Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2021 & SPMU (Tajuk & Arahan Calon), Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa tajuk soalan 1249/3.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2021 & SPMU

Tema Umum Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa. Panduan buat pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM awal tahun ini. Tema umum Sejarah Kertas 3 SPM 2020 (Kertas 1249/3) akan dikeluarkan. Menerusi makluman Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP), tema umum atau tajuk soalan bagi tahun 2020 ialah Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa. Tema bagi tahun 2021 akan dikemaskini. Tahun 2019 ianya adalah Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat yang nerupakan tajuk yang sama untuk tahun 2018. Tahun 2017 adalah bertajuk Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.

Tema umum yang dikeluarkan oleh LP ini adalah sebagai persediaan buat pelajar dalam menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 November yang akan hanya diumumkan pada hari peperiksaan SPM nanti.

tema umum sejarah kertas 3 spm 2020

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2020 : Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Berikut adalah tema umum atau tajuk Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2020 yang telah diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan KPM.

Tema Umum : Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) yang pernah diketahui oleh manusia. (Sumber:www.bbc.co.uk). Perang tersebut juga menandakan bermulanya konflik antarabangsa yang lain dan meninggalkan kesan yang besar terhadap dunia

Tema Umum : Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Arahan Kepada Calon

Pelajar adalah dinasihatkan untuk membaca arahan peperiksaan di bawah ini :-

  1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.
  2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.
  3. Pelajar/ calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan Tema Umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3.
  4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.
  5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
  6. Pelajar/ calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/ bilik peperiksaan.
  7. Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah tidak mengganggu calon lain.
  8. Calon dinasihatkan supaya memperluaskan bahan bacaan agar tidak hanya bergantung kepada maklumat daripada buku teks semata-mata untuk menghasilkan jawaban yang mantap

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2019

Pembinaan Negara dan Bangsa Ke arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat :-

Pembinaan negara dan bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Kejayaan pembinaan negara dan bangsa Malaysia memerlukan semangat patriotisme yang tinggi dan penyertaan menyeluruh daripada setiap anggota masyarakat supaya proses pembinaan negara menjadi lebih kukuh

Tema SPM 2018

Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), 1971-1990 menggariskan rangka sosio-ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Selain daripada menentukan matlamat utama pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, RRJP1 juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi mencapai matlamat tersebut.

Sumber: Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000 halaman 35

Panduan Nota Sejarah Dan jawaban

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Nota ringkas dan contoh jawaban buat panduan pelajar dalam membuat ulangkaji dan persediaan menjelang peperiksaan.

Senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM

Sebagai rujukan, berikut adalah senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3 untuk tahun ini dan sebelumnya.

  • 2017 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
  • Sebelum Perang Dunia Kedua, hampir semua wilayah Asia Tenggara dikuasai oleh penjajah Barat kecuali Thailand. Belanda menguasai kepulauan Indonesia. British menguasai Burma (Myanmar), Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika Syarikat merampas Filipina daripada Sepanyol. Perancis menguasai IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau Timor-Timur.

    • Bahan sejarah kertas 3 SPM : Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme sehingga perang dunia kedua klik Contoh jawaban
  • Tahun 2016 : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa
  • 2015 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
  • 2014 : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU Tahun 2021

Menerusi makluman Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP), tajuk atau tema umum Sejarah Kertas 3 SPMU untuk calon persendirian Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan tahun 2021 telah diumumkan iaitu sama seperti tahun lepas.

Pada tahun lepas, tema umum yang diberikan buat calon persendirian untuk membuat persediaan sebelum peperiksaan adalah Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.

  • Untuk tahun 2018, tajuk tema umum SPMU yang diumumkan secara rasmi di Portal Lembaga Peperiksaan Malaysia, KPM adalah Tamadun Awal Manusia.

Berikut dikongsikan tema umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2021 untuk calon persendirian membuat persediaan.

Ianya untuk menjawab soalan Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan sebagai rujukan.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2021 : Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Sumber: www.parlimen.gov.my

Muat Turun Tema Umum Sejarah SPMU Kertas 3 2021

Tahun 2020

yema umum sejarah kertas 3 spmu 2020

Perpaduan merupakan perkara penting kepada sesebuah negara. Di Malaysia, Rukun Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah unsur penting untuk memperkukuh perpaduan nasional

Tahun 2019

tem aumum sejarah kertas 3 spmu

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara dan setiap Raja yang bersemayam juga diamanahkan beberapa kedudukan dan peranan yang membolehkan baginda bertindak menurut budi bicara berdasarkan Perlembagaan.

Sumber: Berita Harian, Isnin 10 April 2017

Arahan Kepada Guru

Arahan kepada Guru dan Calon boleh dirujuk di bawah ini :-

1. Guru hendaklah memastikan Tema Umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan
2. Cikgu/ Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang Tema Umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan untuk Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan
3. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan
4. Hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai, mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan
5. Guru dilarang sama sekali menyediakan jawapan kepada calon dalam apa-apa bentuk sekalipun
6. Hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan

Arahan Kepada Calon

1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan
2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan
3. Pelajar/ Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan Tema Umum yang diberi. Sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3
4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan
5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/ bilik peperiksaan
6. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam bilik/dewan peperiksaan
7. Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah tidak mengganggu calon lain
8. Calon dinasihatkan supaya memperluas bahan bacaan. Agar tidak hanya bergantung kepada maklumat daripada buku teks semata-mata untuk menghasilkan jawapan yang mantap

Tema SPMU 2018 : Tamadun Awal Manusia

 tema umum sejarah kertas 3 spmu 2018 untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan

Kerajaan awal di Asia Tenggara terdiri daripada dua bentuk iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Kedua-dua kerajaan saling memerlukan antara satu sama lain. Masyarakat dalam kerajaan awal di Asia Tenggara berusaha menguasai alam sekitar untuk membaiki taraf hidup
Selamat membuat persiapan dalam mmenjawab soalan kertas 3 Sejarah SPM tahun 2020. Semoga pelajar berjaya menjawab dengan tenang dalam peperiksaan untuk keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *