in

Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja MTD Terkini

Syarat Permohonan Dan Kemasukan Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD). Apakah Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja MTD Terkini sesi ambilan 2018? Panduan buat pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran menengah ke Maktab Tentera DiRaja atau ringkasnya MTD. Berikut dikongsikan syarat kemasukan atau syarat permohonan kemasukan ke MTD meliputi syarat akademik, syarat fizikal dan kesihatan.

Untuk pelajar yang berminat, permohonan kemasukan Putera sesi ambilan 2018 Maktab Tentera DiRaja (Tingkatan 4) perlu di buat melalui pengisian borang permohonan secara atas talian (online) melalui laman web www.rmc.edu.my. Permohonan ke MTD adalah terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 (Tahun 2017 – tahun semasa). Tarikh buka permohonan adalah sekitar bulan Ogos setiap tahun.

Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja MTD Terkini

Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Tahun 2018

Berikut dikongsikan maklumat terkini syarat permohonan dan kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja untuk panduan dan rujukan para pelajar dan ibu bapa/

Maklumat Am Permohonan

Permohonan adalah dibuka untuk pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2017

  • Tarikh buka permohonan adalah bermula 10 Ogos 2017 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 20 September 2017

Syarat Kelayakan Akademik Dan Permohonan MTD

Pelajar perlu memastikan yang anda melepasi syarat-syarat kelayakan berikut sebelum membuat permohonan :-

  1. Memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan Tiga) PT3 Tahun 2017 iaitu sekurang-kurangnya 7A
  2. Kelayakan Memohon : Pengambilan Putera MTD Tingkatan Empat Sesi Pengajian Tahun 2018-2019 adalah berdasarkan kepada keputusan Peperiksaan Percubaan PT3 tahun 2017
  3. Calon-calon yang mendapat keputusan 5A layak memohon bagi menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal.
  4. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai merit yang lebih tinggi dalam pencapaian akademik dan ko-kurikulum

Syarat Kelayakan Fizikal Dan Kesihatan

Selain syarat akademik, pemohon perlu mempunyai kelayakan kesihatan dan fizikal seperti berikut:-

  1. Warganegara Malaysia lelaki berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari 2018
  2. Jantina – Lelaki
  3. Tinggi Minimum – 152 sm
  4. Berat Minimum – 40.5 kg
  5. Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27
  6. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  7. Penglihatan – baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12).
  8. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.

Keputusan Penggilan Menghadiri Ujian Pemilihan Dan Temuduga Awal

Senarai calon yang layak dipanggil menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal akan disiarkan menerusi Facebook rasmi MTD (Maktab Tentera DiRaja) dan Laman Web Rasmi MTD seminggu (7 hari) selepas tarikh tutup permohonan.

Tambang, kos perjalanan bagi menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal adalah atas tanggungan calon-calon, manakala kerperluan penginapan dan sajian akan disediakan oleh pihak MTD.

Semakan Tawaran Kemasukan Ke MTD 2018

  1. Calon-calon yang Lulus Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal dikira berjaya apabila memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan sebenar PT3 2017 serta lulus Ujian Kepimpinan dan Temuduga Akhir oleh Lembaga Panel Pengambilan MTD.
  2. Surat tawaran kemasukan (BERJAYA/ GAGAL) akan dimaklumkan kepada calon-calon selepas Temuduga Akhir dan akan disiarkan di Laman Facebook Rasmi MTD dan Laman Web rasmi MTD dijangka pada penghujung bulan Disember 2017.

Yuran Pengajian Dan Elaun MTD

Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran (kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran Putera dan kebajikan). Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform. Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku sebanyak RM100.00 pada tiap-tiap bulan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-8946 5565/ 03-8965 5562 Syarat Permohonan MTD 2018.

Semoga perkongsian Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja (MTD) terkini ini bermanfaat buat semua. Semoga anda melepasi syarat permohonan yang dikongsikan seperti di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Ke Biasiswa

Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Ke Biasiswa

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor