in

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

Syarat Kelayakan Masuk Tingkatan Enam Tahun 2019. Menyambung pengajian ke Tingkatan 6 (Enam) atau Form 6 adalah salah satu pilihan buat pelajar lepasan SPM. Jadi apakah Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini meliputi syarat am dan khas kemasukan terkini? Dan apakah jurusan pengajian yang ada ditawarkan?

Umum sedia maklum yang pelajar lepasan SPM tidak perlu membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 6. Pelajar yang melepasi syarat kelayakan kemasukan akan ditawarkan secara automatik. Pelajar yang ingin mengetahui status tawaran kemasukan boleh membuat semakan secara online melalui applikasi SST6 KPM dan juga melalui semakan SMS. Keputusan pada kebiasaannya diumumkan selepas tarikh keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini
Syarat Kemasukan Terkini Ke Tingkatan 6 2019

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan 6 terkini yang dikongsikan dari Applikasi SST6 KPM. Antara maklumat yang dikongsikan adalah syarat am kemasukan, syarat khas dan jurusan.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 (Syarat Am)

Syarat am kemasukan ke Tingkatan 6 terkini adalah seperti berikut :-

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2019.

Syarat Khas Kemasukan Tingkatan 6

1. JURUSAN SAINS

Untuk jurusan Sains, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  1. Matematik / Matematik Tambahan
  2. Fizik
  3. Kimia
  4. Biologi
  5. Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Pengajian Agroteknologi/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal
  6. Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian

2. JURUSAN SAINS SOSIAL

i. Sekolah Menengah Harian

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
  4. Sejarah
  5. Geografi/ Pendidikan Seni Visual
  6. Komunikasi Visual/ Seni Halus /Teater/ Reka Bentuk / Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  7. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  8. Matematik / Matematik Tambahan
  9. Prinsip Perakaunan
  10. Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  11. Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  12. Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
  13. Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  14. Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab / Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun / English For Science And Technology
  15. Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan

ii. Sekolah Menengah Agama

a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab. DAN mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak lebih 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:-

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Kesusasteraan Melayu / Literature in English
  4. Sejarah
  5. Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  6. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  7. Matematik / Matematik Tambahan
  8. Prinsip Perakaunan
  9. Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  10. Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  11. Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  12. Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  13. Pendidikan Syariah Islamiah
  14. Bahasa Arab
  15. Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan

b) Di Sekolah Berasrama Penuh (Agama) Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

Syarat Kemasukan Tingkatan 6. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab DAN mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian beserta jumlah mata gred tidak lebih 14 unit untuk 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Kesusasteraan Melayu / Literature in English/
  4. Sejarah
  5. Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  6. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  7. Matematik / Matematik Tambahan
  8. Prinsip Perakaunan
  9. Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  10. Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  11. Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  12. Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  13. Pendidikan Syariah Islamiah
  14. Bahasa Arab
  15. Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan

iii. Murid Berkeperluan Khas (MBK)

  • a) Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  dengan  mendapat  sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu;
  • b) Berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa iaitu tahun 2019

Syarat Khas

1. Jurusan Sains

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian beserta jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit untuk 3 mata pelajaran iaitu sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik/ Matematik Tambahan
  2. Kimia
  3. Fizik
  4. Biologi
  5. Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Teknologi Kejuruteraan/ Information And Communication Technology/ Pengajian Agroteknologi
  6. Pengurusan Makanan/ Pengajian Pakaian

2. Jurusan Sains Sosial

Syarat Kemasukan Tingkatan 6

i. Sekolah Menengah Harian.

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
  4. Sejarah
  5. Geografi
  6. Pendidikan Seni Visual
  7. Komunikasi Visual
  8. Seni Halus
  9. Teater
  10. Reka Bentuk
  11. Pendidikan Muzik
  12. Muzik
  13. Tari
  14. Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
  15. Matematik/ Matematik Tambahan
  16. Prinsip Perakaunan
  17. Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science
  18. Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  19. Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah
  20. Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  21. Bahasa Arab/ Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science and Technology
  22. Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan

ii. Sekolah Menengah Agama

a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran DAN Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti  berikut :

  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran

b) Di Sekolah Berasrama Penuh Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab DAN Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata  gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti berikut :

  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran

Cara Pengiraan Mata Gred Kemasukan Ke Tingkatan 6

Berikut adalah jadual nilai mata gred yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

Semoga perkongsian Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini boleh dijadikan panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat memasuki Form 6. Moga pelajar dapat menggunakan peluang menyambung pengajian di Sekolah Bantuan Kerajaan dengan sebaik-baiknya dalam membantu anda untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA di Malaysia atau luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Keputusan PraSekolah 2018 Online

Semakan Keputusan PraSekolah 2020 Online

kenaikan gaji dan pencen kakitangan awam

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai 1 Julai 2018