in

Tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda TD 2019 & Lokasi

Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Siri 191 Tahun 2019. Perhatian buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Perajurit Muda Tentera Darat (TD). Menerusi iklan permohonan TD tahun 2019 siri 191 untuk Lelaki, berikut dikongsikan Tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda TD 2019 beserta lokasi pusat pemilihan setiap zon.

Pemilihan Awal Perajurit Muda TD 2019 siri 191 adalah untuk calon Lelaki di mana calon yang berjaya dalam Pemilihan Awal akan ditawarkan untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir.

Tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda TD 2019 & Lokasi

Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Tahun 2019 (Siri 191)

Berikut dikongsikan maklumat pusat pemilihan awal untuk Perajurit Muda Tentera Darat Siri 191 tahun 2019 yang memaparkan maklumat seperti tarikh dan masa, zon dan lokasi pemilihan setiap zon.

Calon yang berminat dan berkelayakan perlu hadir ke lokasi pemilihan awal yang disertakan di bawah ini bermula jam 800 pagi hingga 200 petang

LOKASI PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA TD SIRI 191 TAHUN 2019

ZON UTARA

TARIKHPUSAT PEMILIHAN
No 1 4 SEPTEMBER 2019 Rej 504 AW, Kem Bukit Keteri, 02450 KANGAR
No 2 6 & 7 SEPTEMBER 2019 Rej 513 AW, Kem Bukit Pinang, 06100 ALOR SETAR
No 3 9 SEPTEMBER 2019 BN Ke-2, Rej 513 AW, Kem Jalan Bukit, 09000 KULIM
No 4 11 SEPTEMBER 2019 BN 1 Rej 509 (AW), Kem Batu Uban, 11700 Pulau Pinang
No 15 13 SEPTEMBER 2019 Rej 503 AW, Kem Jalan Tambun, 30350 IPOH

ZON TENGAH & SELATAN

TARIKHPUSAT PEMILIHAN
No 1 4 SEPTEMBER 2019Rej 501 AW, Kem Tebrau 80990 JOHOR BAHRU
No 2 6 SEPTEMBER 2019
MSS Kluang, Kem Mahkota 86000 KLUANG
No 3 8 & 9 SEPTEMBER 2019MK 12 Bgd, Kem Wardieburn, 53300 SETAPAK, K.Lumpur
No 4 11 SEPTEMBER 2019Rej 514 AW, Kem Bukit Beruang 75450 MELAKA
No 15 13 SEPTEMBER 2019Rej 508 AW, Kem Rasah, 70300 SEREMBAN

ZON TIMUR

TARIKHPUSAT PEMILIHAN
No 1 4 SEPTEMBER 2019MSS Temerloh, Kem Batu 3, 28000 TEMERLOH
No 2 6 SEPTEMBER 2019BN 1, Rej 505 AW, Kem Sri Kuantan, KUANTAN
No 3 8 SEPTEMBER  201918 RAMD PARA, Kem Sri Pantai, TERENGGANU
No 4 10 & 11 SEPTEMBER 2019MSS Desa Pahlawan 16500 KOTA BHARU
No 15 13 SEPTEMBER 20198 RAMD, Kem Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang

ZON SABAH

TARIKHPUSAT PEMILIHAN
No 1 7 & 8 SEPTEMBER 2019 MSS Lok Kawi, 89580 KOTA KINABALU
No 2 10 SEPTEMBER 2019 22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan, 90000 SANDAKAN
No 3 12 SEPTEMBER 2019 BN 8 RS, KEM SAN SHUI, TAWAU

ZON SARAWAK

TARIKHPUSAT PEMILIHAN
No 1 7 & 8 SEPTEMBER 2019MK 3 Bgd, Kem Penrissen 93250 KUCHING
No 2 10 SEPTEMBER 20193 RRD, KEM OYA, 96000 SIBU
No 3 12 SEPTEMBER 201920 RAMD, Kem Sri Miri 98000 MIRI
Rujuk Iklan Pemilihan Perajurit Muda TD 2019 Siri 191

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Menghadiri Pemilihan Awal

Sila ambil perhatian, bawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa menghadiri pemilihan awal:-

  1. Kad Pengenalan (Asal dan salinan)
  2. Sijil SPM (Asal dan salinan)
  3. Sijil Kelahiran (Asal dan salinan)
  4. Salinan kad pengenalan ibu bapa/ waris terdekat
  5. Salinan sijil nikah dan sijil kelahiran anak (Berkahwin)
  6. Sijil Berhenti Sekolah (Asal dan salinan)
  7. Salinan sijil kematian ibu bapa
  8. Sijil Diploma dan transkrip (Asal & Salinan)
  9. Sekeping gambar berukuran pasport

Pakaian semasa pemilihan awal adalah

  1. Baju kemeja putih lengan panjang
  2. Seluar panjang gelap
  3. Berkasut

Syarat Permohonan Perajurit Muda TD 2019

Sebelum menghadiri pemilihan awal, sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan permohonan :-

Berikut adalah Kelayakan Akademik yang diperlukan untuk memohon :-

  1. Memiliki Sijil SPM Dan Setaraf.
  2. Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat Kepujian Subjek Berikut Dalam SPM :-
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sains
    • Matematik

Pemohon perlu berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh 22 November 2019

Kelayakan Fizikal adalah seperti berikut :-

  • Tinggi (Minima) : 1.62m
  • Berat (Minima) : 47.5 kg
  • Body Mass Indek (BMI) : 18.0 hingga 26.0

Keutamaan Pemilihan

  1. Mempunyai kelulusan dalam bidang Sains & Teknologi Maklumat
  2. Kelebihan mempunyai pencapaian sukan peringkat Negeri dan boleh bermain alat muzik/ pancaragam

Proses Pemilihan Awal

  • Pemeriksaan Dokumen
  • Pemeriksaan Boday Mass Index (BMI)

Hanya calon yang layak sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri proses pemilihan akhir yang akan dimaklumkan melalui laman sesawang berikut:

Syarat Kelayakan Akademik 2018

Pemohon mesti mempunyai syarat kelayakan akademik seperti berikut :-

A. LELAKI

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek BAHASA INGGERIS/ MATEMATIK/ SAINS (BIO/FIZIK/KIMIA). LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 dan ke atas.
  2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU Kod 1104 dan salah satu subjek BAHASA INGGERIS/ MATEMATIK/ SAINS.
  3. STPM – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).
  4. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan PRINSIPAL dalam Subjek SYARIAH/ USULUDDIN/ BAHASA ARAB pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan LULUS dalam BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).
  5. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil di peringkat SPM (KAGAT).
  6. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM.
  7. Diploma dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH di Iktiraf KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ JURURAWAT
    PERGIGIAN dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM.
  8. Diploma Pelbagai Bidang dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

B. WANITA

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS. LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 ke atas.
  2. SVN – Sijil Vokasional Malaysia dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL 1104, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS.
  3. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).
  4. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan PRINSIPAL dalam Subjek SYARIAH/ USULUDDIN/ BAHASA ARAB pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).
  5. STAM – Sijil Tinggi Agama Malaysia dan KEPUJIAN untuk subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).
  6. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM. * Diploma dalam bidang TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAM dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil
    diperingkat SPM.
  7. Diploma Pelbagai Bidang dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

GAJI SEMASA

Berikut adalah gaji semasa TDM

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2018 Online

Maklumat Lanjut Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 191 (Lelaki) Tahun 2019

Untuk maklumat lanjut berkaitan Iklan Permohonan Perajurit Muda TD tahun 2019 siri siri 191, sila layari Facebook Tentera Darat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • SEL PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
    CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
    MARKAS TENTERA DARAT 2
    WISMA PERTAHANAN,
    JALAN PADANG TEMBAK
    50634 KUALA LUMPUR (No Tel: 03-2071 6030/ 3926/ 4254)

Selamat menghadiri pemilihan mengikut panduan Tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda TD tahun 2019 yang dikongsikan. Moga hasrat anda untuk menyertai ATM tercapai.

23 Comments

Leave a Reply
    • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek BAHASA INGGERIS/ MATEMATIK/ SAINS (BIO/FIZIK/KIMIA). LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 dan ke atas

    • Umur. Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah dan calon KAGAT berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh angkat sumpah.

      Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek BAHASA INGGERIS/ MATEMATIK/ SAINS (BIO/FIZIK/KIMIA). LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 dan ke atas.

  1. Selamat pagi. Ada sedikit pertanyaan. Adakah temuduga ini terbuka untuk jawatan kagat? Dan sekiranya calon yang ingin menghadiri temuduga ini lahir pada 04.08.1988. Masih layakkan kah calon tersebut menghadiri temuduga sebagai calon kagat?

    • In syaratnya : Umur. Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah dan calon KAGAT berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh angkat sumpah

  2. Spm saya sejarah 2013,saya tdk hadir.ada masalah time spm tu.adakah saya dapat memohon. Tapi,saya hanya lulus pendidikan islam,psv,geo dan bm.adakh saya dpt memohon??

  3. saya lulus mata pelajaran bahasa melayu dan salah satu mata pelajaran sains dan tidak lulus mata pelajaran sejarah. adakah saya layak memohon?

    • Tidak layak memohon kerana perlu LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 dan ke atas. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek BAHASA INGGERIS/ MATEMATIK/ SAINS (BIO/FIZIK/KIMIA).

    • Jika anda adalah lulusan SPM, anda layak memohon jika lulus subjek BM dan SALAH SATU subjek : BI, Matematik, Sains (Bio, Fizik. Kimia). Anda juga perlu lulus Sejarah bagi SPM 2013 dan ke atas

  4. Jika lulus bm, sains dan sejarah tetapi gagal subjek lain, tiada kelayakan mendapat sijil spm, adakah layak memohon? Bolehkah sijil SKM TAHAP 2 menggantikan sijil spm?

    • Untuk lepasan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 ke atas perlu lulus subjek BM serta layak mendapat sijil di peringkat SPM

  5. Saya menepati kriteria bagi kelulusan subjek yang dinyatakan. Tetapi saya mempunyai rekod polis. Adakah saya layak memohon?

  6. tumpang tanya, agak2 nya bila pemilihan akhir bagi perajurit siri 186 ni yaa. sy cuma dpt info ia akan dijalankan pada bulan februari ni tpi tdk dgn lebih lanjut mengenai berapa haribulan? dn surat tawaran kebiasaanya calon akn dpt pada tempoh bila sebelum pemilihan akhir dilaksankan. sekian

  7. Adakah bulan ogos 2018 ada membuat pemilihan. Saya cuma bertanya kerana saya ada melihat bendera merah di depan pagar kem BRG 3 penrissen , bt 8, kuching, sarawak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Tarikh Pembentangan Bajet 2020 Malaysia

Jadual Peperiksaan PAV Tahun 2019