in

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2019

Menerusi makluman Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP), tajuk atau tema umum Sejarah Kertas 3 SPMU untuk calon persendirian Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan tahun 2018 telah diumumkan.

Tema umum yang diberikan buat calon untuk membuat persediaan sebelum peperiksaan adalah Tamadun Awal Manusia.

  • Untuk tahun 2019, tajuk tema umum SPMU akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi di Portal Lembaga Peperiksaan Malaysia, KPM.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2018 (Tamadun Awal Manusia)

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU Tahun 2018

Berikut dikongsikan tema umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2018 untuk calon persendirian SPM Ulangan membuat persediaan untuk menjawab soalan Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2018 : Tamadun Awal Manusia

 tema umum sejarah kertas 3 spmu 2018 untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan
Kerajaan awal di Asia Tenggara terdiri daripada dua bentuk iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Kedua-dua kerajaan saling memerlukan antara satu sama lain. Masyarakat dalam kerajaan awal di Asia Tenggara berusaha menguasai alam sekitar untuk membaiki taraf hidup

Arahan kepada Guru dan Calon boleh dirujuk di bawah ini :-

Arahan Kepada Guru

1. Guru hendaklah memastikan Tema Umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan
2. Cikgu/ Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang Tema Umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan untuk Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan
3. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan
4. Hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai, mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan
5. Guru dilarang sama sekali menyediakan jawapan kepada calon dalam apa-apa bentuk sekalipun
6. Hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan

Arahan Kepada Calon

1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan
2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan
3. Pelajar/ Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan Tema Umum yang diberi. Sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3
4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang  berkaitan
5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/ bilik peperiksaan
6. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam bilik/dewan peperiksaan
7. Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah tidak mengganggu calon lain
8. Calon dinasihatkan supaya memperluas bahan bacaan. Agar tidak hanya bergantung kepada maklumat daripada buku teks semata-mata untuk menghasilkan jawapan yang mantap
Muat Turun Tema Umum Sejarah SPMU Kertas 3 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laporan Audit 1MDB Bukan Lagi Rahsia (Baca Di Laman Web Jabatan Audit Negara)

Laporan Audit 1MDB Bukan Lagi Rahsia (Baca Di Laman Web Jabatan Audit Negara)

senarai buffet ramadhan pulau pinang 2018

Senarai Buffet Ramadhan Pulau Pinang 2019 (Harga Dan Lokasi)