in

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Syarat Kelayakan Mohon BRIM 2018. Berita baik buat penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Menerusi pembentangan Bajet 2018, pemberian BR!M untuk tahun 2018 akan diteruskan dengan jumlan bantuan yang sama seperti tahun lepas. Kepada warganegara Malaysia yang layak dan ingin memohon, berikut dikongsikan Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018. Syarat permohonan BR1M meliputi syarat asas, syarat pendapatan dan umur serta dokumen yang perlu disediakan.

Untuk makluman, pendaftaran untuk permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 akan dibuka bermula dari 27 November sehingga 31 Disember 2017. Terkini : Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa tempoh pendaftaran BR1M 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 (Khamis). Tarikh pembayaran juga sama seperti tahun lepas dan bergantung kepada kategori penerima iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018.

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Syarat Mohon BR1M 2018

Untuk panduan semua, berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan BR1M 2018 – Bantuan Rakyat 1Malaysia. Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018 adalah dari sumber Portal Rasmi e-BR1M

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon dalam memastikan permohonan anda tidak gagal atau ditolak. Senarai sebab atau punca pemohon gagal dalam permohonan BR1M boleh dirujuk di Kenapa Gagal BR1M.

Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar sebulan sebanyak RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kemukakan Salinan

Pemohon perlu mengemukakan senarai dokumen seperti berikut semasa memohon :-

  1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  4. Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  5. Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

Kategori Penerima BRIM 2018

Tiga kategori penerima BR1M 2018 beserta dengan jumlah bayaran bantuan adalah seperti berikut :-

Permohonan BR1M 2018 Dan Kemaskini Online

ATAU JIKA BN MENANG PRU14

bayaran brim 2018 naik dan kategori baru

Semakan Permohonan BR1M 2018

Mereka yang telah membuat permohonan/ kemaskini BR1M 2018 boleh membuat semakan status permohonan dan rayuan dengan merujuk kepada panduan SEMAKAN BR1M. pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Portal Rasmi e-BR1M. Mereka yang gagal juga boleh membuat rayuan.

  • Semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 boleh disemak bermula dari 19 Februari 2018 (Isnin), jam 1200 tengahari.
  • Permohonan rayuan BR1M 2018 boleh dibuat mulai 2 April sehingga 31 Mei 2018

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

Cara Hubungi BR1M

Untuk sebarang pertanyaan mengenai BR1M, sila hubungi

1. Sekretariat BR1M

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline BR1M LHDNM

  • 1-800-88-2716
    Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline BR1M MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

4. e-Mel

  • br1m@treasury.gov.my

5. Laman Web

  • https://ebr1m.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018 boleh dijadikan panduan buat pengguna sebelum membuat permohonan BR1M. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

MANIFESTO BARISAN NASIONAL UNTUK PRU14 TAHUN 2018

Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 April 2018 telah mengumumkan berita gembira buat penerima BR1M jika BN terus memimpin
1. Jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dinaikkan kepada semua penerima sedia ada manakala tambahan satu kategori baru penerima akan diwujudkan
2. Bantuan untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah pada Jun dan Ogos 2018 akan dinaikkan masing-masing kepada RM800 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,000 (RM400 + RM800 + RM800)
3. Isi rumah berpendapatan di antara RM3,000 hingga RM4,000, pembayaran pada Jun dan Ogos 2018 akan dinaikkan masing-masing kepada RM600, jumlah pemberian BR1M dari RM900 meningkat kepada RM1,500 (RM300 + RM600 + RM600)
4. Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah, BR1M yang dibayar RM450 pada Februari lalu akan ditambah RM150 menjadi RM600 (RM450 + RM150)
5. Kategori baharu adalah isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Penerima baharu akan menerima bayaran berjumlah RM700 yang dibayar pada Jun dan Ogos 2018
6. Bayaran secara one-off sebanyak RM1,500 kepada anak-anak penerima BR1M yang berjaya mendaftar di institusi pengajian tinggi

2 Comments

Leave a Reply
  1. di manakah form untuk permohonan BRIM1M bagi warga emas yg kematian pasangan?

    adakah permohonan in dianggap sebagai permohanan baru sedangkan warga asing ini pernah mengambil pelepasan wang BRIMIM ya lain?

    tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tema Maulidur Rasul 2017 Dan Tarikh Sambutan

Tema Maulidur Rasul 2018 Dan Tarikh Sambutan

Analisis Keputusan Peperiksaan UPSR Tahun 2017

Analisis Keputusan Peperiksaan UPSR Tahun 2017