in

Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018 (SKK)

Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian BRIM 2018. Bagaimanakah cara membuat tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018? Waris kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sediada untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas boleh menuntut wang Skim Khairat Kematian (SKK) berjumlah RM1,000 menerusi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran. SKK hanya layak dituntut oleh waris untuk penerima BR1M yang telah meninggal dunia dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018. Untuk SKK tahun 2017, waris boleh merujuk kepada FAQ 2017 untuk menuntut SKK.

Untuk makluman, Skim Khairat Kematian (SKK) adalah satu skim yang menggantikan Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M) yang telah dilaksanakan pada pemberian BR1M tahun 2014. SKK akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun pada tahun semasa.

Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018

Cara Membuat Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M (SKK)

Berikut dikongsikan panduan cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian BRIM 2018  Adalah diingatkan yang penerima BR1M sediada dan pemohon baru adalah diminta untuk mengemaskini BR1M dan melengkapkan maklumat waris bagi membolehkan waris yang dinamakan membuat tuntutan sekiranya penerima BR1M meninggal dunia dalam tempoh yang dinyatakan.

Info Penting SKK

  1. Penerima di bawah kategori Isi rumah dan Warga Emas (60 tahun dan ke atas)
  2. SKK adalah untuk waris yang dinamakan sahaja
  3. Kematian dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2018
  4. Waris terdiri daripada Pasangan/ Ibu/ Bapa/ Anak/ Adik beradik/ Cucu sahaja
  5. Penerima untuk Kategori Individu tidak layak SKK

Prosedur Tuntutan Skim Khairat Kematian BRIM 2018

Menurut maklumat dari phamplet BR1M 2018, berikut adalah cara membuat Tuntutan SKK BRIM 2018 :-

  • Sekiranya berlaku kematian penerima BR1M dalam tempoh BR1M 2018 iaitu dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2018, waris yang dinamakan di dalam borang boleh menuntut SKK
  • Tuntutan boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Waris perlu membawa dokumen seperti berikut semasa membuat tuntutan:-

  • Sijil kematian asal/ salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Kad pengenalan asal waris
  • Dokumen pembuktian pertalian di antara penerima dan waris. Contoh sijil nikah/ perkahwinan jika pasangan. Sijil lahir jika pertalian dengan penerima samada ibu/ bapa.
  • Pembayaran akan dibuat oleh BSN selepas maklumat yang dikemukan disahkan lengkap dan tepat

Maklumat Waris BR1M 2018

Berikut dikongsikan FAQ maklumat waris dari sumber eBR1M buat panduan/ rujukan pemohon dan penerima BR1M sediada ada. Nota : Soalan (S) dan Jawapan (J).

1. S: Adakah pemohon wajib mengisi maklumat waris semasa Permohonan BR1M 2018?

J: Ya. Semua pemohon BR1M 2018 wajib mengisi maklumat waris.

2. S: Apakah tujuan maklumat waris diisi oleh pemohon BR1M 2018?

J: Tujuan maklumat waris diisi adalah untuk:

i. Menjadi wakil bagi sebarang urusan berkaitan BR1M 2018 jika pemohon mempunyai masalah seperti berikut:

  • a. masalah kesihatan
  • b. masalah fizikal (OKU)
  • c. dipenjarakan
  • d. bertugas di luar kawasan dan lain-lain; atau

ii. Menjadi waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) jika penerima BR1M 2018 telah meninggal dunia bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas (tidak termasuk kategori Bujang dan Ibu
/ Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda tiada tanggungan).

3. S: Siapakah waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan BR1M 2018?

J: Waris yang layak didaftarkan semasa pemohonan BR1M 2018 adalah seperti berikut:

  • i. Ibu
  • ii. Bapa
  • iii. Pasangan
  • iv. Anak
  • v. Adik-Beradik
  • vi. Cucu

4. S: Adakah waris yang didaftarkan terhad kepada status Warganegara Malaysia sahaja?

J: Pendaftaran waris tidak terhad kepada status Warganegara Malaysia sahaja. Waris perlu mempunyai hubungan pertalian dengan pemohon seperti syarat yang telah ditetapkan.

5. S: Adakah dokumen pengenalan waris perlu dikemukakan semasa Permohonan BR1M 2018?

J: Semasa pendaftaran waris, pemohon tidak perlu mengemukakan apa-apa dokumen pengenalan waris. Hanya perlu pastikan maklumat waris yang didaftarkan adalah tepat dan mempunyai hubungan pertalian yang telah ditetapkan.

6. S: Berapakah had umur untuk melayakkan seseorang menjadi waris? Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018 (SKK)

J: Tiada had umur kelayakan seseorang untuk menjadi waris kepada pemohon BR1M 2018.

7. S: Semasa mengisi Borang Permohonan BR1M 2018, saya membuat pilihan TIADA WARIS, adakah waris atau wakil boleh membuat penunaian bagi pihak saya?

J: Sekiranya pilihan yang dibuat adalah TIADA WARIS, sebarang urusan penunaian dan tuntutan BR1M 2018 adalah tidak dibenarkan.

8. S: Adakah saya masih boleh mengemas kini maklumat waris sekiranya pilihan sebelum ini adalah TIADA WARIS?

J: Boleh. Kemas kini waris hanya boleh dibuat oleh pemohon sahaja di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran. Sekiranya pemohon telah meninggal dunia dan pilihan waris yang telah diisi oleh pemohon adalah TIADA WARIS, tindakan kemas kini waris baru dan sebarang tuntutan BR1M 2018 oleh waris / wakil adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali pasangan / tanggungan yang telah didaftarkan di bahagian B (maklumat isi rumah) oleh pemohon semasa permohonan.

9. S: Bolehkah penukaran maklumat waris dibuat?

J: Boleh. Penukaran maklumat waris yang telah didaftarkan boleh dibuat oleh pemohon di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran sekiranya:

  • i. Waris asal yang didaftarkan telah meninggal dunia; atau
  • ii. Pertukaran waris atas kehendak pemohon sendiri

Semoga perkongsian cara membuat Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018 (SKK) boleh dijadikan buat pemohon dan penerima BR1M. Jangan lupa membuat penamaan waris semasa proses permohonan dan kemaskini BR1M.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online

Jadual Gaji 2018 Kakitangan Awam

Jadual Gaji 2018 Kakitangan Awam Kerajaan