Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2024 CNY Pada Bulan Januari. Tarikh cuti umum chinese new year gong xi fa cai di Malaysia 10 & 11 Februari 2024.

Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2024 CNY

Cuti Tahun Baru Cina 2024 – Chinese New Year (CNY 2024). Satu perayaan terbesar dalam kalendar tahun 2024 di Malaysia bakal tiba pada bulan Februari nanti. Panduan buat mereka yang bercadang untuk bercuti atau balik kampung pada cuti panjang Tahun Baru Cina 2024. Berikut dikongsikan Tarikh Cuti Tahun Baru Cina tahun 2024 buat rujukan semua. Menurut Kalendar Cuti Umum, Chinese New Year akan disambut pada 10 dan 11 Februari 2024 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

Dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Tahun Baru Cina merupakan satu perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun 2023 adalah tahun Arnab manakala tahun 2024 adalah tahun Naga.

Tarikh Cuti Tahun Baru Cina CNY

Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2024

Tahun Baru Cina adalah melambangkan permulaan iaitu titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.

Kaum keluarga akan makan besar dan golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau. Ianya diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik,

Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.

Tarikh Cuti Tahun Baru Cina Tahun 2024

Berikut adalah maklumat tarikh cuti Tahun Baru Cina 2024 di Malaysia. Rakyat Malaysia akan bercuti seperti tarikh berikut :-

i) 10 Februari (Sabtu) : Semua Negeri

ii) 11 Februari (Ahad) : Hari Kedua Semua Negeri

Maklumat Tahun Baru Cina

Perarakan tarian naga atau singa adalah sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Perarakan akan diadakan dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan akan ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Selamat Tahun Baru Cina 2024. Selamat bercuti buat mereka yang bercuti seisi keluarga dan balik kampung bersempena dengan cuti umum yang panjang di Malaysia.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *