Tarikh Hari Raya Aidilfitri & Tarikh Hari Raya Aidiladha 2024/ 1445H Di Malaysia, Penetapan pengumuman tarikh hari raya puasa 1 Syawal dan tarikh hari raya haji/ korban 10 zulhijjah untuk seluruh negeri di malaysia beserta tarikh 1 Zulhijjah 1445H

Tarikh Hari Raya Aidilfitri (Puasa) & Hari Raya Aidiladha (Haji) 2024

Dua perayaan terbesar dan utama buat umat Islam di Malaysia adalah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Jadi bilakah tarikh kedua-dua perayaan ini disambut? Tarikh perayaan dan hari kebesaran Islam tahun 2024 boleh dirujuk di tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2024M/ 1445-1446H yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Maklumat terkini tarikh Hari Raya Aidilfitri dan tarikh hari Raya Aidiladha tahun 2024 ada dikongsikan di bawah ini sebagai rujukan.

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha yang merupakan tarikh cuti umum (public holiday) di Malaysia akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di stesen radio dan TV utama di Malaysia.

tarikh hari raya aidilfitri dan tarikh hari raya aidiladha

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Raya Aidiladha Tahun 2024 Di Malaysia

Berikut dikongsikan Tarikh Penting Hari Raya Aidilfitri (juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa) dan Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Haji/ Qurban) 2024 Di Malaysia yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Merujuk kepada tarikh-tarikh penting Kalendar Islam 2023 yang diterbitkan oleh JAKIM. Tarikh jatuhnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha 2023 untuk seluruh negeri di Malaysia adalah pada tarikh berikut :-

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024/ 1445H

  • HARI RABU, 10 APRIL 2024 (1 SYAWAL 1445H) : TIDAK RASMI
  1. Tarikh RASMI akan diumumkan oleh Pemohon Mohor Raja-Raja pada malam 29 Ramadhan.
  2. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah (melihat anak bulan) dan hisab ( pengiraan matematik secara astonomi).
  3. Tarikh mencerap anak bulan Syawal akan dilakukan pada tarikh yang bersamaan 29 Ramadhan 1445H

Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri (Arab: فطر ال يد ع’ ;Ayd al-Fiṭr; “perayaan fitrah”) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran.

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu, India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2024 / 1445H

  • HARI ISNIN, 17 JUN 2024, (10 ZULHIJJAH 1445H) : Tidak Rasmi
  1. Tarikh RASMI Hari Raya Haji dan tarikh 1 Zulhijjah 1445H akan diumumkan oleh Pemohon Mohor Raja-Raja
  2. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha/ Haji/ Korban adalah berdasarkan Rukyah (melihat anak bulan) dan hisab ( pengiraan matematik secara astonomi).
  3. Tarikh mencerap anak bulan Zulhijjah akan dilakukan pada tarikh bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1445H

Hari Raya Aidiladha

Bahasa Arab ianya bermaksud ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji. Ianya merupakan salah satu perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal diseluruh dunia.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Perayaan Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha merupakan satu perayaan yang istimewa kerana ianya merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari. Iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Tarikh Penting Islam 2024

Tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2024/ 1445H-1446H Di Malaysia adalah seperti berikut :-

TARIKH HIJRI 1445TARIKH MILADI (2024)HARI KEBESARAN/ PERAYAAN ISLAM
 27 Rejab8 FebruariIskraj Mikraj
 1 Ramadhan *12 MacAwal Ramadhan/ Tarikh Mula Puasa 2024
 17 Ramadhan28 MacNuzul Al-Quran
 1 Syawal *10 AprilHari Raya Puasa/ Aidilfitri
 1 Zulhijjah8 JunAwal Zulhijjah
 10 Zulhijjah *17 JunHari Raya Qurban/ Aidiladha
 1 Muharram 1446H7 JulaiAwal Muharram/ Maal Hijrah
 12 Rabiulawal 1446H16 SeptemberMaulidur Rasul
 Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. SUMBER : JAKIM

Semoga perkongsian Tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha 2024 Di Malaysia ini bermanfaat buat semua. Moga ianya boleh dijadikan panduan dalam merancang cuti atau perjalanan balik kampung. Selamat Hari Raya 2024.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *