in

UPUPocket 2.0 Aplikasi Mobile UPU e-Panduan & Semakan

Berita baik buat para pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Sudahkah anda membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), ILKA, Politeknik atau Kolej Komuniti secara atas talian menerusi UPU? Selain aplikasi atas talian, urusan berkaitan permohonan dan semakan tawaran UPU serta e-panduan kini boleh dilakukan menggunakan aplikasi telefon pintar UPU Pocket 2.0. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan UPUPocket 2.0 Aplikasi Mobile UPU e-Panduan & Semakan buat rujukan semua.

Buat makluman semua, UPUPocket merupakan suatu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia samada para pemohon atau ibu bapa untuk mendapatkan perkhidmatan serta rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

aplikasi mobile UPUPocket 2.0

Aplikasi Mobile UPUPocket 2.0 (e-Panduan & Semakan)

Apa itu UPUPocket?

“UPUPocket is a mobile application developed by the Management of Student Admission Division, Department of Higher Education, Ministry of Higher Education which aims to assist Malaysians, especially applicants and parents to obtain services and references in admission of students to Public Universities, Polytechnics, Community Colleges and Public Skills Training Institutions”

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan UPUPocket 2.0 Aplikasi Mobile UPU e-Panduan & Semakan yang merangkumi pautan untuk memuat turun aplikasi, panduan penggunaan serta maklumat lain.

Pautan Muat Turun Aplikasi UPU Pocket 2.0

Untuk memuat turun aplikasi UPUPocket 2.0 di telefon pintar atau apa-apa peranti mudah alih, klik pautan yang disediakan di bawah. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui Google Play Store untuk Android dan App Store untuk iOS.

DOWNLOAD APLIKASI

Sila Klik :-
Untuk AndroidUntuk iOS

Funsi Utama Aplikasi UPUPocket 2.0

Berikut dikongsikan antara fungsi atau urusan yang boleh dilakukan menggunakan aplikasi UPUPocket 2.0.

SEMAKAN STATUS UPU

upu pocket
FUNGSILANGKAH
Semakan Permohonan
  • KlikSemakan Permohonan
  • Isikan Nombor Kad Pengenalan / MyKad dan pilih program pengajian
  • Klik Semak
Sistem Keputusan
  • KlikSemakan Keputusan
  • Isikan Nombor Kad Pengenalan / MyKad
  • Pilih jenis institusi dan program pengajian
  • Klik Semak
Sistem Kelayakan
  • KlikSemakan Kelayakan
  • Isikan Nombor Kad Pengenalan / MyKad
  • Isi Kata Laluan (Peringatan : Sila gunakan Kata Laluan UPU anda. Pastikan anda telah membuat pendaftaran UPU bagi membolehkan anda melakukan semakan kelayakan program)
  • Pilih Kategori
  • Klik Semak

*Nota : Kelayakan Program hanya dapat disemak 5 hari setelah keputusan SPM atau STPM diumumkan (hanya untuk lepasan SPM, STPM, Matrik dan STAM tahun semasa sahaja)

e-PANDUAN

upu pocket
FUNGSILANGKAH
e-Panduan SPM
  • Klike-Panduan SPM
  • Pilih Universiti Awam dan Kategori
  • Klik Carian
e-Panduan STPM / Setaraf
  • Klike-Panduan STPM
  • Pilih Universiti Awam, Kategori dan Aliran
  • Klik Carian
e-Panduan UPUSkils
  • Klike-Panduan UPUSkils
  • Pilih Agensi / Institusi dan Program Pengajian
  • Klik Carian
Carian Program
  • KlikCarian Program
  • Pilih Program Pengajian
  • Klik Carian
Laluan Kerjaya
  • KlikLaluan Kerjaya
  • Pilih Universiti Awam dan Kategori
  • Klik Carian

Fungsi Lain Aplikasi UPUPocket 2.0

Selain e-Panduan dan semakan, berikut adalah fungsi lain yang disertakan dalam aplikasi UPUPocket 2.0:

 

KEGUNAAN LAIN UPUPOCKET 2.0

FUNGSIKETERANGAN
Direktori
  • Pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan IPTA atau ILKA yang merangkumi alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan pautan kepada laman web rasmi
Takwim
  • Takwim memaparkan butiran tentang tarikh-tarikh penting UPU bagi sesi akademik semasa
Notifikasi
  • Pengguna boleh mendapatkan notifikasi berkaitan info-info UPU baru yang dikemaskini

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan aplikasi mobile UPU Pocket 2.0 ini, rujuk butiran di bawah:

No. Tel

  • 03-8870 8200

Facebook

  • kemasukan bpkp jpt

Twitter

  • @twt_upu

Instagram

  • @Kemasukanbpkp

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan UPUPocket 2.0 Aplikasi Mobile UPU e-Panduan Semakan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga sistem aplikasi yang dibangunkan KPM dapat memudahkan urusan anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Semak Bil TNB Online

Semak Bil TNB Online Melalui Portal myTNB Dan Aplikasi

Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE)

Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 Subsidi RM350