Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 (BSH)

Berita baik buat penerima BSH, kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan akan meneruskan pemberian bantuan untuk mereka yang berpendapatan rendah namun Bantuan Rakyat 1Malaysia telah digantikan namanya dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Jadi bilakah tarikh pembayaran BSH Bantuan Sara Hidup tahun 2020 (jadual tarikh bayaran BSH)?

Bantuan kewangan kepada rakyat yang berkelayakan akan dilaksanakan dengan jumlah mengikut pendapatan dan dibayar mengikut Fasa 1, 2 dan 3. Syarat kelayakan untuk menerima bantuan BSH juga telah dikaji semula agar hanya penerima yang betul-betul layak sahaja dapat menikmati subsidi ini.

Tarikh Pembayaran BSH Bantuan Sara Hidup 2020

INFO TERKINI: PELAN RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN : BSH

Perdana Menteri mengumumkan baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar mulai 24 Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion

PELAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI COVID-19 : BSH FASA 2

Pembayaran BSH bagi Fasa 2 (Fasa Kedua) yang dijadualkan pada bulan Mei 2020 akan diawalkan kepada bulan Mac 2020 sebanyak RM200

Tambahan RM100 akan dikreditkan terus ke dalam bank akaun pada Julai Mei 2020 berserta tambahan RM 50 disalurkan kepada yang layak secara e-tunai. Maklumat pembayaran secara etunai akan dibayar kepada mereka yang telah memuat turun aplikasi MySejahtera dengan kelayakan pendapatan kurang RM100,000 serta berumur 18 tahun ke atas

LAPORAN PRIHATIN DAN PENJANA : BSH FASA 3

Menurut Menteri Kewangan, pembayaran BSH bagi Fasa 3 akan dibuat pada bulan Julai 2020 iaitu mulai 24 Julai dan melibatkan lebih 5 juta penerima

Penerima isi rumah juga akan menerima tambahan bantuan sebanyak RM120 bagi setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah dan maksima sebanyak 4 orang anak

Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan yang dimohon

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat Tahun 2020 (BSH)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh pembayaran BSH Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 meliputi pembayaran Fasa 1, 2 dan 3 untuk setiap jenis penerima termasuk kategori isi rumah.

Maklumat tarikh bayaran BSH terkini akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

TERKINI : Penerima yang lulus rayuan, pembayaran akan disalurkan mulai 23 November 2020.

Tarikh Pembayaran BSH 2020 Fasa 1, 2 & 3

Pendapatan Isi Rumah RM2,000 dan ke bawah (RM1100 + RM120/ anak)
FASANILAI AGIHAN TARIKH PEMBAYARAN
1 RM300 20 JANUARI 2020
 2  RM200 16 MAC 2020
 
3 BAKI RM500 + RM100 (Tambahan) + RM120/ anak 24 JULAI 2020
Pendapatan Isi Rumah antara RM2,001 hingga RM3,000 (RM850 + RM120/ anak)
FASANILAI AGIHAN TARIKH PEMBAYARAN
1 RM300 20 JANUARI 2020
 2  RM200 16 MAC 2020
 
3 BAKI RM250 + RM100 (Tambahan) + RM120/ anak 24 JULAI 2020
Pendapatan Isi Rumah antara RM3,001 hingga RM4,000 (RM600 + RM120/ anak)
FASANILAI AGIHAN TARIKH PEMBAYARAN
1 RM300 20 JANUARI 2020
 2  RM200 16 MAC 2020
 
3 RM100 (Tambahan) + RM120/ anak 24 JULAI 2020

**Tarikh pembayaran RM120/ anak akan dikemaskini. Bilangan anak hanya terhad buat empat (4) orang anak sahaja

Nota Pembayaran BSH Fasa 1 Tahun 2020

1. Merujuk kepada Portal Rasmi BSH, pemohon lulus BSH 2019 yang LAYAK menerima pembayaran Fasa 1 BSH 2020 adalah seperti berikut:-

i)  Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
ii) Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
iii) Warga emas sebatang kara (60 tahun dan ke atas)
iv) Pedalaman

  • Kahwin [pemohon (berumur 59 tahun dan ke bawah) dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (berumur 59 tahun ke bawah) yang mempunyai tanggungan

2. Pemohon lulus BSH 2019 yang TIDAK LAYAK menerima bayaran Fasa 1 BSH 2020 adalah seperti berikut:

i) Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (berumur 59 tahun dan ke bawah) yang tidak mempunyai tanggungan; atau
ii. Single (berumur 59 tahun dan ke bawah) yang mempunyai tanggungan atau tidak mempunyai tanggungan; atau
iii. Kahwin [pemohon (berumur 59 tahun dan ke bawah) dan pasangan Bukan Warganegara Malaysia; atau
iv. Permohonan BSH yang tidak membuat kemas kini permohonan daripada BSH 2017 (3 tahun berturut-turut)

**Kaedah pembayaran Fasa Pertama akan dikreditkan ke akaun pemohon yang telah didaftarkan pada BSH 2019. Bagi yang tiada akaun, anda akan menerima Surat Makluman Bayaran Fasa Pertama BSH 2020 untuk dibawa ke BSN bagi tujuan penunaian bantuan

**DALAM PROSES PENGKREDITAN adalah merujuk kepada data pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 dalam proses pengkreditan ke akaun mulai 20 Januari 2020. Anda boleh check pada penyata akaun bank penerima mulai 20 Januari 2020 (Fasa Pertama) & Dalam Proses Pengkreditan Check penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020 (Fasa Kedua

*Klik Check Status Bayaran BSH 2020

Tarikh Pembayaran Pemohon ‘Single’ & OKU 2020

  • 24 Julai 2020 (Fasa 3) : RM300 + 100 (tambahan)

Cara Check Status Penerima Bayaran Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup

Untuk check status tarikh bayaran BSH, sila ikuti langkah berikut:-

  • i. Portal Rasmi BSH LHDNM, https://bsh.hasil.gov.my dengan memilih menu MyBSH;
    • Masukkan Nombor MyKad
    • Klik Butang Mohon TAC
    • Nombor TAC akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit
    • Masukkan nombor TAC di ruangan yang disediakan dan klik butang Hantar
    • Paparan Skrin MyBSH dan pilih Check Status

atau

  • ii. Aplikasi telefon mudah alih Bantuan Sara Hidup dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  • iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang); atau
  • iv. Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang); atau
  • v. Hadir ke LHDNM yang berhampiran; atau
  • vi. Surat Makluman BSH 2020 diposkan kepada penerima yang layak berdasarkan alamat surat-menyurat yang didaftarkan pada permohonan BSH 2019

Jumlah Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 Setiap Penerima

Bagi tahun 2020, BSH telah dikemaskini kepada 5 category serta tambahan bagi anak seperti berikut:

  1. Isi Rumah 1
    • Pendapatan Bawah RM2,000 (Jumlah RM1,000)
  2. Isi Rumah 2
    • Pendapatan Bulanan di antara RM2,001 hingga RM3,000 sebulan (Jumlah RM750)
  3. Isi Rumah 3
    • Pendapatan Bawah di antara RM3,001 hingga RM4,000 (Jumlah RM500)
  4. Tambahan : Anak
    • Bagi setiap anak berumur 18 tahun dan ke bawah sahaja (kecuali OKU; tiada had umur) serta terhad kepada 4 orang sahaja (RM120/ anak)
  5. Single
    • Individu single berumur 40 tahun ke atas berpendapatan maksimum RM2,000
  6. Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Individu OKU berumur 18 tahun ke atas

Maklumat Lanjut/ Pertanyaan Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020

Untuk maklumat lanjut berkaitan BSH termasuk Tarikh bayaran BSH Bantuan Sara Hidup, sila hubungi :-

Hotline MOF

  • 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Hotline Bantuan Sara Hidup LHDNM

  • 1-800-88-2747
  • Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m

Faksimili MOF

  • 03-8882 3933

Sekretariat MOF

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

New Application dan update BSH adalah dari 1 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020. Sila rujuk pada soalan-soalan lazim berkaitan Permohonan BSH:-

Semoga perkongsian tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 boleh dijadikan panduan buat penerima bantuan dalam merancang kewangan mereka.

Related : jadual pembayaran, cawangan bank simpanan nasional, terus ke akaun bank, bantuan kerajaan, bayaran bantuan

Tinggalkan Komen