Syarat Kelayakan Program Matrikulasi KPM Terkini, Syarat minimum umur dan kelayakan akademik ke program matrikulasi ikut jurusan.

Syarat Kelayakan Program Matrikulasi KPM

Pasti ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa tertanya-tanya samada mereka layak untuk memohon ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Untuk rujukan pelajar, berikut adalah syarat kelayakan Program Matrikulasi yang memaparkan syarat umur dan akademik.

Untuk makluman, application Matrikulasi sesi terkini 2024-2025 telah dibuka pada 15 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024. Pelajar yang berminat boleh membuat application melalui internet (UPUOnline) di portal aplikasi Matrikulasi KPM.

Syarat Kelayakan Permohonan Program Matrikulasi KPM

Syarat Kelayakan Program Matrikulasi KPM Terkini (Umur Dan Syarat Akademik)

Pelajar yang berminat untuk memasuki Kolej Matrikulasi adalah dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan Program Matrikulasi sebelum memohon secara atas talian.

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pelajar.

Syarat Umur

  1. Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon
  2. Berkewarganegaraan Malaysia
  3. SPM calon tahun semasa

Syarat Kelayakan Akademik

Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023

JURUSAN SAINS

  1. SISTEM 2 SEMESTER: Mendapat KEPUJIAN TINGGI (B) dalam mata pelajaran Matematik , KEPUJIAN (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi serta LULUS dalam Sejarah
  2. SISTEM 4 SEMESTER: Mendapat KEPUJIAN (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, serta LULUS dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Kimia, Sejarah, Fizik atau Sains Komputer atau Biologi

JURUSAN KEJURUTERAAN

  • Mendapat LULUS dalam Sejarah, Kimia KEPUJIAN (B) Matematik, KEPUJIAN (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut:-
  • Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elekttrik & Elektronik/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan

JURUSAN PERAKAUNAN

  • Mendapat LULUS dalam Sejarah, KEPUJIAN (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan mana-mana tiga (3) mata pelajaran seperti yang berikut:-
  • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elekktrik & Elektronik dan Matematik Tambahan

JURUSAN PERAKAUNAN PROFESIONAL JPPRo

  • Mendapat LULUS dalam mata pelajaran Sejarah, KEPUJIAN (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik Tambahan serta Cemerlang Tinggi (A-) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, KEPUJIAN (A) Matematik dan mana-mana tiga (3) mata pelajaran seperti yang berikut:-
  • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Lulus Ujian Aptitud dan Temuduga

Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi 2024-2025

Berikut adalah syarat kelayakan minimum yang perlu diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan SPM tahun 2023 untuk layak memohon :-

PROGRAM MATRIKULASI SISTEM DUA SEMESTER

JURUSAN SAINS

  1. BAHASA MELAYU : C
  2. BAHASA INGGERIS : C
  3. MATEMATIK : B
  4. MATEMATIK TAMBAHAN : C
  5. KIMIA : C
  6. FIZIK/ BIOLOGI : C
  7. SEJARAH : LULUS

JURUSAN KEJURUTERAAN

  1. BAHASA MELAYU : C
  2. BAHASA INGGERIS : C
  3. MATEMATIK : B
  4. MATEMATIK TAMBAHAN : C
  5. FIZIK : C
  6. Dalam SATU daripada mata pelajaran berikut: Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik : C
  7. KIMIA : LULUS
  8. SEJARAH : LULUS

PROGRAM MATRIKULASI SISTEM DUA SEMESTER

Berikut pula adalah syarat kelayakan minimum untuk jurusan Perakaunan dan Perakuanan Profesional di bawah Program dua semester.

JURUSAN PERAKAUNAN

  1. BAHASA MELAYU : C
  2. BAHASA INGGERIS : C
  3. MATEMATIK : C
  4. MATEMATIK TAMBAHAN : C
  5. Dalam DUA daripada mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik : C
  6. SEJARAH : LULUS

JURUSAN PERAKAUNAN PROFESIONAL

  1. BAHASA MELAYU : C
  2. BAHASA INGGERIS : A-
  3. MATEMATIK : A
  4. MATEMATIK TAMBAHAN : C
  5. Dalam TIGA daripada mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik : A
  6. SEJARAH : LULUS

PROGRAM MATRIKULASI SISTEM 4 SEMESTER

Berikut adalah syarat minimum jurusan Sains untuk program Sistem 4 semester :-

Sekurang-kurangnya mendapat gred berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023

  1. BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK : C
  2. MATEMATIK TAMBAHAN, KIMIA DAN FIIZK ATAU BIOLOGI ATAU SAINS KOMPUTER : LULUS
  3. SEJARAH : LULUS

Moga perkongsian Syarat Kelayakan Program Matrikulasi KPM boleh dijadikan panduan dan rujukan berguna buat para pelajar. Terutama buat mereka yang berminat memasuki Program Matrikulasi KPM.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *