Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM 2024 Siri 68/24. Permohonan jawatan kosong tentera udara diraja malaysia lelaki terkini.

Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM 2024 Siri 68/ 24

Permohonan Perajurit Muda TUDM Siri 68/ 24 Tentera Udara DiRaja Malaysia Secara Online. Perhatian buat mereka yang berminat untuk menjadi salah seorang warga TUDM (Lelaki). Menerusi makluman terkini Facebook Rasmi Kerjaya Dan Pengambilan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), berikut dikongsikan maklumat pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM siri 68/ 24 untuk permohonan menyertai Perajurit Muda Udara secara online.

Lepasan SPM/ SKM dan Diploma adalah dipelawa untuk mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun secara online di https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/

Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM

Permohonan Online Perajurit Muda Udara TUDM 2024 (Siri 68/ 24)

Berikut dikongsikan maklumat pengambilan terkini TUDM tahun 2024 melibatkan Pengambilan Perajurit Muda Udara. Belia negara adalah dipelawa untuk memohon kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan ambilan Siri 68/ 24.

Pengambilan Terkini : Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 68/24 (Lelaki) akan dibuka mengikut tarikh permohonan yang bermula dari 27 November 2023 dan akan ditutup pada 7 Januari 2024.

Sila rujuk iklan pengambilan terkini di Facebook Kerjaya & Pengambilan TUDM.

Sila Daftar Akaun Pemohon Dan Mula Memohon Di Laman Sesawang

Syarat-syarat Dan Kelayakan Permohonan Adalah Seperti Yang Tertera Di Laman Sesawang Kerjaya Dan Pengambilan.

Cara Memohon :

Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon)

Log masuk ke bahagian pemohon

Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan

Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda

NOTA

* Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
* Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
* Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
* Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.Pemohon yang berkelayakan akan dipanggil ke Pusat Pemilihan Awal untuk menjalani Sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara (TUDM) Lelaki Siri 68/24

Maklumat yang dikongsikan di bawah memaparkan syarat kelayakan akademik, kelayakan asas dan tarikh pemilihan awal TUDM.

A. Syarat Kelayakan Akademik Perajurit Muda TUDM

Sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan akademik seperti berikut :-

  1. TUGAS KHUSUS. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan *(Rujuk Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan) yang dikongsikan di bawah ini dan Lulus dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Gaji permulaan adalah pada RM2,026.07
  2. SKM. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang tertentu dan mendapat Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Gaji permulaan : RM1,630.01 – SKM Tahap 2 dan RM1,696.02 – SKM Tahap 3
  3. SPM. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.  Gaji permulaan adalah pada RM1,564
  4. SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan KEPUJIAN dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Gaji permulaan adalah pada RM1,564
  5. Gaji belum mengambil kira Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Khas ATM (RM200)

B. Syarat Kelayakan Asas Pengambilan Perajurit Muda Udara (TUDM)

Selain syarat akademik, pemohon juga perlu memastikan diri beliau memiliki syarat-syarat asas berikut :-

  1. Umur.: Pemohon mesti berusia tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 15 Jun 2024
  2. Tahap Kesihatan : Tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak mengidap penyakit Asma/ Lelah atau penyakit kronik yang lain atau tidak mempunyai penyakit keturunan
  3. Tahap Penglihatan : Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lengkap/ sentuh dan memiliki pengecaman warna yang sempurna (Tidak rabun/ buta warna)
  4. Pendengaran : Kebolehan mendengar yang baik tanpa menggunakan sebarang alat bantuan pendengaran
  5. Fizikal. Memenuhi syarat fizikal seperti berikut:-
    a. Berat Badan Minimum. 49 kg (Lelaki) & 45kg (Wanita).
    b. Ketinggian Minimum. 1.65 meter (Lelaki) & 1.57 meter (Wanita).
    c. Indeks Jisim Badan (BMI). Di antara 18 hingga 25.
    cara pengiraan bmi
    d. Belum berkahwin bagi wanita
  6. Kecergasan Jasmani. Memiliki kecergasan jasmani yang tinggi.

C. Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan (Senarai Diploma Tugas Khusus)

Berikut adalah senarai diploma tugas khusus :-

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2018

D. Ketukangan

Ketukangan bagi Anggota Lain-Lain Pangkat TUDM mengikut pecahan berikut :-

a) Kejuruteraan

  • Aeromech
  • Avionik

b) Penerbangan

  • Kuartermaster Udara (KU)

c) Sistem Darat

  • Pembantu Kawalan Trafik Udara (PKTU)
  • Juruteknik Pengawasan Udara (JPU)
  • Bomba

d) Materiel

  • Materiel
  • Pengurusan Pengangkutan Kenderaan

e) Urusetia

  • Pembantu Pentadbiran
  • Pembantu Pertahanan
  • Jurulatih Jasmani
  • Chef Tentera
  • Pancaragam

E. Pemilihan Pengambilan Perajurit Muda Udara Terkini

Permohonan terkini Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 68/24 (Lelaki) secara walk in ke Pusat Pemilihan adalah tidak diterima. Di bawah adalah perkongsian maklumat pengambilan sebelum ini sebagai rujukan.

Lokasi Pemilihan Awal Mengikut Zon

Berikut adalah senarai lokasi pemilihan awal Perajurit Muda Udara TUDM siri 67/ 23 mengikut zon/ negeri/ kawasan (akan dikemaskini) :-

  • Zon Sabah, Sarawak Dan Zon Utara

  • Zon Selatan, Timur Dan Tengah

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM Terkini – Julai 2020

Maklumat berkaitan pemilihan Awal tahun 2022 akan dikemaskini sebaik sahaja dimaklumkan. Jika Anda Adalah Seorang Pemegang Diploma Dari Pusat Pengajian Yang Tersenarai Dan Jurusan Seperti Di Bawah, Anda Boleh Menghadirkan Diri Di Lokasi Terakhir Bagi Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara Siri 63/2020 – Julai 2020

Senarai Pusat Pengajian

|1| Universiti Teknologi Malaysia (Utm)
|2| Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Uthm)
|3| Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
|4| Universiti Teknologi Mara (Uitm)
|5| Universiti Malaysia Pahang (Ump)
|6| Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
|7| Universiti Kuala Lumpur (Unikl-miat)
|8| International University And Colleges (Inti)
|9| Ucsi University
|10| Universiti Selangor (Unisel)
|11| Multimedia University (Mmu)
|12| Management & Science University (Msu)
|13| Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Psa)
|14| Politeknik Premier Ungku Omar (Puo)
|15| Politeknik Premier Ibrahim Sultan (Pis)
|16| Politeknik Banting, Selangor
|17| Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
|18| Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan
|19| Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
|20| Politeknik Mersing, Johor
|21| Politeknik Merlimau, Melaka
|22| Politeknik Port Dickson
|23| Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
|24| Politeknik Sultan Mizan Abidin, Dungun, Terengganu
|25| Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
|26| Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
|27| Politeknik Sultan Idris, Sabak Bernam, Selangor
|28| Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, Pahang
|29| Politeknik Seberang Prai, Permatang Pauh, Pulau Pinang
|30| Politeknik Kuching, Sarawak
|31| Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
|32| Politeknik Mukah, Sarawak
|33| Politeknik Melaka
|34| Politeknik Nilai, Bandar Enstek, Negeri Sembilan

Senarai Diploma (Tugas Khusus)

|1| Diploma Kejuruteraan Mekanikal
|2| Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Am)
|3| Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)
|4| Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
|5| Diploma Kejuruteraan Mekatronik
|6| Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik)
|7| Diploma Kejuruteraan Mekanikal Aeroangkasa
|8| Diploma Kejuruteraan Automotif
|9| Diploma Kejuruteraan Elektro Mekanikal
|10| Diploma Kejuruteraan Jentera (Am)
|11| Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat
|12| Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
|13| Diploma Teknologi Penyelenggaraan Helikopter
|14| Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat Terbang
|15| Diploma Kejuruteraan Elektrik
|16| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
|17| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
|18| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan)
|19| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik)
|20| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa Dan Kawalan)
|21| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektrik Dan Elektronik)
|22| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kejuruteraan Elektrik)
|23| Diploma Kejuruteraan Elektronik
|24| Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
|25| Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan)
|26| Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
|27| Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
|28| Diploma Teknologi Penyelenggaraan Avionik

Keperluan Dan Tatacara Sebelum Memasuki Dewan Pemilihan

* Calon Perlu Hadir Bersama Dokumen, Alat Tulis Dan Pakaian Seperti Dibawah. Hanya Calon Yang Hadir Bersama Dokumen Yang Lengkap Dan Berpakaian Seperti Dinyatakan Sahaja Diterima Masuk Ke Dewan Pemilihan.

  • 1. 1 Salinan Mykad, Sijil Lahir Terkini, Sijil Diploma, Spm Dan Sijil Sukan Yang Aktif Mewakili Negeri Dan Kebangsaan Sahaja (Contoh : Sukan Sukma). Lain-lain Sijil Tidak Diperlukan.
  • 2. Alat Tulis Secukupnya.
  • 3. Berpakaian Sukan Lengkap (Seluar Track Suit, Baju T-shirt Berkolar Dan Kasut Sukan).

(Tahun 2023 akan dikemaskini)

F. Semakan Keputusan Ke Pemilihan Awal

Semakan keputusan panggilan ke pemilihan awal Pengambilan Perajurit Muda Udara siri 68/24 lelaki boleh dibuat di akaun pemohon bermula tarikh yang akan dikemaskini.

Hanya pemohon yang layak dan terpilih sahaja dikehendaki hadir ke pusat pemilihan untuk menjalani temuduga pemilihan awal mengikut tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.

Muat turun borang permohonan dan bawa bersama semasa menghadiri temuduga pemilihan awal.

Log masuk akaun pemohon di http://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
    No. Tel: 013-6893814
    Hari : Isnin – Jumaat
    Masa : 9.00pg – 4.00ptg
  • LAMAN SESAWANG RASMI : www.airforce.mil.my/kerjaya/pengambilan-terkini
    FACEBOOK PAGE (Interaktif) : www.facebook.com/kerjayatudm

Selamat membuat permohonan secara online. Moga anda terpilih untuk Pemilihan Awal Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM siri 68/ 2024.

Related : tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan, svm sijil kemahiran malaysia skm tahap 2,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *