Takbir adalah bertujuan untuk membesarkan dan mengagungkan Allah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Nya. Ianya adalah cara yang dianjurkan oleh Islam untuk menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan kita di atas ibadah wajib dan sunat yang kita lakukan pada Aidil Fitri dan Aidil Adha serta hari Tasyriq. Bagaimana cara lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha?
Berikut dikongsikan cara lafaz atau bacaan takbir raya buat panduan umat Islam. Umat Islam di sunatkan untuk bertakbir pada Aidil Fitri dan Aidil Adha. Disunatkan agar bertakbir bermula dari malam Hari Raya (selepas masuk waktu Maghrib). Bagi Aidilfitri tempoh bertakbir adalah sehingga Imam mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri pada pagi raya. Sedangkan Hari Raya Haji pula, tempoh bertakbir adalah dari solat Subuh Hari Arafah 9 Zulhijjah sehingga sebelum masuk waktu Maghrib pada hari yang ke-13 Zulhijjah.
Isi Kandungan
Cara Lafaz Takbir Hari Raya
Perayaan Aidilfitri dan Aidiladha hendaklah disambut dengan acara-acara yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah, iaitu:
a. Membanyakkan Ucapan Takbir
Firman Allah: “Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (AlBaqarah : 185) Sabda Rasullullah s.a.w. pula: “Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan tahmid.” Di dalam kitab-kitab Fiqh dijelaskan, takbir itu terbahagi kepada dua:
- 1. Takbir Mursal: Ia sunat dilafazkan sama ada oleh orang yang bermukim atau musafir, di masjid atau di jalan, dengan cara duduk atau berdiri, di pasar-pasar, di rumah-rumah kediaman dan sebagainya. Waktunya bermula dari ghurub matahari akhir Ramadhan dan berterusan sepanjang malam Hari Raya hingga solat ‘Id didirikan pada esok hari. Demikian juga bagi Takbir ‘Id Al-Adhha (Qurban) sunat dilafazkan sepanjang malam hingga esok harinya ketika solat ‘Id Al-Adhha dilaksanakan.
- 2. Takbir Muqaiyad: Iaitu takbir yang terikat dengan waktu-waktu solat. Jelasnya ia sunat dilafazkan setiap kali selesai solat. Waktunya bermula selepas Subuh hari Arafah (hari ke-9) dan berakhir selepas Asar 13 Zulhijjah.
Waktu Bertakbir Untuk Hari Raya
Takbir dilafaz dan dilaungkan pada empat keadaan iaitu seperti berikut :
- Sebelum solat hari raya. Iaitu setelah terbenam matahari pada malam hari raya hinggalah sebelum imam menunaikan solat hari raya.
- Dalam solat hari raya. Di mana pada rakaat pertama kita akan melakukan 7 kali takbir dan diselangi dengan tasbih dan pada rakaat kedua 5 kali takbir dan diselangi dengan tasbih.
- Dalam khutbah. Iaitu pada khutbah pertama khatib akan bertakbir 9 kali takbir dan pada khutbah kedua sebanyak 7 kali takbir.
- Selepas solat (bagi Aidil Adha).
- Semasa Aidil Adha semua orang Islam sama ada yang mengerjakan haji atau pun tidak, sunat bertakbir selepas setiap solat fardhu atau solat sunat. Ini bermula dari solat subuh hari Arafah (subuh 9 Zulhijjah) hinggalah selepas solat Asar hari Tasyriq yang terakhir.
- Adapun semasa hari Aidil Fitri tidak sunat bertakbir selepas bersolat malah sunatnya terputus apabila imam memulakan solat sunat raya.
Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha
Berikut dikongsikan bacaan lafaz Takbir buat panduan umat Islam semua.
Dalam Rumi
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar Laa ilaaha illallahu wallahu akbar Allaahu akbar walillaahil hamd’ Ulang 3 kali | |||
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar Allahu akbar kabiiraa Walhamdulillaahi katsiiraa Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa Laa ilaaha illallallahu Walaa na’budu illaa iyyaahu Mukhlishiina lahuddiin Walau karihal kaafiruun Laa ilaaha illallallahu wahdah Sadaqa wa’dah Wanashara ‘abdah Wa a’azza jundahu Wahazamal ahzaaba wahdah Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar Allaahu akbar walillaahil hamd’ |
Erti & Maksud
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah. Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir, Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera alAhzab dengan sendiri (KekuasaanNya), Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah. |
Video
Berikut adalah video buat rujukan
Kepentingan Bertakbir
Bertakbir dianggap penting sebagai:
- Satu syiar bagi menzahirkan rasa gembira dan tanda bersyukur kepada Allah.
- Tanda kemenangan melawan hawa nafsu mazmumah sepanjang Ramadan.
- Lambang penyatuan dan kekuatan ummah melalui roh takbir, kerana umat Islam, membesarkan Allah dan melaungkan takbir yang sama di seluruh dunia.
- Laungan takbir menyejukkan jiwa, menenangkan fikiran dan melapangkan hati untuk bermaafan.
- Takbir dan tahmid dianggap penyubur ukhuwah dalam mengukuhkan ikatan jalinan persaudaraan umat Islam.
Sumber : Jabatan Mufti Negeri Sembilan
Semoga perkongsian dan panduan di atas ini bermanfaat buat semua.
Related : Allah swt, disunatkan untuk, hari arafah, dan berterusan takbir muqayyad waktu subuh hari arafah, malam raya, tan sri muhyiddin yassin, menunaikan haji, 1 syawal, waktu asar, ا و و