Tarikh pembayaran bpr 2021. Ramai penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang ingin mengetahui bila tarikh bayaran BPR tahun 2021. Jadual pembayaran akan dibuat secara dua fasa. Untuk makluman, application baru dan kemaskini BPR adalah dari 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.
Menerusi pengumuman Bajet 2021 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, jumlah bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adlah berbeza mengikut kategori penerima. Ia merangkumi kategori isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 sebulan sehingga isi rumah berpendapatan RM5,000 sebulan dan ke bawah. Individu bujang juga akan mendapat bantuan bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan.
Isi Kandungan
Jadual Tarikh Pembayaran BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat
TERKINI: Bayaran Fasa 1 BPR Mulai 24 Februari
Berikut dikongsikan jadual pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 berdasarkan kepada kategori penerima bantuan. Tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas makluman rasmi dari Portal BPR.
Tarikh Bayaran Mengikut Kategori
Di bawah adalah perincian kategori penerima beserta tarikh yang akan dilaksanakan:
1. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2,500 sebulan
Jumlah Bantuan RM350
- Ansuran Pertama : RM150 : Mulai 24 hingga 26 Februari 2021 (ada akaun), Mulai 25 Februari (tiada akaun)
- Kedua : awal Mei 2021
2. Kategori Isi rumah Bawah RM2,500 sebulan
Jumlah Bantuan RM1,200 (pasangan yang tidak mempunyai anak atau satu orang anak, manakala Bantuan RM1,800 (pasangan yang mempunyai dua anak atau lebih)
- Ansuran Pertama : RM300 : Mulai 24 hingga 26 Februari 2021 (ada akaun), Mulai 25 Februari (tiada akaun)
- Kedua : awal Mei 2021
3. Kategori Isi rumah Pendapatan Bulanan di antara RM2,501 hingga RM4,000 sebulan
Jumlah Bantuan RM800 (pasangan yang tidak mempunyai anak atau satu orang anak, manakala Bantuan RM1,200 (pasangan yang mempunyai dua anak atau lebih)
- Ansuran Pertama : RM300 : Mulai 24 hingga 26 Februari 2021 (ada akaun), Mulai 25 Februari (tiada akaun)
- Kedua : awal Mei 2021
4. Kategori Isi rumah Pendapatan Bulanan di antara RM4,001 hingga RM5,000 sebulan
Jumlah Bantuan RM500 (pasangan yang tidak mempunyai anak atau satu orang anak, manakala Bantuan RM750 (pasangan yang mempunyai dua anak atau lebih)
- Ansuran Pertama : RM300 : Mulai 24 hingga 26 Februari 2021 (ada akaun), Mulai 25 Februari (tiada akaun)
- Kedua : awal Mei 2021
Kaedah Cara Pembayaran BPR 2021
Berikut adalah kaedah pembayaran BPR 2021 melalui beberapa kaedah pembayaran seperti berikut:-
1. Akaun Bank
Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.
1. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya penerima mendapat pembayaran BSH/ BPN 2.0 secara tunai
Semakan Status BPR Secara Online
Melalui Portal BPR online, pemohon boleh membuat semakan status secara atas talian atau online
- Cara membuat semakan akan dikemaskini
Cara Membuat Rayuan BPR
- Maklumat berkaitan rayuan BPR akan dikemaskini
Soalan Lazim
1) Siapa yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021?
- BPR fasa pertama akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000
2) Berapakah bayaran fasa Pertama BPR yang akan diterima?
- Kategori isi rumah: RM300
- Kategori isi rumah (Individu Bujang berumur 21 tahun – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahun) : RM150
3) Adakah saya boleh membuat application BPR 2021 walaupun Tidak Layak sebagai penerima pembayaran Fasa Pertama BPR?
- Ya. Anda boleh membuat application Baharu / Kemas Kini BPR 2021 mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021.
4) Bolehkah saya membuat kemaskini maklumat akaun bank?
- Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit d
Untuk maklumat lanjut berkaitan soalan lazim yang ditanya, sila layari FAQ Bayaran Fasa Pertama
Cara Hubungi
Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai bayaran bantuan tahun 2021, boleh hubungi:
1. Alamat
- Sekretariat BPR,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya
2. Hotline BPR LHDNM
- 1-800-88-2747
Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
2. Hotline BPR MOF
- 03-8882 4565, 03-8882 4566
4. e-Mel
- bpr@treasury.gov.my
5. Laman Web
- https://bpr.hasil.gov.my/
Semoga perkongsian tarikh bayaran BPR ini boleh dijadikan panduan buat semua penerima bantuan. Ingat, gunakan pemberian Bantuan yang diperolehi dengan betul dan berhemah.
Related : kategori bujang baharu bpr kadar bantuan peruntukan rm6.5 bilion borang permohonan permohonan baharu bantuan prihatin rakyat 2021 penerima sedia, bantuan sara hidup bsh, mengikut fasa, pangkalan data, 2021 kategori membuat permohonan, kategori pendapatan menggantikan bantuan sara hidup, prihatin rakyat bpr 2021, secara berperingkat i sinar, membuat permohonan baharu, penghujung februari 2021, perlu membuat, menteri kewangan, mempunyai akaun bank 2020 dan bpn b40 bank simpanan nasional bsn 25 februari 2021