Tarikh Pembentangan Bajet 2024 Malaysia Pada 13 Oktober 2023. Tarikh bajet 2024 dibawah kerajaan perpaduan beserta pautan siaran langsung bajet.

Tarikh Pembentangan Bajet 2024 Malaysia

Pasti ramai rakyat Malaysia yang ingin tahu bilakah tarikh pembentangan Bajet 2024? Untuk makluman, Bajet 2024 adalah Bajet Kedua yang akan dibentangkan oleh Kerajaan Baharu Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengambil alih pimpinan daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut sumber dari Pengumuman Perdana Menteri Pada 14 Julai 2023, Bajet 2023 akan dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2023. Siaran langsung Bajet 2024 akan disiarkan secara langsung di TV utama di Malaysia.

Untuk makluman, pada Bajet 2023 Kerajaan Perpaduan telah memperuntukkan sebanyak RM388.1 bilion dengan RM97 bilion adalah untuk perbelanjaan pembangunan

  • Ringkasan Kandungan Bajet klik Bajet

Bajet 2024 Apa Yang Anda Inginkan?

Berikut dikongsikan sedikit maklumat ringkas berkaitan Bajet 2024 Malaysia :-

Tarikh Pembentangan Bajet 2024

  • Tarikh : 13 Oktober 2023
  • Masa : Bermula Jam 400 Petang
  • Lokasi : Dewan Rakyat Parlimen Malaysia
  • Link Live Streaming : Video Ucapan Pembentangan Bajet 2024

Fokus Utama Bajet 2024

Belanjawan 2024 akan mengambil pendekatan baharu untuk memperkasa Ekonomi Madani yang telah diluncurkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Dua sasaran utama adalah menjadikan Malaysia Peneraju Ekonomi Asia dan memastikan Kehidupan Rakyat yang Berkualiti.

Info Bajet 2022

Belanjawan 2022 dijangka akan dibentangkan pada 29 Oktober 2021 yang menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu agenda memacu pemulihan ekonomi,membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan, atau dengan izin Recovery, Resilience, Reform.

i) Recovery

Agenda Pemulihan ekonomi

ii) Resilience

Membina semua daya ketahanan negara

iii) Reform

Memangkin Pembaharuan

Tumpuan Khusus

  1. Memulihkan sektor terjejas
  2. Meningkatkan keupayaan sistem kesihatan awam serta skop perlindungan sosial
  3. Merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global

Nota : Kementerian Kewangan akan terbitkan kenyataan Pra-Belanjawan mengenai tumpuan dasar pada Ogos 2021

Belanjawan 2022 akan memperincikan kesinambungan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan langkah-langkah pemulihan ekonomi lain

Info Bajet 2021

Empat (4) tema utama bajet kali ini adalah :-

  1. Mengambil peduli terhadap rakyat
  2. Memacu ekonomi
  3. Kehidupan yang mampan
  4. Menambahbaik penyampaian perkhidmatan awam

Fokus Bajet

Antara fokus utama dalam Bajet Malaysia adalah termasuk seperti berikut:-

  1. Kos sara hidup
  2. Pendidikan dan Latihan
  3. Reformasi Sektor Awam
  4. Teknologi dan Inovasi
  5. Keusahawanan Dan Perniagaan
  6. Akses Kepada Pembiayaan
  7. Peluang Pendapatan Dan Pekerjaan
  8. Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat
  9. Penjagaan Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat
  10. Perumahan, Infrastruktur Dan Keselamatan Awam
  11. Keadilan Sosial Dan Pembangunan Seimbang
  12. Alam Sekitar Dan Pembangunan Lestari

Tema pertama membabitkan peduli rakyat yang mana matlamat pertama Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) adalah bertujuan melindungi dan memperkasakan rakyat.

Antara bidang berkaitan di bawah tema “Memacu ekonomi” adalah memastikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2021, meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) bagi 2021 dan melonjakkan keyakinan pelabur. Bidang yang tidak kurang pentingnya di bawah tema ini adalah mempertingkat penggunaan teknologi dan digitalisasi merentasi pelbagai sektor awam dan swasta bagi merancakkan ekonomi.

Maklumat Lanjut

Untuk Bajet 2024 kali ini, penjawat awam pastinya mengharapakan agar pembayaran bonus kakitangan awam atau bantuan khas kewangan akan diberikan seperti tahun-tahun sebelumnya. Isi penting Bajet 2024 akan dikongsikan dan dikemaskini semasa pembentangan bajet diadakan.

Semoga perkongsian Tarikh Pembentangan Bajet 2024 Malaysia boleh dijadikan panduan buat rakyat Malaysia. Jom salurkan pandangan anda dalam membantu pembentukan Bajet Malaysia yang terbaik.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *