Syarat Kemasukan MRSM Terkini, syarat kelayakan akademik masuk mrsm tingkatan 1 dan 4 meliputi syarat am dan khusus maktab rendah sains mara.

Syarat Kemasukan MRSM Terkini

Syarat Kelayakan Umum Dan Akademik Untuk Masuk MRSM. Pasti ramai yang ingin tahu apakah Syarat kelayakan masuk ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ? Berikut dikongsikan Syarat Kemasukan MRSM Terkini : Umum Dan Akademik untuk panduan para pemohon dan pelajar.

Syarat kelayakan kemasukan adalah untuk sesi pengambilan tahun 2024 yang dibuka pada bulan September 2023. Syarat untuk ambilan tahun 2024 akan dikemaskini dimana application dibuka dari 15 September hingga 20 Oktober 2023. Antara syarat yang dikongsikan adalah syarat umum dan syarat kelayakan akademik. Umum sedia maklum yang MRSM adalah di antara sekolah terbaik di Malaysia selain Sekolah Berasrama Penuh dan SBT.

Senarai jenis aliran yang ditawarkan di MRSM seluruh Malaysia : Klik PROGRAM MRSM

Syarat Kemasukan MRSM Terkini

Syarat Kelayakan Umum Dan Akademik Kemasukan Ke MRSM Sesi 2024

Pelajar Tahun 6 (UPSR) dan Tingkatan 3 (PT3) adalah dinasihatkan untuk merujuk lepada syarat kelayakan memasuki MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sebelum memohon.

Syarat Kemasukan MRSM Terkini

Kepada pelajar yang berminat untuk memasuki MRSM, berikut adalah Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan 4 Terkini untuk panduan pelajar semua.

Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Memiliki sikap diri yang positif
  2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.

Syarat Umum MRSM

Antara syarat umum yang perlu dilepasi oleh pemohon sebelum membuat application ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 2024 secara online adalah seperti berikut :-

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia
  3. Pemohon perlu mengisi borang online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  4. Calon sihat tubuh badan, bebas daripada masalah mental, penyakit kronik sepert masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan – epilepsy dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan, membataskan serta menyukarkan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2011 hingga 1 Jan 2012 bagi calon Tingkatan 1 2024 atau lahir pada 2 Jan 2008 hingga 1 Jan 2009 bagi calon Tingkatan 4 2024
  6. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  7. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Bermula ambilan tahun 2021, calon diwajibkan untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Ia melibatkan subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris  dan Ujian Keperibadian. Pemohon program Ulul Albab diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan.

Pemohon perlu lulus empat UKKM bagi melayakkan diri ke MRSM yang dimohon. Keutamaan akan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Syarat Khusus Tingkatan 1 2024 MRSM

Berikut adalah syarat khusus kemasukan Tingkatan 1 MRSM meliputi syarat kelayakan akademik :-

  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
    • Syarat tahun sebelumnya adalah memperoleh keputusan 3A3B (Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (Sabah & Sarawak) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2017.
    • Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR tahun 2017.
  2. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah

Syarat Kelayakan Akademik Tingkatan 4 2024

  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
    • Syarat tahun sebelumnya adalah memperoleh keputusan minimum 6A 4B (Semenanjung Malaysia) dan 5A SB (Sabah & Sarawak) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (P13) tahun 2017 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian).
  2. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah

Nota Penting

Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah  Berasrama  Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM.

Menurut FAQ Pengambilan pelajar SBP tahun 2020,

  • Setiap calon boleh menerima tawaran kemasukan sama ada dari KPM atau MARA. Sekiranya pemohon mendapat dua tawaran dan mendaftar di MARA, maka tawaran ke SBP adalah terbatal

Untuk maklumat lanjut berkaitan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sila hubungi :-

Pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 2024 yang berminat dan memenuhi syarat kemasukan/ kelayakan yang ditetapkan. Anda boleh membuat application kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 secara online di MARA.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *