Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan 2024 (BAP). Maklumat bayaran kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang layak ikut pendapaatan.

Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan 2024

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 Tahun 2024. Berita baik buat murid yang berkelayakan. Satu lagi bantuan kewangan akan diteruskan untuk tahun 2024 iaitu Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dahulunya dikenali sebagai BKAP1M. Berikut dikongsikan maklumat Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan 2024 dan syarat kelayakan BAP buat panduan murid dan ibu bapa semua.

BAP bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa. Bantuan dikhususkan untuk murid sekolah dari kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 kebawah bermula dari tahun 1 hingga Tingkatan 5. Bagi tahun 2023, Perdana Menteri mengumumkan bantuan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira jumlah pendapatan ibu bapa. Tahun 2024 menyaksikan sebanyak RM788 juta akan diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membabitkan wang bantuan berjumlah RM150 yang akan dimanfaatkan oleh murid yang layak.

Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan 2019

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 Tahun 2024

Bilakah tarikh pembayaran bantuan awal sekolah 2024? Dalam pembentangan Bajet 2024 dan sebelum ini, semua pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah akan menerima bantuan awal persekolahan berjumlah RM150. Jumlah bantuan yang meningkat sebanyak RM50 daripada RM100 sebelum ini.

Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan RM150 Tahun 2024

Bantuan Wang Persekolahan 2024 ini dijangka dapat dimaanfatkan kepada lebih kurang 5 juta murid. Bantuan BAP akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) atau ke akaun khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

  • Tahun 2024 : Mulai 11 Januari 2024
  • Tahun 2023 : Mulai 12 Janauri 2023
  • Tahun 2022 : 17 Januari 2022

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan 2024 (BAP)

Berikut adalah syarat kelayakan dalam menerima bantuan awal persekolahan berjumlah RM150 bagi tahun 2024:

  1. Murid warganegara Malaysia
    • Mempunyai sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
  2. Bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan,
    • Sekolah Bantuan Kerajaan,
    • Sekolah Agama Rakyat/ Negeri
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney
  3. Murid tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2024/ 2025

Dokumen Yang Diperlukan

Penyediaan Dokumen adalah bergantung kepada pihak sekolah masing-masing. Pihak sekolah perlu memastikan yang ibu/ bapa/penjaga mengemukakan dokumen pengesahan pendapatan seperti berikut;-

  1. Slip gaji terkini atau penyata cukai pendapatan terkini bagi ibu bapa yang mempunyai majikan; atau
  2. Sekiranya ibu/ bapa/ penjaga tidak mempunyai dokumen di atas, mereka perlu melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan. Maklumat pendapatan yang dikemukakan hendaklah mendapat pengesahan daripada salah seorang daripada:-
    • a. Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan & Profesional);
    • b. Pengerusi JKKK;
    • c. Penyelia Pembangunan Mukim;
    • d. Penghulu;
    • e. Penggawa; atau
    • f. Ketua Kampung.

Sekolah boleh menangguhkan agihan bantuan, sekiranya ibu/bapa/penjaga tersebut gagal mengemukakan dokumen berkenaan.

Surat Siaran dan Garis Panduan BAP 2024

Surat siaran dan garis panduan BAP 2024 akan dikemaskini. Di bawah, surat siaran dan garis panduan pemberian Bantuan Persekolahan tahun-tahun sebelum ini adalah seperti berikut:

Garis Panduan BAP Untuk Murid Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK):

KPM telah berkongsi Soalan Lazim BAP bagi tahun 2023 untuk panduan semua pada pautan berikut:

Semoga Bantuan Awal Persekolahan RM150 Tahun 2024 mampu meringkan beban ibu bapa pelajar ketika memulakan persekolahan. Moga ianya dapat membantu golongan yang berkelayakan dalam menitiberatkan pendidikan terbaik buat anak-anak mereka walaupun dengan pendapatan yang kecil.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *