Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai efilling 2024 untuk taksiran tahun 2023, Ttarikh tutup penghantaran e efilling income tax lhdn,

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling 2024

Tarikh Akhir e-Filling 2024 LHDN. Perhatian buat pembayar cukai. Bila tarikh akhir hantar borang cukai efilling 2024 untuk tahun taksiran 2023? Untuk makluman, pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk tahun taksiran 2023 melalui e-filling bagi borang E, BE, B, BT, P, MT dan TF boleh dilakukan pada tarikh yang dinyatakan dibawah.

LHDNM ingin memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Tahun Saraan 2023 dan Tahun Taksiran 2023 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac 2024.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling

Untuk hampir kesemua borang cukai termasuk Borang BE dan sebagai alternatif, pembayar cukai boleh mengemukakan borang cukai dengan menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Mobile Filing (m-Filing). e-Filing dan m-Filing adalah merupakan aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai dalam melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

Tarikh Akhir e-Filling 2024 LHDN (Penghantaran Borang Cukai Pendapatan Secara Online)

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting berkaitan tarikh akhir hantar Borang cukai efilling untuk tahun taksiran 2023.

LHDNM menyeru agar semua pembayar cukai dapat mengemukakan BNCP mereka dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dalam mengelakkan dari dikenakan sebarang penalti lewat hantar.

Permohonan No Pin e-filling Dan No Cukai Pendapatan

e-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL di pautan https://ez.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my.

  • Sebagai peringatan, pembayar cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.
  • Semasa perintah kawalan pergerakan PKP akibat wabak COVID-19, pembayar cukai boleh membuat permohonan melalui:-
  • ATAU
  • Permohonan nombor cukai pendapatan dalam talian boleh dibuat melalui aplikasi e-Daftar.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling Tahun Taksiran 2023

Berikut adalah tarikh akhir pengemukakan BNCP Tahun Taksiran 2023 pada tahun 2024 bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF secara Borang Kertas (manual) adalah seperti berikut :-

  • Pembayar cukai dan majikan adalah digalakkan mengguna e-Filing untuk mengemukakan BN yang mempunyai kemudahan e-Filing
  • Pembayar cukai dan majikan bukan syarikat / syarikat Labuan yang hendak mengemukakan BN kertas perlu mencetak sendiri BN format PDF dari Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • > Laman Utama > Borang > Muat Turun Borang
  • Ejen cukai yang mengemukakan BN kertas bagi pihak pelanggan hendaklah mencetak sendiri BN format PDF dari Portal Rasmi LHDNM

TARIKH AKHIR HANTAR BORANG DAN MEMBAYAR CUKAI PENDAPATAN TAHUN TAKSIRAN 2023 MELALUI BORANG NYATA & eFILLING

JENIS BORANG

KATEGORI

TARIKH AKHIR PENGEMUKAAN BORANG NYATA (BN)

E 2023Majikan31 Mac 2024 Dilanjutkan hingga 31 Mei 2024 (Tambahan masa 1 bulan untuk eFilling)
BE 2023Individu Pemastautin Yang Tidak Menjalankan Perniagaan 30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFilling)
B 2023Individu Pemastautin Yang Menjalankan Perniagaan30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFilling)
P 2023Perkongsian
BT 2023Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran)Tidak menjalankan perniagaan :
30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFilling)

Menjalankan perniagaan :
30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFilling)
Keluarga Sekutu Hindu *Tiada eFilling
M 2023Individu Bukan Pemastautin
MT 2023Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)
TP 2023Harta Pusaka
TF 2023Pertubuhan
TJ 2023Keluarga Sekutu Hindu
C 2024Syarikat *7 bulan daripada
tarikh penutupan akaun. (Tambahan masa 1 bulan untuk eFilling).
Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta  dan Amanah Perniagaan *Tiada eFilling
C1 2024Koperasi
PT 2024Perkongsian Liabiliti Terhad
TC 2024Unit Amanah / Amanah Harta Tanah
TA 2024Badan Amanah
TR 2024Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta 
TN 2024Amanah Perniagaan

SUMBER :

Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2024

Sila rujuk lampiran di atas untuk tarikh terkini di mana tambahan masa (termasuk Tarikh Akhir e Filing) diberikan kepada pembayar cukai yang menjalankan perniagaan bagi tahun 2023.

A. MAJIKAN

efiling-2023-majikan

 

B. INDIVIDU, PERKONGSIAN, PERTUBUHAN, HARTA PUSAKA DAN KELUARGA SEKUTU HINDU

efiling-2023-individu-syarikat-pertubuhan

C. SYARIKAT, KOPERASI, PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD DAN BADAN AMANAH & PETROLEUM

efiling-2023-syarikat-perkongsian-koperasi-petroleum

Nota Penting Penghantaran Borang Cukai Pendapatan LHDN (Tarikh Akhir e Filing)

  1. Tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDNM
  2. BN (Borang Nyata) yang dikemukakan melalui e-Filing / pos selepas tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika ia diterima dalam tempoh tambahan masa selepas tarikh akhir pengemukaan BN tersebut.
  3. Tambahan masa ini juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) / subseksyen 48(1) Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [APCP 1967] bagi BN (kecuali Borang E, Borang P dan Borang CPE) yang dikemukakan melalui e-Filing / pos.
  4. Bagi kegagalan mengemukakan BN dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:-
    • a) BN selain Borang E dan Borang P
      • Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967
      • ATAU
      • Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
    • b) Borang E dan Borang P
      • Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967
  5. Contoh I:
    • Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2023 adalah 30 April 2024. Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2024 bagi e-Filing Borang BE (Borang e-BE) Tahun Taksiran 2023.
    • Jika pembayar cukai mengemukakan Borang e-BE Tahun Taksiran 2023 pada 16 Mei 2024, BN tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2024 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
  6. Contoh II:
    • Tempoh perakaunan amanah pelaburan harta tanah (REIT) berakhir pada 31 Mei 2024. Tarikh akhir pengemukaan BN bagi REIT (Borang TR) Tahun Taksiran 2024 adalah 31 Disember 2024. Tambahan masa diberikan sehingga 5 Januari 2025.
    • Sekiranya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerima BN tersebut melalui pos pada 6 Januari 2025, BN tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Januari 2025 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967.

Alamat bagi Penghantaran Borang Nyata 

Berikut adalah alamat bagi penghantaran borang nyata:

Tarikh Akhir e Filing

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh :-

Selamat mengisi borang cukai pendapatan untuk taksiran tahun 2023. Semoga perkongsian Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling 2024 boleh dijadikan panduan berguna buat pembayar cukai.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *