in

Syarat Kemasukan JMTI Institut Teknikal Jepun Malaysia

Syarat Masuk Ke JMTI Institut Teknikal Jepun Malaysia. Panduan buat para pelajar lepasan SPM/ SPMV dan lepasan SPM/SPMV & setaraf. Mereka yang berminat untuk memasuki Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTi) boleh merujuk kepada Syarat Kemasukan JMTI yang dikongsikan di bawah ini. Maklumat yang dipaparkan termasuk syarat am/ khas dan syarat akademik.

Untuk makluman, terdapat hanya terdapat satu Institut Teknikal Jepun Malaysia iaitu di Pulau Pinang. Senarai kursus yang ditawarkan (sepenuh masa dan jangka pendek) beserta alamat lokasi JMTI boleh dirujuk di Kursus di JMTi.

Syarat Kemasukan JMTI

Syarat Permohonan Kemasukan Ke JMTI Institut Teknikal Jepun Malaysia

Secara umumnya, JMTi ada menawarkan 2 peringkat pengajian kepada para pelajar iaitu seperti berikut :-

  1. Lepasan SPM/ SPMV dan setaraf : Peringkat pengajian Diploma Teknologi Kejuruteraan (Tahap 4)
  2. Lepasan DTK/DKM dan setaraf : Melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan (Tahap 5)

A. Program Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK)

  1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
  2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  3. Dip Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  4. Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer

B. Program Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan (DLTK):

  1. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
  2. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  3. Dip Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  4. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer

Syarat Kemasukan JMTI (Syarat Am)

Pelajar yang ingin memohon kemasukan ke JMTI perlu melepasi syarat am kelayakan seperti berikut :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun
  3. Boleh membaca, menulis & mengira
  4. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Syarat Khas Program Yang Ditawarkan Di JMTI

Lepasan SPM/SPMV dan setaraf bagi program Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK)

  • Mempunyai SPM/SPMV dengan KEPUJIAN dalam subjek:
  • Bahasa Melayu:
    Matematik/ Matematik Tambahan; dan
    Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia / Subjek yang berkaitan dengan teknikal; serta
    LULUS Bahasa Inggeris dan Sejarah

Lepasan DTK/DKM & setaraf untuk program Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan (DLTK)

  • Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS Bahasa Melayu DAN mempunyai Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK)/Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang yang berkaitan:
  • LULUS dalam temuduga yang dijalankan

Penganugerahan Diploma

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan :

Peringkat Diploma

  1. Diploma Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Agensi Akreditasi Malaysia (MQA) dan
  2. Diploma Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia berdasarkan bidang yang berkaitan

Diploma Lanjutan, pelajar akan dianugerahkan :-

  1. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan (DLTK) yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Am (General Degree) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia dan
  2. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia

Maklumat Lanjut Permohonan JMTI

Untuk maklumat lanjut mengenai kemasukan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL). Permohonan kemasukan ke JMTI adalah secara kaedah atas talian atau online. Terdapat 2 sesi kemasukan setiap tahun iaitu sesi Januari dan sesi Julai. Permohonan kemasukan sesi Januari akan dibuka sekitar bulan Septermber/ Oktober manakla sesi Julai pada bulan Januari hingga April.

Selamat membuat permohonan kemasukan ke JMTI. Pelajar yang melepasi syarat kemasukan JMTI dan berminat, jangan lepaskan peluang untuk memasuki Institut Teknikal Jepun Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai Kursus JMTI Sepenuh Masa/ Jangka Pendek

Senarai ADTEC Lokasi Dan Alamat di Malaysia

Senarai ADTEC Lokasi Dan Alamat