in

Syarat Kelayakan Mohon BSH 2019 Dahulunya BR1M

Syarat Kelayakan Permohonan BSH 2019. Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dahulunya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Menerusi pembentangan Bajet 2019, pemberian bantuan kewangan untuk golongan berpendapatan rendah untuk tahun 2019 akan diteruskan dengan jumlan bantuan dan kategori yang telah ditambah baik yang mensasarkan golongan berkelayakan dari kalangan golongan B40. Kepada warganegara Malaysia yang layak dan ingin memohon, berikut dikongsikan Syarat Kelayakan Mohon BSH 2019. Syarat permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat meliputi syarat asas, syarat pendapatan dan umur serta dokumen yang perlu disediakan.

Untuk makluman, pendaftaran untuk permohonan akan dibuka bermula dari 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.

Syarat Kelayakan Mohon BSH 2019

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSH)

Untuk panduan semua, berikut dikongsikan syarat kelayakan mohon BSH 2019 – Bantuan Sara Hidup Rakyat. Syarat Kelayakan Permohonan BSH adalah dari sumber Portal Rasmi BSH yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Syarat Kelayakan Mohon BSH 2019 Semua Kategori

Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon dalam memastikan permohonan BSH anda tidak gagal atau ditolak :-

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/ MyKAS)
  • Pasangan BUKAN WARGANEGARA Malaysia dan mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad/ MyKid)
  • Hubungan anak mestilah
    • a) anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja dan
    • b) Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/ MyKid) sahaja dan
    • c) Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan dan
    • d) 18 tahun dan ke bawah atau
    • e) 19 tahun dan ke atas :
      • Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta atau
        Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Tidak Layak BSH 2019

Mereka yang tidak layak memohon BSH 2019 adalah speerti berikut :-

  1. Pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  2. Bekerja/ menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun dan ke bawah
    • Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan BSH kepada golongan bujang dan individu yang layak berdasarkan kepada pengkalan data BSH 2018 akan menerima bayaran RM100 pada hujung Mac 2019. Maklumat lanjut, klik BSH Bujang
  4. Pasangan bukan warganegara/ ibu atau bapa tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan
  6. Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat & Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
    • – Memiliki 2 atau lebih perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian
    • – Memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad
    • – Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat
  7. Pemilikan kenderaan bagi tahun buatan/ daftar mulai tahun 2016 dan ke atas berdasarkan keupayaan enjin kenderaan seperti berikut :-
    • Kenderaan keluaran dalam negara melebihi 2000cc
    • Kenderaan keluaran luar negara yang melebihi 1400cc
    • Motosikal yang melebihi 500cc
  8. Transaksi Pemilikan Hartanah melebihi RM500,000

Sebagai rujukan, berikut adalah senarai kategori dan syarat pembayaran Fasa 1 BSH 2019 :-

KATEGORI & SYARAT PEMBAYARAN BSH 2019

No 1 ISI RUMAH – PENDAPATAN RM2,000 DAN KE BAWAH
Jumlah Bantuan RM1,000 + RM120/ anak
No 2 ISI RUMAH – PENDAPATAN RM2,001 HINGGA RM3,000
Jumlah Bantuan RM750 + RM120/ anak
No 3 ISI RUMAH – PENDAPATAN RM3,001 HINGGA RM4,000
Jumlah Bantuan RM500 + RM120/ anak
TAMBAHAN BSH RM120
Mempunyai 4 anak berumur 18 tahun ke bawah. BSH tambahan RM120 untuk setiap anak, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka
*Contoh : Golongan isi rumah dengan pendapatan RM2,000 ke bawah dan JIKA mempunyai empat orang anak, bantuan yang akan mereka terima secara keseluruhan adalah RM1,480. Ini bermakna jumlah yang diberikan adalah lebih tinggi berbanding dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan sebelum ini iaitu berjumlah RM1,200

SYARAT PEMBAYARAN BSH FASA 1 TAHUN 2019

No 1 Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang LAYAK menerima pembayaran Fasa 1 BSH 2019 adalah seperti berikut:-
i)  Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
ii) Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
iii) Warga emas sebatang kara
No 2 Pemohon lulus BSH 2018 yang TIDAK LAYAK menerima bayaran Fasa 1 BSH 2019 adalah seperti berikut:
i) Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
ii) Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
iii) Bujang yang mempunyai tanggungan

Syarat Kelayakan BR1M 2018

Sebagai perbandingan berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M tahun 2018 :-

Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar sebulan sebanyak RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kemukakan Salinan

Pemohon perlu mengemukakan senarai dokumen seperti berikut semasa memohon :-

  1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  4. Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  5. Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

Semakan Status Permohonan BSH 2019

Mereka yang telah membuat permohonan/ kemaskini BSH 2019 boleh membuat semakan status permohonan dan rayuan dengan merujuk kepada panduan SEMAKAN BSH. pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Portal Rasmi BSH. Mereka yang gagal juga boleh membuat rayuan.

Cara Hubungi BSH

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat termasuk syarat kelayakan mohon BSH, sila hubungi

1. Hotline MOF

  • 03-8882 4565 / 03-8882 4566

2. Hotline Bantuan Sara Hidup LHDNM

  • 1-800-88-2747
  • Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m

3. Faksimili MOF

  • 03-8882 3933

4. Sekretariat MOF

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Semoga perkongsian Syarat Kelayakan Mohon BSH dahulunya BR1M boleh dijadikan panduan buat pengguna sebelum membuat permohonan dan kemaskini BSH tahun 2019. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalan permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat.

2 Comments

Leave a Reply
  1. di manakah form untuk permohonan BRIM1M bagi warga emas yg kematian pasangan?

    adakah permohonan in dianggap sebagai permohanan baru sedangkan warga asing ini pernah mengambil pelepasan wang BRIMIM ya lain?

    tq

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Apa Itu Ratifikasi ICERD?

Apa Itu Ratifikasi ICERD?

Templat myPORTFOLIO Guru Semua Jawatan

Templat myPORTFOLIO Guru Semua Jawatan