in ,

Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2018/2019

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU 2018 Online. Hendak tahu tarikh penting Permohonan UPU online sesi 2018/ 2019? Tarikh-tarikh penting atau important dates permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi. Sesi kemasukan 2018 adalah untuk pemohon kategori lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf,

Tarikh penting yang dikeluarkan oleh UPU ini dapat memudahkan pemohon dalam membuat permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi yang berkaitan, membuat rayuan dan pembelian PIN UPU mengikut tarikh buka dan tutup yang telah ditetapkan. Pemohon juga dapat mengetahui tarikh keputusan permohonan dan erayuan diumumkan.

  • Panduan permohonan kemasukan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sesi 2018-2019 klik Permohonan UPU 2018

Tarikh Penting Permohonan UPU

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2018/2010

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting permohonan UPU online untuk kemasukan sesi akademik 2018/ 2019. Tarikh penting UPU online 2018 yang dikongsikan termasuk

  1. Tarikh permohonan dan rayuan dibuka,
  2. Permohonan erayuan UPU dibuka dan ditutup
  3. Tarikh semakan panggilan temuduga
  4. Semakan keputusan tawaran UPU.

Tarikh Penting Permohonan UPU 2018 (Lepasan SPM/ STPM & Setaraf)

Berikut adalah tarikh-tarikh penting Permohonan UPUOnline sesi akademik 2018/ 2019. Tarikh dalam kurungan (  ) adalah tarikh tahun lepas sesi 2017/ 2018. Tarikh tahun semasa akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari Portal UPU atau Facebook UPU.

A. Pin UPU Dan Applikasi Permohonan Dibuka

  • 5 Februari 2018 : Permohonan UPU Online 2018 dan jualan unik ID BSN DIBUKA (6 Februari)
  • 9 April 2018 : Jualan unik ID BSN DITUTUP (30 Mac)
  • 10 April 2018, 1159 malam : Permohonan UPUOnline DITUTUP (31 Mac)
  • 8 Mac 2018 : Pilihan Program Pengajian UPUOnline calon STPM/ Matrikulasi/ Asasi & STAM Dibuka

B. Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf

Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2018/2019

  • 23 hingga 29 April 2018 : Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM
  • 23 April hingga 6 Mei 2018 : Proses Temu Duga Dijalankan Lepasan SPM
  • 21 hingga 25 Mei 2018: Hebahan keputusan permohonan ke UA/Politeknik Premier (15 – 20 Mei)
  • Keputusan permohonan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA (15 hingga 20 Mei)
  • 21 hingga 25 Mei 2018: Permohonan Rayuan DIBUKA ke UA, Politeknik, ILKA, Kolje Komuniti (15 hingga 20 Mei)
  • 25 Mei : Permohonan Rayuan DITUTUP ke UA, Politeknik, ILKA, Kolej Komuniti (21 hingga 23 Mei)

C. Panggilan Temuduga

  • 11 Mei 2018: Semakan panggilan temuduga (Bukan Pendidikan) Ujian MEdSI bagi lepasan STPM/ Setaraf (21 hingga 27 Mei)
  • 16 hingga 20 Mei 2018: Ujian Medsi dijalankan
  • 16 Mei hingga 25 Jun 2018 : Temuduga Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA)
  • 1 Jun 2018: Semakan panggilan temuduga (Pendidikan) bagi lepasan STPM/ Setaraf (21 hingga 27 Mei)
  • 4 hingga 27 Jun 2018 : Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA)

D. Keputusan Rayuan Lepasan SPM

  • 5 Jun 2018 : Hebahan keputusan rayuan permohonan bagi lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA (12 hingga 17 Jun)

Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2018/2019

E. Permohonan UPUonline Fasa 2

  • 28 Jun 2018 : Sistem UPU Online Fasa 2 (Matrik/Asasi) bagi lepasan STPM/Setaraf DIBUKA (12 Jun)
  • 2 Julai 2018 : Permohonan Fasa 2 (Matrik/Asasi) bagi lepasan STPM/Setaraf DITUTUP (30 Jun)

F. Keputusan Permohonan Dan Rayuan Lepasan STPM/ setaraf

  • 30 Julai hingga 5 Ogos 2018 : Hebahan keputusan permohonan (3 hingga 7 Ogos)
  • 30 Julai hingga 5 Ogos 2018 : Permohonan Rayuan DIBUKA (3 Ogos)
  • 6 hingga 12 Ogos 2018 : Permohonan Rayuan DITUTUP (8 Ogos)
  • 20 hingga 26 Ogos 2018 : Hebahan keputusan rayuan Fasa 1 (20 hingga 26 Ogos)
  • 10 hingga 14 September 2018 : Hebahan keputusan permohonan rayuan Fasa 2 (10 hingga 16 September)

Nota : Tarikh dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa

G. Maklumat Lanjut Permohonan UPU 2018

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan tarikh-tarikh penting permohonan kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2018-2019 Online, sila layari :-

Semoga perkongsian Tarikh-Tarikh Penting Permohonan Kemasukan UPU Sesi 2018/2019 dapat memudahkan anda membuat permohonan UPU secara online. Selamat membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik Institut Latihan Kemahiran Malaysia dan Kolej Komuniti. Semoga permohonan anda berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Analisis Keputusan Peperiksaan STAM 2017

Analisis Keputusan Peperiksaan STAM 2017

Tarikh Pembelian No Pin Unik UPU 2018 Di BSN

Tarikh Pembelian No Pin UPU 2018 Di BSN