Borang UPU Online Sesi Kemasukan 2019/ 2020. Perhatian buat lepasan SPM/ STPM/ Setaraf yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti. Tarikh permohonan UPU sesi akademik 2019/ 2020 akan dibuka pada 25 Februari 2019. Sebelum dapat mengakses borang UPU Online, pelajar dikehendaki membeli Pin Unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum tarikh akhir pada 1 April 2019.
Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah terbuka buat Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ My Kad sahaja. Dua (2) kategori permohonan adalah untuk lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf.
Borang Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2019/ 2020
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Borang Permohonan Masuk U melalui UPU Online 2019 yang merangkumi perkara berikut :-
- Pautan borang
- Tarikh Pembelian Pin UPU
- Tarikh Permohonan
- Cara semak syarat kelayakan UPU
- Maklumat Lanjut UPU
Tarih Penting Permohonan UPU 2019
Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan UPU 2019/ 2020 meliputi tarikh buka dan tutup permohonan serta tarikh pembelian Pin unik ID UPU.
- Pembelian PIN UPU : 25 Februari sehingga 1 April 2019
- Tarikh Permohonan UPU : Bermula 1200 tengahari pada 25 Februari sehingga 2 April 2019, 1159 malam
Harga nombor PIN Unik ID adalah RM15.60 dan tidak dikenakan GST
Pautan Borang Permohonan UPU Online 2019
Pelajar yang telah membeli Pin UPU boleh mengkases borang permohonan di Portal Rasmi UPU di :-
- http://upu.mohe.gov.my/web/ ATAU
- Applikasi permohonan yang akan diaktifkan bermula dari tarikh permohonan di buka (Link akan dikemaskini)
Kategori Permohonan UPU 2019
Terdapat 2 kategori permohonan iaitu seperti berikut :-
i) Lepasan SPM/ setaraf
Untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf seperti berikut :-
- 1. Kategori A : Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2018 sahaja
- 2. Kategori B : Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2016 atau 2017
Pelajar dari kategori lepasan SPM/ setaraf adalah layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA berdasarkan kelayakan dan minat. Program yang boleh dimohon adalah Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti dan ILKA
ii) Lepasan STPM/ setaraf
Kategori pemohonan untuk lepasan STPM dan setaraf adalah seperti berikut :-
- STPM 2018
- STAM 2017 & 2018
- Asasi UA
- Matrikulasi KPM
- Diploma/ Setaraf
Kategori Lepasan Diploma/ setaraf adalah termasuk :-
- Diploma UA/ Politeknik
- DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Diploma Luar Negara/ Lain-lain Diploma
- Kelayakan Setaraf seperti A-Level / IB/ AUSMAT/ SAM/ CPU/ STPM, Matrikulasi, STAM (Bukan tahun semasa)
Semak Syarat Kelayakan UPU Dan Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
Pemohon adalah disarankan untuk membuat semakan syarat kelayakan UPU yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU, Jabatan Pendidikan Tinggi.sebelum membuat permohonan. Ianya penting dalam untuk mendapatkan maklumat penting berkaitan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA yang ingin dipohon. Maklumat yang boleh disemak termasuk syarat am kemasukan, syarat khas permohonan program pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan serta maklumat lain berkaitan institusi berkenaan.
Untuk membuat semakan, sila layari pautan URL di
Untuk kemasukan ke Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti pula, pelajar boleh melayari
- e-Panduan Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA : fepanduan
Maklumat Lanjut UPU Online Sesi 2019-2020
Berikut adalah iklan permohonan kemasukan ke UA Politeknik ILKA Kolej Komuniti melalui UPU Online :-
Adalah diingatkan menurut FB Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya dalam permohonan adalah seperti berikut :-
- Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
- Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
- Memohon program luar bidang aliran
- Tidak melepasi temuduga
- Markah merit rendah
- Tidak dipilih oleh Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi di kalangan pelajar
Pelajar adalah disarankan untuk melayari atau menghubungi maklumat yang disertakan di bawah ini dalam mendapatkan maklumat terkini Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2019-2020 Online.
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
- Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
- Talian helpline UPU di 03-8870 8200 (Waktu Bekerja : jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang)
Selamat membuat Permohonan UPU Online 2019 pada tarikh yang telah ditetapkan. Diucapkan selamat berjaya buat para pemohon kemasukan ke UA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti. Pilihlah kursus pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan akademik/ aliran anda agar peluang masuk U lebih cerah.