in

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Bila Duit Masuk

Jadual Pembayaran BRIM 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia. Ramai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang ingin mengetahui bila tarikh bayaran bantuan tahun 2018. Untuk tahun ini, Tarikh Pembayaran BR1M 2018 atau jadual pembayaran akan dibuat seperti tahun lepas iaitu sebanyak 3 kali ansuran kecuali kategori bujang, yang dibayar hanya sekali. Untuk makluman, permohonan baru dan kemaskini BR1M tahun 2018 adalah dari 27 November sehingga 31 Disember 2017. Makluman terkini, Kementerian Kewangan memaklumkan yang tempoh pendaftaran BR1M tahun 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 (Khamis)

Menerusi pengumuman Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 27 Oktober 2017 yang lalu, jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk semua kategori penerima. adalah sama seperti tahun 2017. Ini bermakna, jumlah bayaran BR1M adalah berjumlah dari RM450 sehingga RM1,200 bergantung kepada kategori penerima.

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Duit Masuk

Jadual Pembayaran BRIM 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Berikut dikongsikan jadual/ tarikh pembayaran BR1M 2018 berdasarkan kepada kategori penerima bantuan. Tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas makluman rasmi dari Portal e-BR1M.

  • Pembayaran Fasa 1 Bayaran BR1M untuk tahun 2018 adalah bermula dari 26 Februari 2018 (Hari Isnin) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang berjaya dan ada mengemukakan maklumat akaun bank ketika permohonan, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, pembayaran adalah secara pemberian baucar melalui majlis yang akan diadakan oleh SUK/ SDO
  • Untuk makluman, permohonan lulus tetapi status pengkreditan adalah Gagal Kredit, penunaian hanya boleh dibuat di Cawangan BSN bermula dari 27 Mac 2018

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Semua Kategori

1. Kategori 1 : Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k

Jumlah Bantuan RM450

  • Februari 2018 : RM450 (Mulai 26 Februari 2018 secara berperingkat)

2. Kategori 2 : Isi rumah (Pendapatan Bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan)

Jumlah Bantuan RM900

  • Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018 (Mulai 26/ 2/ 2018 secara berperingkat)
  • Kedua : RM300 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
  • Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018 (Akan dikemaskini)

3. Kategori 3 : Isi rumah Pendapatan Bawah RM3k

Jumlah Bantuan RM1,200

  • Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018 (Mulai 26 Februari 2018 secara berperingkat)
  • Kedua : RM400 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
  • Ansuran Ketiga : RM400 :Ogos 2018 (Akan dikemaskini)

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Duit Masuk

bayaran brim 2018 naik dan kategori baru

Nota Penting Skim Khairat Kematian BR1M (SKK)

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.

  • Cara buat tuntutan, klik SKK.

Tuntutan SKK tahun 2018 boleh dituntut di mana-mana cawangan BSN bermula dari 26 Februari 2018.

Waris perlu membawa dokumen berikut:

  1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
  2. Kad Pengenalan Asal Waris
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

Untuk maklumat yang sahih, sila rujuk kepada phamplet yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima BR1M. Phamplet BR1M 2018 dalam PDF boleh dimuat turun di BR1M.

Kaedah Cara Pembayaran BR1M 2018

Berikut adalah kaedah pembayaran BR1M 2018 melalui beberapa kaedah pembayaran seperti berikut:-

1. Akaun Bank

Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.

2. Baucar BR1M

Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Senarai Bank Yang Terlibat Untuk Pembayaran BR1M 2018

  1. AFFIN BANK
  2. AGRO BANK
  3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
  4. AM BANK BERHAD
  5. AL RAJHI BANK
  6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  7. BANK RAKYAT
  8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  9. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
  10. CIMB BANK BERHAD
  11. CITIBANK BERHAD
  12. HONG LEONG BANK
  13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
  14. MAYBANK
  15. OCBC BANK
  16. PUBLIC BANK BERHAD
  17. RHB BANK BERHAD
  18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
  19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Maklumat Semakan Status BRIM : Tarikh Pembayaran BR1M 2018

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan permohonan BR1M 2018. Terdapat banyak kaedah semakan yang boleh digunakan dalam menyemak status permohonan bantuan.

Proses Verifikasi BR1M

Untuk makluman, maklumat permohonan akan disemak dengan beberapa agensi kerajaan. Dua belas (12) jabatan yang terlibat dalam proses verifikasi BR1M 2018 adalah seperti berikut :-

  1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  2. Jabatan Pendaftaran Negara
  3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
  4. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Termasuk Polis DiRaja Malaysia – PDRM)
  5. Jabatan Pengangkutan Jalan
  6. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  7. Jabatan Agama Islam Negeri
  8. Kementerian Pendidikan Tinggi
  9. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  10. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  11. Kumpulan Wang Persaraan
  12. Kementerian Luar Negeri

Semakan Status BR1M Secara Online Dan Manual (Keputusan Permohonan, Kemaskini Dan Rayuan)

Melalui MyBR1M online, pemohon boleh membuat semakan status secara atas talian atau online dengan mengikuti langkah-langkah semakan seperti berikut :-

i) Semak Status Melalui MyBR1M Online

  • Sila layari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M.

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

  1. Pilih menu MyBR1M
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan (K/P) – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Contoh: 860424035123
  3. Klik butang Log Masuk
  4. Soalan Keselamatan akan dipaparkan jika data telah wujud.
  5. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke Laman MyBR1M.
  6. Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat permohonan terkini yang diisi oleh pemohon
  7. Jika tidak yakin dengan jawapan soalan tersebut, sila pilih butang Tukar Soalan dan seterusnya memilih soalan lain
  8. Setiap soalan hanya dibenarkan 3 kali percubaan menjawab sahaja.

ii) Berjaya Mengkases MyBR1M

Setelah pemohon berjaya mengkases MyBR1M, sila ikuti langkah berikut :-

  1. Klik pada menu Semakan Status
  2. Tekan butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan.
  3. Klik butang Keluar untuk kembali ke Laman MyBR1M

iii) Status Permohonan BR1M Yang Terpapar

Berikut adalah diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-

  1. Didaftarkan : Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
  2. Diterima : Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
  3. Dalam Proses : Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
  4. Ditangguhkan : Pemohon perlu membuatkemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan
  5. Lulus : Permohonan telah diluluskan/ Berjaya
  6. Tidak Lulus : Permohonan Tidak diluluskan/ Tidak berjaya
  7. Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus gagal kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

Semakan Status BR1M 2018 Melalui MyBR1M

Untuk maklumat lanjut berkaitan soalan lazim yang ditanya, sila layari Panduan Pengguna MyBR1M.

Kaedah Lain Semakan Status Bantuan Rakyat 1Malaysia

Selain semakan status BR1M melalui MYBR1M online, pemohon juga boleh membuat semakan keputusan permohonan BRIM melalui kaedah berikut :-

i. Melalui Pos

  • Surat makluman keputusan permohonan BR1M akan dicetak dan diposkan mengikut alamat seperti di dalam Borang Permohonan BR1M

ii) Semakan Melalui e-Mail

  • Hantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk bertanyakan status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

iii) Melalui Telefon

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia adalah 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Semakan hanya pada hari bekerja dari jam 900 pagi sehingga 500 petang

iv) Applikasi Mobile Semakan BR1M

  • Pilih Play Store atau App Store dan cari “Semakan BR1M’.

Cara Membuat Rayuan BR1M

Cara Hubungi : Tarikh Pembayaran BR1M

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai bayaran BR1M tahun 2018, boleh hubungi:

Untuk sebarang pertanyaan mengenai BR1M, sila hubungi

1. Sekretariat BR1M

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline BR1M LHDNM

  • 1-800-88-2716
    Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline BR1M MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

4. e-Mel

  • br1m@treasury.gov.my

5. Laman Web

  • https://ebr1m.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Jadual Duit Masuk boleh dijadikan panduan buat semua penerima bantuan. Ingat, gunakan pemberian Bantuan yang diperolehi dengan betul dan berhemah.

MANIFESTO BARISAN NASIONAL (BN) UNTUK PRU14 TAHUN 2018

Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 April 2018 telah mengumumkan berita gembira buat penerima BR1M jika BN terus memimpin
1. Jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dinaikkan kepada semua penerima sedia ada manakala tambahan satu kategori baru penerima akan diwujudkan
2. Bantuan untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah pada Jun dan Ogos 2018 akan dinaikkan masing-masing kepada RM800 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,000 (RM400 + RM800 + RM800)
3. Isi rumah berpendapatan di antara RM3,000 hingga RM4,000, pembayaran pada Jun dan Ogos 2018 akan dinaikkan masing-masing kepada RM600, jumlah pemberian BR1M dari RM900 meningkat kepada RM1,500 (RM300 + RM600 + RM600)
4. Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah, BR1M yang dibayar RM450 pada Februari lalu akan ditambah RM150 menjadi RM600 (RM450 + RM150)
5. Kategori baharu adalah isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Penerima baharu akan menerima bayaran berjumlah RM700 yang dibayar pada Jun dan Ogos 2018
6. Bayaran secara one-off sebanyak RM1,500 kepada anak-anak penerima BR1M yang berjaya mendaftar di institusi pengajian tinggi

4 Comments

Leave a Reply
    • Permohonan dalam proses ialah permohonan yang sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan

  1. Tumpang tanya. Saya punya status untuk kategori bujang masih dalam proses. Adakah masih ada harapan untuk lulus? Berapakah fasa pembayaran bagi kategori bujang? Terima kasih.

    • Maksud permohonan dalam proses adalah permohonan BR1M dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan dengan agensi kerajaan berkaitan. Anda masih berpeluang dan pembayaran kategori bujang dibuat dalan satu fasa sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sekolah terbaik sijill tinggi persekolahan malaysia 2017

Senarai Sekolah Terbaik STPM 2017 (Top 10)

senarai alamat dan alamat laman web jpn negeri

Senarai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Di Malaysia