Tarikh Peperiksaan ACCA 2024 (The Association of Chartered Certified Accountants), Tarikh acca exam date peperiksaan bertulis.

Tarikh Peperiksaan ACCA 2024

Tarikh Peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) 2024.  Umum sedia maklum yang peperiksaan bertulis ACCA adalah peperiksaan Luar Negeri dan Profesional yang ada ditawarkan di Malaysia. Berikut dikongsikan tarikh peperiksaan ACCA 2024 buat rujukan calon.

Menerusi makluman Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPKPM), Peperiksaan bertulis The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) akan diadakan sebanyak 2 kali iaitu dari bulan Mac sehingga Jun 2024.

Tarikh Peperiksaan ACCA 2019

Tarikh Peperiksaan ACCA Tahun 2024

Berikut adalah diantara maklumat penting tarikh peperiksaan bertulis 2024 yang memaparkan tarikh exam diadakan :-

  1. 4 hingga 8 Mac 2024
  2. 3 hingga 7 Jun 2024
  3. 2 hingga 6 September 2024

Peperiksaan Bertulis The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, ACCA merupakan badan bertaraf antarabangsa bagi akauntan professional. ACCA menawarkan kelayakan bertaraf tinggi dan berkualiti bagi mereka yang berminat menceburi kerjaya dalam bidang akaun, kewangan dan pengurusan. Maklumat lanjut mengenai ACCA boleh didapati melalui http://www.accagobal.com .

Program yang ditawarkan oleh ACCA adalah seperti berikut :-

  1. Certified Accounting Technician (CAT)
  2. The ACCA Qualification
  3. Diploma
  4. Master in Business Administration
  5. BSc (Hons) bagi program Applied Accounting Degree yang diluluskan oleh ACCA dan Oxford Brookes University

Prasyarat bagi calon menduduki peperiksaan ACCA

Calon perlu memenuhi kelayakan seperti berikut:

  1. CAT – Minimum SPM atau O Levels atau setaraf
  2. The ACCA Qualification : Minimum CAT atau diploma dalam jurusan akaun atau ijizah pertama dalam jurusan akaun atau setaraf
  3. Diploma – Minimum O Levels atau SPM atau setaraf
  4. MBA – Minimum The ACCA Qualification atau ijazah pertama dalam jurusan akaun atau setaraf
  5. BSc (Hons) – Minimum STPM atau A Levels atau setaraf

Syarat pendaftaran peperiksaan ACCA

  1. Berdaftar sebagai pelajar ACCA.
  2. Tidak dihalang untuk menduduki peperiksaan oleh pihak ACCA.
  3. Telah lulus kertas peperiksaan mengikut peringkat dan program yang ditawarkan sebelum mendaftar bagi kertas peperiksaan yang seterusnya.
  4. Membayar yuran pendaftaran peperiksaan.

Kepada calon peperiksaan, selamat menduduki peperiksaan bertulis ACCA pada tarikh yang dinyatakan dengan jayanya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *