 cc dan ke bawah bagi kereta berbanding 1,500 cc sebelum ini. Kereta melebihi 1,600 cc yang berusia 10 tahun dan ke atas turut layak. Bagi motosikal pula, daripada 125 cc sebelum ini kepada 150 cc dan ke bawah serta yang berusia 7 tahun dan ke atas layak untuk PSP
No 6 PSP turut layak diterima oleh semua golongan OKU yang memiliki kenderaan atas nama sendiri 
No 7 Kadar subsidi petrol dikekalkan seperti pengumuman sebelum ini iaitu RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal
No 8 Cadangan Pelaksanaan PSP adalah bermula Januari 2020 secara bayaran tunai terus ke akaun bank penerima.
No 9 Pembayaran akan dibuat secara empat (4) bulan sekali bermaksud RM120 bagi kereta dan RM48 bagi motosikal dijangka bermula bulan April 2020
No 10 Harga petrol RON95 akan diapungkan sebaik sahaja PSP bermula dengan penyelarasan harga akan dilakukan secara beransur-ansur atau gradually
No 11 Bagi penduduk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, harga RON95 kekal pada RM2.08 sekaligus tidak layak menerima subsidi minyak petrol di bawah PSP.
No 12 Bagi yang layak menerima bantuan, semakan kelayakan boleh dibuat di Portal KPDNHEP bermula 15 Oktober 2019.
No 13 Sekiranya nama tidak tersenarai tetapi layak mendapat bantuan PSP, permohonan boleh dibuat melalui portal KPDNHEP bermula 15 Oktober 2019. Hal yang sama turut boleh dilakukan bagi penerima yang layak yang baru sahaja membeli kenderaan. 

Program Subsidi Petrol (PSP)

Seperti yang diumumkan, program subsidi minyak petrol bersasar telah diperkenalkan KPDNHEP dengan nama Program Subsidi Petrol (PSP). Ianya dijangka dilaksanakan bermula Januari 2020. Berikut adalah maklumat penting mengenai PSP seperti jumlah bantuan dan kriteria kelayakan.

Kadar Bantuan Program Subsidi Petrol

Kerajaan mengekalkan jumlah bantuan PSP seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 seperti berikut:

  • Kereta : RM30 sebulan 
  • Motosikal : RM12 sebulan

Pembayaran bantuan Program Subsidi Petrol akan dibuat secara empat (4) bulan sekali dengan kaedah bayaran kredit terus ke akaun penerima.

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang layak menerima bantuan PSP boleh mula membuat semakan kelayakan pada tarikh yang dinyatakan berikut:

Belanjawan 2019

Kenyataan oleh kerajaan berkenaan subsidi minyak petrol ini juga menyebut bahawa pemilik 1,500 cc dan motosikal 125cc harus melepasi beberapa kriteria untuk memperoleh subsidi sebanyak 30 sen seliter untuk RON95. Antara kriteria tersebut termasuklah:Pelaksanaan mekanisme baharu ini dijangka bermula pada suku kedua 2019 iaitu sekitar bulan April 2019. Peruntukan adalah sebanyak RM 2 billion. Bantuan ini dijangka bakal memberi faedah kepada seramai 4 juta pemilik kenderaan serta 2.6 juta pemilik motosikal.

  1. Pendapatan pemilik
  2. Usia kenderaan
  3. Kuasa kuda kenderaan

Pengapungan Harga RON95

Belanjawan 2019 tidak hanya menyentuh berkenaan pemberian subsidi minyak sahaja, tetapi kerajaan juga turut bercadang untuk mengapungkan semula harga petrol RON95 di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM). Tindakan ini bakal dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan. Di samping menbanteras penyeludupan rentas sempadan berikutan perbezaan harga minyak.

Pada 7 Oktober 2019, kerajaan telah mengumumkan akan mengapungkan harga RON95. Iaitu sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dijalankan bermula Januari 2020. Pengapungan akan dibuat secara berperingkat (gradual) sehingga setara dengan harga pasaran.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai PSP. Anda boleh merujuk kepada soalan lazim yang disertakan di bawah atau hubungi mereka di perincian berikut:

  • FAQ : Soalan Lazim PSP
  • Alamat : Bahagian Pengurusan Subsidi Petroleum Kenderaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,62623 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Telefon : 03-8882 6873
  • Faks : 03-8882 6094

Diharapkan strategi pentadbiran oleh pemerintahan kerajaan baharu ini dengan memberikan pelbagai jenis bantuan dan subsidi minyak petrol dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat dengan berkesan di samping mengekalkan keharmonian negara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Air Percuma Selangor 2019 (Skim Air Darul Ehsan)

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) Online