Perhatian buat semua rakyat Malaysia, anda pasti pernah mendengar malah pergi ke Pusat Transformasi Bandar atau Urban Transformation Centre yang lebih dikenali sebagai UTC. Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pertukaran waktu operasi bagi UTC di seluruh negara. Berikut adalah waktu operasi UTC bagi seluruh negara yang terkini termasuklah pekhidmatan kaunter.
UTC adalah sebuah pusat sehenti atau one stop centre bagi seluruh rakyat Malaysia untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan seperti jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga perkhidmatan swasta seperti bank dan pos semuanya di bawah satu bumbung.
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah melaksanakan kajian sebelum ini bagi melihat kesesuaian waktu operasi UTC. Sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan, waktu operasi UTC seluruh negara telah dipendekkan kepada pukul 8.00 pagi hingga 7.00 petang.
Walau bagaimanapun, maklum balas yang diberikan oleh orang ramai memohon agar operasi di beberapa lokasi UTC perlu dipanjangkan semula sehingga 10.00 malam. Oleh itu, MOF telah melakukan kajian sekali lagi dan menetapkan tujuh buah UTC yang lokasinya terletak di dalam pusat membeli-belah agar dilewatkan waktu operasinya.
Waktu Operasi UTC Terkini Seluruh Negara Mulai 4 Mac 2019
Bermula 22hb Januari 2019, waktu operasi UTC bagi seluruh negara adalah mengikut ketetapan berikut seperti siaran media MoF (Kementerian Kewangan Malaysia), Namun, Waktu Operasi UTC di Sabah dan Sarawak dipinda sekali lagi mulai 4 Mac 2019 :-
WAKTU OPERASI UTC TERKINI | |||
UTC | HARI BEKERJA | HARI TIDAK BEKERJA | |
Shah Alam, Selangor, Keramat, Kuala Lumpur, Seremban, Negeri Sembilan | Isnin – Khamis 1.00 tengahari – 10.00 malam Rehat 7.00 petang – 8.00 malam Jumaat 2.45 petang – 10.00 malam | Sabtu – Ahad 8.00 pagi – 5.00 petang | |
Alor Setar, Kedah Johor Bahru, Johor Kota Bharu, Kelantan Kuala Terengganu, Terengganu | Ahad – Khamis 1.00 tengahari – 10.00 malam Rehat 7.00 petang – 8.00 malam | Jumaat – Sabtu 8.00 pagi – 5.00 petang Rehat Solat Jumaat 12.15 tengahari – 2.45 petang | |
Kota Kinabalu, Sabah Keningau, Sabah Tawau, Sabah | Isnin – Jumaat 10.00 pagi – 7.00 petang Sabtu – Ahad 8.00 pagi – 5.00 petang Solat Jumaat 11.30 pagi – 2.00 petang | ||
WP Labuan | Isnin – Ahad 8.00 pagi – 5.00 petang Solat Jumaat 11.30 pagi – 2.00 petang | ||
Kuching, Sarawak Miri, Sarawak Sibu, Sarawak | Isnin – Jumaat 10.00 pagi – 7.00 petang Sabtu – Ahad 8.00 pagi – 5.00 petang Solat Jumaat 11.45 pagi – 2.15 petang | ||
Kangar, Perlis Sungai Petani, Kedah Ipoh, Perak Pudu Sentral, Kuala Lumpur Sentul, Kuala Lumpur Bandaraya Melaka, Melaka\ Pasir Gudang, Johor Kuantan, Pahang | Isnin – Ahad 8.00 pagi – 5.00 petang Solat Jumaat 12.15 tengahari – 2.45 petang | ||
UTC tetap akan beroperasi selama tujuh (7) hari seminggu kecuali cuti umum. |
Diharapkan perkongsian mengenai Waktu Operasi UTC yang terkini ini dapat membantu memudahkan urusan semua rakyat Malaysia dalam mendapatkan perkhidmatan di pusat berkenaan. Semoga segala urusan anda berjalan dengan lancar.