Khusus buat mereka yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Anda dipelawa untuk menghadiri ujian eksesais pengambilan PDRM (pemeriksaan fizikal) di beberapa lokasi dan masa yang dinyatakan di bawah. Pengambilan bagi siri 2/ 2018 ini dibuka hanya untuk jawatan Konstabel Polis YA1 (Lelaki sahaja) dan Konstabel Polis YT1 (Lelaki sahaja).
Ujian pemeriksaan fizikal ini merupakan tapisan peringkat pertama bagi kemasukan anggota Polis sebelum melalui beberapa peringkat tapisan lagi. Ianya bagi mengenalpasti mereka yang benar-benar layak sahaja untuk menganggotai PDRM. Justeru mereka yang berkelayakan sahaja dijemput hadir bagi mengelakkan kegagalan.
Ujian Eksesais Pengambilan PDRM (Konstabel) Terkini
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan ujian eksesais pengambilan jawatan Konstabel PDRM meliputi syarat asas kelayakan (fizikal dan akademik) beserta tarikh dan lokasi ujian pemeriksaan fizikal di seluruh Malaysia.
SYARAT ASAS KELAYAKAN KONSTABEL PDRM | |||
![]() | |||
PERKARA | KETERANGAN | ||
UMUR MAKSIMUM | TIDAK MELEBIHI 27 TAHUN PADA 28 NOVEMBER 2018 | ||
TINGGI MINIMUM | 163 CM KE ATAS SAHAJA | ||
BERAT MIINIMUM | 50 KG KE ATAS SAHAJA | ||
INDEKS JISIM BADAN (BMI) | JULAT 19.0 HINGGA 29.0 | ||
UKURAN DADA | – 81 CM (BIASA – 86CM (TARIK NAFAS) | ||
![]() | |||
KONSTABEL POLIS YA1 | |||
![]() | |||
![]() | |||
![]() | |||
KONSTABEL POLIS YT1 | |||
![]() | |||
![]() | |||
![]() | |||
![]() |
Tarikh Dan Lokasi Ujian Pemeriksaan Fizikal Konstabel PDRM Siri 2/ 2018
Bagi calon-calon yang melepasi syarat kelayakan asas bagi kategori fizikal dan akademik seperti dinyatakan, anda bolehlah menghadirkan diri ke salah satu sesi eksesais ujian pemeriksaan fizikal Siri 2/2018 seperti ketetapan di bawah:
LOKASI UJIAN EKSESAIS PENGAMBILAN PDRM (KONSTABEL) | TARIKH | MASA |
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, Kedah | 18 November 2018 hingga 22 November 2018 | 7.30 Pagi |
Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, Ipoh, Perak | 24 November 2018 hingga 28 November 2018 | 7.30 Pagi |
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka | 18 November 2018 hingga 22 November 2018 | 7.30 Pagi |
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor | 24 November 2018 hingga 28 November 2018 | 7.30 Pagi |
MES Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan | 18 November 2018 hingga 22 November 2018 | 7.30 Pagi |
Dewan Badminton Kompleks Latihan PDRM Alor Akar, Kuantan, Pahang | 24 November 2018 hingga 28 November 2018 | 7.30 Pagi |
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Sabah | 18 November 2018 hingga 22 November 2018 | 7.30 Pagi |
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah | 24 November 2018 hingga 28 November 2018 | 7.30 Pagi |
Batalion 12, Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri, Sarawak | 18 November 2018 hingga 22 November 2018 | 7.30 Pagi |
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Sarawak | 21 November 2018 hingga 24 November 2018 | 7.30 Pagi |
Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, Sarawak | 26 November 2018 hingga 28 November 2018 | 7.30 Pagi |
Maklumat lanjut berkaitan pengambilan terkini Konstabel PDRM, sila rujuk Siaran Media PDRM di pautan berikut :-
Etika Pakaian Menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal
Bagi kot etika pakaian semasa menghadirkan diri ke eksesais ujian pemeriksaan fizikal ini, calon diwajibkan berpakaian sukan iaitu track bottom, Baju T-shirt berkolar, berkasut sukan dan membawa bersama seluar pendek (semasa menghadiri ujian pemeriksaan) manakala Jeans, baju kemeja dan selipar adalah tidak dibenarkan.
Dokumen Yang Diperlukan
Selain itu, calon yang berminat untuk hadir, anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen penting seperti berikut:
- Kad Pengenalan Asal dan Dua (2) Salinan;
- Sijil Kelahiran Asal dan Dua (2) Salinan;
- Sijil PMR atau PT3 Asal dan Satu (1) Salinan (Bagi Calon Konstabel Polis YT1);
- Sijil SPM Asal dan Satu (1) Salinan (Bagi Calon Konstabel Polis YA1);
- Sijil Berhenti Sekolah Asal dan Satu (1) Salinan;
- Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Ibu Dan Bapa, Satu (1) Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa Atau; Satu (1) Salinan Sijil Kematian Ibu dan Bapa;
- Satu (1) Salinan Sijil Nikah atau Surat Cerai dan Sijil Kelahiran Anak bagi calon yang telah berkahwin;
- Kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun, Satu (1) Surat Sokongan daripada Ketua Jabatan dan Satu (1) Salinan Kenyataan Perkhidmatan Terkini;
- Dua (2) Keping Gambar Terkini (Berkemeja / Berkolar) Saiz berukuran Passport;
- Pen Dakwat Hitam (Ball Point) dan Gam.
Maklumat Lanjut Ujian Eksesais Pengambilan PDRM (Konstabel) Siri 2/2018
Pelaksanaan Ujian Fizikal ini adalah berdasarkan standard yang telah ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Bil. 2/2016 dan Standard Ujian Pemeriksaan Fizikal PDRM. Justeru PDRM mempunyai kuasa untuk menolak calon-calon yang tidak berjaya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, tanpa sebarang kompromi serta semua keputusan yang diberikan adalah muktamad.
Perhatian juga buat calon-calon yang telah menghadirkan diri serta lulus Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Siri 1/2018 yang telah berlangsung pada September 2018 hingga 18 Oktober 2018 yang lalu, anda tidak perlu hadir ke Eksesais kali ini. Diucapkan semoga berjaya bagi yang bakal menghadiri Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Konstabel Siri 2/2018 ini dan semoga dapat berkhidmat untuk negara