in

Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains Terkini

Para pelajar yang baru sahaja mengambil keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pasti tertanya-tanya ke mana hala tuju selepas peperiksaan tersebut. Terdapat banyak aliran yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Tingkatan 4 antaranya termasuklah aliran sains. KPM juga telah menggariskan kriteria atau syarat kemasukan bagi setiap aliran. Berikut adalah syarat kemasukan tingkatan 4 bagi aliran sains terkini buat rujukan ibu bapa dan pelajar.

KPM telah menyelaraskan beberapa jenis aliran bagi pengajian peringkat menengah atas iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang seterusnya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Aliran sains merupakan antara aliran yang popular kerana pelajar lepasan aliran ini berpeluang mempunyai kerjaya sebagai doktor, jurutera, arkitek dan banyak lagi kerjaya yang menjadi impian atau cita-cita pelajar sejak kecil.

Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains Terkini

Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains Buat Pelajar Lepasan PT3

Pelajar perlu melepasi syarat atau kriteria tertentu untuk kemasukan ke tingkatan 4 bagi aliran sains. Syarat kemasukan ini adalah yang terkini dan telah digunapakai bermula tahun 2015 setelah PT3 dilaksanakan bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berikut adalah syarat kemasukan tingkatan 4 bagi aliran sains.

SYARAT KELAYAKAN MASUK ALIRAN SAINS TINGKATAN 4 (FORM 4)

JENIS
BUTIRAN
Kriteria No 1
Pelajar yang telah memperolehi keputusan dengan sekurang-kurangnya GRED B dalam mata pelajaran SAINS dan MATEMATIK DIGALAKKAN mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4 Sekolah Menengah
Kriteria No 2
Pelajar yang telah memperolehi keputusan gabungan GRED A/C, B/C atau C/C dalam mata pelajaran SAINS dan MATEMATIK memperolehi sekurang-kurangnya Band 4 dalam PT3 bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. Serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik DIBENARKAN untuk mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4
Kes Khas
Pelajar yang telah memperolehi keputusan gabungan GRED A/D, B/D atau C/D dalam mata pelajaran SAINS dan MATEMATIK, memperolehi sekurang-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. Serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK DIBENARKAN mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4
Tidak Digalakkan 
Pelajar yang telah memperolehi keputusan GRED E dalam mana-mana mata pelajaran SAINS dan MATEMATIK TIDAK DIGALAKKAN mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4

Sumber Rujukan

Kriteria atau syarat kemasukan ini adalah hasil rujukan daripada maklumat berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut bagi pelajar yang berminat menyambung pelajaran dalam aliran Sains di Tingkatan 4. Anda boleh berhubung terus dengan pihak sekolah masing-masing sekiranya keputusan PT3 yang diperolehi melepasi kriteria atau syarat seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semoga perkongsian ini dapat membantu para pelajar untuk membuat keputusan memasuki aliran yang sesuai dengan keputusan yang diperolehi dalam PT3. Seterusnya, diucapkan semoga anda berjaya dalam aliran yang dipilih dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Lazim MRSM Permohonan Dan Semakan (FAQ)

Soalan Lazim MRSM Permohonan Dan Semakan (FAQ)

Permohonan ADTEC Shah Alam 2019 Online

Permohonan ADTEC Shah Alam 2019 Online