in

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)

Apakah Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)? Pasti ramai pelajar dan ibu bapa yang ingin membuat permohonan kemasukan ke SBP tertanya-tanya dan ingin mengetahui maskud Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Seperti dikongsikan dari Soalan Lazim (FAQ) SBP 2018, UKSBP adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada murid yang terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP.

UKSBP akan dirintis untuk ambilan Tahun 2018 dan murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk kemasukan ke Sekolah Berasrma Penuh. Oleh itu pemohon perlu menyemak keputusan kelayakan menduduki UKSBP pada 30 November 2017 nanti.

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)

Ujian Kelayakan Kemasukan Ke SBP

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan SBP beserta dengan maklumat lanjut Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP).

Tarikh Penting Permohonan SBP 2018 Tingkatan 1 dan 4

  1. Permohonan ke Tingkatan 1 SBP : 16 Oktober 2017 hingga 19 November 2017
  2. Permohonan ke Tingkatan 4 SBP : 13 November 2017 hingga 24 Disember 2017

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2018

Maksud UKSBP adalah satu ujian saringan yang bakal dilaksanakan kepada murid yang terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP. Ianya mula diperkenalkan untuk permohonan kemasukan sesi ambilan tahun 2018.

  • Nota : Soalan UKSBP adalah berasaskan kepada IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am. Sila bawa kad pengenalan pemohon dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak dari laman sesawang KPM

Berikut diantara soalan lazim berkaitan UKSBP yang perlu diberikan perhatian buat para pelajar dan ibu bapa.

1. Apakah kesan UKSBP kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.

2. Adakah murid yang tidak berjaya/ tidak menduduki UKSBP masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

3. Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan kelayakan menduduki UKSBP?

Semua murid boleh menyemak keputusan kelayakan melalui laman sesawang www.moe.gov.my pada 30 November 2017.

4. Dimanakah dan bilakah UKSBP akan dijalankan?

UKSBP akan dijalankan di 69 pusat iaitu di semua SBP. Kementerian Pendidikan Malaysia akan meluaskan pusat ujian pada tahun akan datang. Tarikh ujian adalah pada 11 hingga 14 Disember 2017 di semua negeri kecuali Selangor pada 12 hingga 15 Disember 2017.

Syarat Pemilihan Ke SBP

Apakah syarat pemilihan murid ke SBP?

Pemilihan Murid Tingkatan 1

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Murid cemerlang akademik
  5. Murid aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia
  2. Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  3. Cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  4. Murid lulus saringan/ temuduga (hanya di KISAS)
  5. Murid aktif dalam kokurikulum

Nota Penting UKSBP

Murid yang memohon untuk menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh (SBP) perlu menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) pada 11 hingga 15 Disember 2017.

Selain UKSBP yang pertama kali diperkenalkan, pemilihan juga akan berdasarkan merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Kementerian Pendidikan mengumumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menjadi sebahagian daripada komponen PPSR dalam usaha mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan.

Selain UPSR, tiga komponen PPSR ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulam (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Prosedur baharu diharapkan dapat melahirkan murid yang seimbang dalam semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti.

Semoga perkongsian maklumat dan maksud Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) bermanfaat buat semua pemohon. Kepada pelajar yang layak, sila hadir ke UKSBP pada tarikh dan lokasi yang ditetapkan bagi membolehkan hasrta untuk memasuki SBP tercapai.

3 Comments

Leave a Reply
  1. Mohon pencerahan keputusan UPSR anak saya 5A 1B tetapi tidak memohon untuk online SBP.
    Jadi ambilan untuk berikutnya bila boleh dibuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai SBP Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia

Senarai SBP Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia

Skema Jawapan Nasionalisme Di Malaysia

Skema Jawapan Nasionalisme Di Malaysia