Tema Dan Logo Sambutan Hari Kemerdekaan 2023. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum bakal merayakan sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Apakah tema tahun ini? Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 yang dipilih pada tahun ini adalah Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada 27 Mei 2023.
Sebagai rujukan, tema tahun 2022 adalah Keluarga Malaysia : Teguh Bersama bagi tahun 2021 & 2020 adalah Malaysia Prihatin, tahun 2019 adalah Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih, tahun 2018 adalah Sayangi Malaysiaku manakala pada tahun 2017 pula adalah Negaraku Sehati Sejiwa manakala pada tahun 2016 adalah Sehati Sejiwa. Hari Kebangsaan adalah merupakan tarikh cuti umum buat Malaysia. 31 Ogos 2023 akan jatuh pada hari Khamis manakala Hari Malaysia pada hari Sabtu, 16 September 2023.
Senarai Isi Kandungan
Tema Hari Kemerdekaan 2023 Dan Logo Sambutan
Berikut dikongsikan tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan tahun 2023 iaitu Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan yang dipilih bagi mendasari tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah bangsa yang memiliki semanagt perpaduan yang tinggi, bersatu padu serta kehidupan yang aman dan sejahtera.
Juga dikongsikan maksud logo sambutan beserta lirik lagu tema hari kemerdekaan kali ke 66 tahun 2023 dan maklumat acara perbarisan/ perarakan sambutan:-
Hari Kebangsaan Ke 66 & Hari Malaysia 2023 (Ke 60)
TEMA HARI KEBANGSAAN 2023 : Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan
Acara Tahun 2023
Pada majlis pelancaran logo dan tema hari kebangsaan 2023, Menteri Komunikasi dan Digital turut mengumumkan sambutan hari kebangsaan akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos. Manakala sambutan hari Malaysia akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 16 September 2023.
Logo Sambutan
Maksud
Malaysia Madani bermaksud sebuah konsep panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran negara yang lebih manusiawi. Ia bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.
Jalur : Bentuk Lima jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asas ideologi Malaysia
Bulatan : Bulatan berwarna biru pula menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
Bulan Sabit : Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama persekutuan
Bintang : Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
Warna biru, Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan. Warna merah, keberanian, jatidiri dan keazaman. Warna kuning, Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan. Warna putih, keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni
Lagu Tema Hari Kebangsaan 2023
Malaysia Madani
Ciptaan : Bunkface
Lirik : Sam & Pidaus
Penyanyi : Bunkface
Klik Video Nyanyian
Lirik Lagu
Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan
Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani
Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani
Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan
Malaysia! Madani!
Bersatu
Untuk
Negara
Kita
Tahun 2022
Logo dan tema hari kebangsaan
-TEMA HARI KEBANGSAAN 2022 : Keluarga Malaysia Teguh Bersama
Acara Tahun 2022
Pelancaran Bulan Kebangsaaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai di Putrajaya
Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka
Logo Sambutan
Maksud
Logo berkonsepkan Jalur Liputan Internet : Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.
Tiga jalur biru, merah dan kuning : Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.
Titik Merah : Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.
Kedudukan Yang Berselang-seli : Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.
Keluarga Malaysia : merujuk kepada masyarakat hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran
Teguh Bersama : mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektid dan mampan
Tahun 2021
Logo dan tema hari kebangsaan
TEMA HARI KEBANGSAAN 2021 : Malaysia Prihatin
Acara Tahun 2021
Hari Kebangsaan
Sambutan rasmi akan dibuat secara sederhana macam tahun lalu dan lokasi sambutan peringkat nasional juga dibuat di Dataran Pahlawan, Putrajaya seperti pada tahun lepas,
Perbarisan di Dataran Pahlawan, setakat ini belum pasti sama ada dibuat 30 minit sahaja atau satu jam atau boleh dua jam kerana bergantung penilaian risiko semasa
Acara Ambang Merdeka pada malam 30 Ogos berkemungkinan besar juga ditiadakan seperti tahun lalu susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19 di lokasi sambutan
Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat nasional bakal dilancarkan rasmi di Kuala Terengganu, Terengganu yang dijangka sekitar pertengahan bulan Julai
Hari Malaysia
Sambutan Hari Malaysia 2021 pula akan berlangsung di Sabah selepas giliran Sarawak sebagai tuan rumah perayaan berkenaan pada 16 September tahun lalu
Lokasi sambutan yang dicadangkan adalah di dewan utama Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu dan bakal diadakan dalam norma baharu
Logo Sambutan
Maksud
Malaysia : Perkataan ‘Malaysia’ membawa pengertian bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi Covid-19 sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan.
Prihatin : Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat ditunjukkan melalui inisiatif ‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia
Lagu Tema Hari Kebangsaan 2021
Malaysia Prihatin
Ciptaan : Dato’ Mokhzani Ismail
Lirik : El Sol Akhmad
Penyanyi : Siti Sarah, Alif Satar, Syamel, Aina Abdul
Klik Video Nyanyian
Lirik Lagu
Kedamaian..
Milik Kita Bersama..
Amanah Bangsa..
Junjung Selamanya..
Abadikanlah..
Jiwa Dan Ragamu..
Teguh..
Sinar Cahaya..
Satukan Jiwa..
Semarakkan Api Cinta Di Hati..
Pada Setiap Insan Kita Gapaikan..
Agar Gemilang..
Mekar Di Persada..
Satu Langkah Satu Hati..
Untukmu Pertiwi..
Di Mana Bumi Dipijak..
Di Situ Langit Dijunjung..
Kita Gunungkan..
Semangat Sejiwa..
Walau Dimana Saja Berada..
Makmurnya Seiringan..
Agar Teguh Tulus Ikhlas Dizahirkan..
MALAYSIA PRIHATIN SELAMANYA..
Negara Bangsa Diutamakan ..
Khidmat Diberi Dengan Penuh Rela..
Tanah Air Yang Tercinta..
Namamu Harum Di Puncak Dunia..
Payung Mahkota Teras Pertiwi..
Di Persada Nan Gemilang..
Acara Tahun 2020
Sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara bermula pada 9 Julai hingga 16 Sept 2020; pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 28 Julai 2020 di Putrajaya. Sambutan Hari Kebangsaan 2020 pada 31 Ogos 2020 di Kuala Lumpur dan sambutan Hari Malaysia 2020 pada 16 Sept 2020 di Sibu, Sarawak
Tiada perarakan seperti kelaziman sambutan sebelum ini namun Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menayangkan sebuah rancangan yang akan disiarkan pada pagi 31 Ogos 2020 supaya seluruh rakyat Malaysia boleh menontonnya.
Berikut adalah tema dan logo Hari Kebangsaan 2019. Sebagai rujukan, dikongsikan juga maksud tema “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”.
Tahun 2019
HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2019 Ke 62
TEMA HARI KEBANGSAAN: Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih
LOGO SAMBUTAN
Klik sini
Maksud
Simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati dihadapan menyatukan mereka. Ianya membawa maksud warganegara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang kepada negara
Ianya menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama disamping dapat memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi
LAGU TEMA 2019
Malaysia Bersih
Video Lagu Tema Hari Kemerdekaan 2019
Lirik Lagu:
Harapan Semua
Moga Kita Berjaya
Bagai Negara
Yang Kekal Merdeka
Amanah Bangsa
Kita Pikul Bersama
Jadikan Malaysia Bahagia
Asal Budaya Kita
Budi Pekerti Indah
Amanah Jujur
Amalan Kita
Kini Masanya
Sudah Tiba
Untuk Bina Semula
Negara Tercinta
Kita Bina Negara
Perangi Rasuah
Kita Satukan Hati
Demi Ibu Pertiwi
Keutuhan Jiwa
Membina Nurani
Moga Kita Terus Disanjungi
Harapan Semua
Moga Kita Berjaya
Sebagai Negara Yang Kekal Merdeka
Kini Masanya
Sudah Tiba
Untuk Bina Semula
Negara Tercinta
Malaysia Bersih
Harapan Kita
Malaysia Bersih
Harapan Kita
Lagu : Muhammad Yuri Mohamed Edris
Lirik : Datuk Dr Anis Yusal Yusoff
Penyanyi : Gemersik Chorus
ACARA
Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2019 akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos, sementara sambutan Hari Malaysia 2019 pula akan diadakan di Kuching, Sarawak, pada 16 September 2019
Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2022 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga rakyat Malaysia akan terus bersatu tidak kira bangsa untuk kemajuan negara pada masa hadapan yang cemerlang dan gemilang.
Rel : Merdeka, Merdeka, Merdeka. Pelbagai program, info on wheels merdeka, majlis pelancaran bulan kebangsaan dan kibar jalur gemilang oleh perdana menteri tan sri muhyiddin yassin, jalur gemilang menjadi latarnya, logo berbentuk hati menjadi pilihan, melambangkan keprihatinan kerajaan, kemerdekaan negara, bendera jalur gemilang menjadi, warna bendera jalur gemilang, turun padang, secara maya, telekom malaysia, norma baharu seperti tahun lepas, kerajaan negeri, bunga raya, menggunakan logo dan tema,