in

Syarat Kelayakan BSH 2020 Dan Mereka Yang Tidak Layak Memohon

Perhatian buat seluruh rakyat Malaysia yang pernah menerima bantuan kewangan daripada kerajaan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan baru sahaja ingin membuat permohonan. Kerajaan masih meneruskan bantuan ini bagi tahun 2020 dengan beberapa perubahan seperti jenis penerima dan syarat kelayakan penerima. Berikut adalah Syarat Kelayakan BSH 2020 beserta dengan maklumat individu yang tidak layak memohon.

BSH adalah penjenamaan semula bagi bantuan kewangan daripada kerajaan terdahulu yang dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Kerajaan baharu bukan sahaja meneruskan bantuan ini malah menambahbaiknya dari segi jumlah bantuan serta penerima yang layak mendapat bantuan. Lebih kurang 4.1 juta isi rumah dijangka akan mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Syarat Kelayakan BSH 2020

Syarat Kelayakan BSH 2020 Dan Senarai Mereka Yang Tidak Layak Memohon

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BSH Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi tahun 2020.

KRITERIA KELAYAKAN BSH TERKINI TAHUN 2020

No.
Keterangan
1. ISI RUMAH
No 1
Kahwin
No 2
Ibu atau bapa tunggal/ Balu/ Janda/ Duda mempunyai anak
No 3
Single berumur 60 tahun dan ke atas
a) Pemohon
No 1
Terbuka hanya untuk warganegara Malaysia
No 2
Individu sama ada lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan seisi rumah sebanyak RM4,000 dan ke bawah
b) Pasangan
No 1
Warganegara Malaysia (MyKad)
No 2
BUKAN Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/ MyKAS)
c) Anak
No 1
Status hubungan anak mestilah:
i. Anak kandung (termasuklah anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
ii. Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
iii. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
iv. 17 tahun dan ke bawah; atau
v. 18 tahun dan ke atas:
– Sedang dalam pembelajaran sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta;
2. SINGLE
No 1
Bu jang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak berumur 40 tahun dan keatas
No 2
Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun dan ke atas
a) Pemohon Ketegori Single
No 1
Warganegara Malaysia
No 2
Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
No 3
Had Umur :
– 40 tahun hingga 59 tahun:
– 18 tahun dan ke atas bagi Orang Kurang Upaya (OKU)

SENARAI PENERIMA BSH 2020

Pada tahun 2020, mereka yang layak menerima BSH adalah seperti berikut :-
No 1 Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah :

  • Jumlah BSH = RM1,000 + RM120/ anak
No 2 Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 :

  • Jumlah BSH RM750 + RM120/ anak
No 3 Isi Rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 :

  • Jumlah BSH RM500 + RM120/ anak
No 4 Individu Single berusia sekurang-kurangnya 40 tahun dan berpendapatan bulanan kurang RM2,000 :

  • Jumlah BSH RM300
No 5 Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun atau lebih dan berpendapatan bulanan kurang RM2,000 :

  • Jumlah BSH RM300
NOTA : Jumlah kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, namun terhad kepada empat orang kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

Individu Yang Tidak Layak Menerima BSH 2020

Berdasarkan Syarat Kelayakan BSH yang dinyatakan di atas serta menerusi portal rasmi BSH, berikut adalah senarai kriteria atau individu yang tidak layak menerima BSH bagi tahun 2020 sebagai rujukan:

TIDAK LAYAK TERIMA BSH 2020

No.
Keterangan
No 1
Mempunyai pendapatan seisi rumah melebihi jumlah RM4,000
No 2
Sedang bekerja dan tinggal di luar negara Malaysia.
No 3
Single berusia 39 tahun ke bawah (Warga emas tinggal sebatang kara layak mendapat BSH).
No 4
Pasangan bukan warganegara / Ibu atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
No 5
Tidak berjaya mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan
No 6
Mempunyai pemilikan kenderaan bagi tahun buatan / daftar mulai tahun 2016 dan ke atas berdasarkan kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:
i. Kenderaan keluaran dalam negara yang melebihi 2000cc
ii. Kenderaan keluaran luar negara yang melebihi 1400cc
iii. Motosikal yang melebihi 500cc
No 7
Transaksi Pemilikan Hartanah melebihi RM500,000

Pemberian BSH 2020 Untuk Fasa 1

Umum mengetahui bahawa pemberian atau agihan BSH bagi tahun 2020 fasa pertama akan mula dibuat pada 20 Januari 2020 sebanyak RM 300. Berikut adalah mereka yang layak menerima BSH 2020 fasa 1 dan mereka yang tidak layak menerima:

1. Individu Yang Layak Mendapat BSH 2020 (Fasa 1)

  • Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang sudah berkahwin.
  • Pemohon adalah Ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Warga emas tinggal sebatang kara.

2. Individu Tidak Layak Mendapat BSH 2020 Fasa 1

  • Pemohon sudah berkahwin tetapi bukan warganegara Malaysia.
  • Pemohon adalah single atau ibu / bapa tunggal yang tiada tanggungan (bawah umur 40 tahun)
  • Single yang mempunyai tanggungan. (Bawah umur 40 tahun)

*Nota: Maklumat telah dikemaskini berdasarkan BSH 2019 dan akan dikemaskini lagi sebaik sahaja maklumat rasmi di Portal BSH dikemaskini

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)

Bagi mereka yang mempunyai pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BSH 2020 termasuk syarat kelayakan BSH, sila rujuk FAQ yang disediakan di bawah dan butiran lain seperti berikut:-

1. Sekretariat MOF

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline BSH LHDNM

  • 1-800-88-2747 (BSHR)
    Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

4. Faksmili MOF

  • 03-8882 3933

5. Portal Rasmi BSH

  • https://bsh.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian syarat kelayakan BSH 2020 dapat memberi penjelasan kepada mereka yang masih kurang jelas mengenai siapa yang layak mendapat BSH dan juga individu tidak layak menerima. Diucapkan selamat maju jaya kepada semua pemohon

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Dana Terengganu 2019 Online iDana

Permohonan Dana Terengganu 2020 iDana Online

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2019

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera LMTS 2020