Cara mohon dan panduan mengisi borang UPU online sesi 2021/2022? Berita baik buat lepasan SPM/ STPM dan setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran tinggi mereka. Pendaftaran Permohonan UPU 2021-2022 secara online untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA – dahulunya IPTA), Matrikulasi, IPG, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi ambilan tahun 2021/2022 dijangka akan dibuka pada bulan Januari 2021 dan pemilihan program pada Mac 2021.
Pendaftaran permohonan tidak memerlukan pembelian pin. Walau bagaimanapun untuk membuat permohonan dan mengkases borang UPUonline semasa proses pemilihan program, pelajar perlu membeli Pin Unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) dari tarikh yang akan dikemaskini. Pelajar yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon dengan memilih kursus pengajian berdasarkan kepada kelayakan calon dan minat.
Isi Kandungan
- Permohonan UPU Online Kemasukan Ke UA, Matrikulasi, IPG, Politeknik, Kolej Komuniti Dan ILKA Sesi 2021/2022
- 1. Kategori Permohonan UPU : Siapa Yang Layak Membuat Permohonan?
- 2. Cara Membuat Pendaftaran Borang UPU 2021/2022 Online
- 3. Tarikh Penting Permohonan UPUonline Sesi 2021/2022
- 4. Cara Isi Borang UPU 2021/ 2022 Online
- 5. Syarat Am Kemasukan
- 6. Syarat Khas – Kursus Pengajian Yang Layak Dimohon
- 7. Maklumat Lanjut UPU
Permohonan UPU Online Kemasukan Ke UA, Matrikulasi, IPG, Politeknik, Kolej Komuniti Dan ILKA Sesi 2021/2022
Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan online UPU sesi akademik 2020/2021 untuk Universiti Awam (UA), Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti, IPG serta ILKA buat panduan pelajar semua.
Nota: Bermula dari Mac 2015, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diganti dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA pula diguna bagi merujuk Kolej Komuniti dan Politeknik.
1. Kategori Permohonan UPU : Siapa Yang Layak Membuat Permohonan?
Kategori senarai program pengajian yang ditawarkan dan calon yang layak untuk memohon UA Politeknik Kolej Komuniti IPG Matrikulasi berdasarkan kelulusan mereka adalah seperti berikut :-
A. Calon Lepasan SPM/ Setaraf : Program Matrikulasi, PISMP IPG, Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti & ILKA
Semua calon yang berkelulusan
- SPM tahun semasa sahaja (Kategori A)
- SPM bukan tahun semasa (Kategori B)
adalah layak dan berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam UA Politeknik Matrikulasi, IPG, Kolej Komuniti & ILKA berdasarkan kelayakan dan minat.
B. Calon Lepasan STPM/ Setaraf : Program Ijazah Sarjana Muda Di UA Dan Politeknik Premier
Kategori pemohon untuk lepasan STPM dan setaraf adalah seperti berikut :-
- STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:-
- Kategori A • Aliran Sastera
- Kategori S • Aliran Sains
- Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J). Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:-
- Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
- Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
- Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM • Kategori U
- Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
- Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
- Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM • Kategori J
- Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori G, E, F)
- Kategori G • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA) / DIPLOMA POLITEKNIK :-
DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA)
DIPLOMA POLITEKNIK - Kategori E • DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN:-
DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
DIP LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM)
DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN - Kategori F • KELAYAKAN SETARAF :-
A LEVEL
INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA (IBD)
SEKOLAH SUKAN (SSBJ/SSTMI/SSMP)
STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
MATRIKULASI KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
STAM (DUA (2) TAHUN SEBELUM TAHUN SEMASA)
AUSMAT/ SAM / ADFP
FOUNDATION IPTS
- Kategori G • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA) / DIPLOMA POLITEKNIK :-
- Lepasan STAM (Kategori T)
- Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja
2. Cara Membuat Pendaftaran Borang UPU 2021/2022 Online
Pendaftaran hanya terbuka kepada calon-calon yang telah menduduki peperiksaan berikut:
SPM 2018, 2019 dan 2020STPM 2020Matrikulasi/Pasum/AsasiSTAM 2019 dan 2020
TIADA pembelian NO. UNIK ID diperlukan. Hanya lengkapkan pendaftaran di pautan ini:
Pendaftaran Kemasukan Pelajar 2021/2022Daftar Akaun Baru dan isikan maklumat peribadiPengguna boleh Login dan semak Program Pengajian yang ditawarkan
Nota : NO. UNIK ID tidak diperlukan untuk sesi pendaftaran pada waktu ini tetapi masih diperlukan sewaktu permohonan pada tarikh yang akan dikemaskini (semasa pemilihan program). Penjualan NO. UNIK ID bagi permohonan kemasukan akan dimaklumkan kemudian.
3. Tarikh Penting Permohonan UPUonline Sesi 2021/2022
Tarikh penting permohonan UPU 2021 adalah seperti berikut:
- Harap maklum,Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2021/2022UPUOnline dibuka pada 4 Januari 2021 ( Jam 12 tengah hari) hingga 31 Mac 2021 ( Jam 5 petang ) Pembelian No. Unik ID BSN mulai Februari 2021 Pemilihan program boleh dibuat seperti berikut : pic.twitter.com/z2MCj7vG2y
— UPU (@twt_upu) January 4, 2021
- Akan dibuka permohonan UPU pada Januari 2021
Harap maklum,
Permohonan UPUOnline Untuk Kemasukan Sesi Akademik 2021/2022
akan dibuka pada Januari 2021.
Keperluan saringan ke program bertemu duga dan ujian :
1) Bagi lepasan SPM 2020 – Keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020. pic.twitter.com/NNmLMFltQR
— UPU (@twt_upu) November 6, 2020
Sistem permohonan Online UPU akan dibuka seperti tarikh berikut (Tarikh tahun lepas dalam kurungan):-
A. Pin UPU Dan Applikasi Permohonan Dibuka/ Pilihan Program Pengajian
- 4 Januari 2021, 1200 pm : Permohonan Online 2021 dan
- Februari 2021 : Jualan unik ID BSN DIBUKA
- 30 Mac 2021 : Jualan unik ID BSN DITUTUP – Lepasan SPM, STPM/Setaraf
- 31 Mac 2021, 500 pm (Lepasan SPM/ setaraf) – (Lepasan STPM/ setaraf) : Permohonan Online DITUTUP (17 April 2020, 1159 malam)
- Pemilihan program boleh dibuat seperti berikut :
- LEPASAN SPM
- Berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 ( Jika ada )
- Pilihan program boleh dibuat pada 21 Mac 2021 ( 12 tgh hari ) hingga 31 Mac 2021 ( 5 ptg ).
- LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM
- Berdasarkan :
- STPM :
Keputusan peperiksaan terbaik sehingga semester 2 STPM 2020 - MATRIKULASI / ASASI :
- Keputusan peperiksaan hingga semester 1
- STAM :
- Keputusan peperiksaan percubaan ( jika ada )
- Pilihan program boleh dibuat pada 16 Mac 2021 ( 12 tgh hari ) hingga 31 Mac 2021 ( 5 ptg )
- LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
- Berdasarkan keputusan peperiksaan terkini.
- Pilihan program boleh dibuat sebaik sahaja membeli No. Unik ID di BSN.
B. Panggilan Interview
- -: Semak Panggilan Temuduga Lepasan SPM (27 April 2020)
- – : Proses Temu Duga Dijalankan Lepasan SPM (29 April – 20 Mei 2020)
- – : Hebahan keputusan permohonan ke UA/Politeknik Premier (3 Jun 2020)
- – : Keputusan permohonan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
- – : Permohonan Rayuan DIBUKA ke UA, Politeknik, ILKA, Kolej Komuniti (3 Jun 2020)
- – : Permohonan Rayuan DITUTUP ke UA, Politeknik, ILKA, Kolej Komuniti (10 Jun 2020)
C. Panggilan Temuduga
- – : Temuduga dan Ujian (Lepasan SPM/ setaraf)
- – : Temuduga dan Ujian (Lepasan STPM/ setaraf)
- – : Semak Ujian MEdSI bagi Program Sarjana Muda Pendidikan dan Temuduga Bukan Pendidikan lepasan STPM/ Setaraf (18 Mei 2020)
- – : Ujian Medsi dijalankan (28 Mei – 6 Jun 2020)
- – : Temuduga Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA) : (15 Mei 2019)
- – : Semak panggilan temuduga (Pendidikan) bagi lepasan STPM/ Setaraf (11 Jun 2019)
- – : Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA) – (— Jun 2019)
D. Keputusan Rayuan Lepasan SPM
- – : Hebahan keputusan rayuan permohonan bagi lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
- – : Hebahan kedua keputusan rayuan permohonan bagi lepasan SPM/ Setaraf
E. UPUonline Fasa 2
- – : Sistem UPU Online 2021 Fasa 2 (Matrik/Asasi) bagi lepasan STPM/Setaraf DIBUKA (20 Julai 2020)
- – : Permohonan Fasa 2 (Matrik/Asasi) bagi lepasan STPM/Setaraf DITUTUP
F. Keputusan Permohonan Dan Rayuan Lepasan STPM/ setaraf
- – : Kemaskini Dokumen Permohonan bagi lepasan Diploma dan setaraf DIBUKA. (12.00 tengah hari)
- – : Kemaskini Dokumen Permohonan bagi lepasan Diploma dan setaraf DITUTUP. (5.00 petang)
- – : Hebahan keputusan permohonan (18 Ogos 2020)
- Akan dikemaskini: Permohonan Rayuan DIBUKA selama 10 hari (31 Julai sehingga 9 Ogos 2019)
- Akan dikemaskini: Permohonan Rayuan DITUTUP (9 Ogos 2019)
- Akan dikemaskini : Hebahan keputusan rayuan Fasa 1 (26 Ogos 2019)
- Akan dikemaskini : Hebahan keputusan permohonan rayuan Fasa 2 (13 September 2019)
Nota : Tarikh yang dinyatakan adalah dari sumber portal rasmi UPU dan tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa
4. Cara Isi Borang UPU 2021/ 2022 Online
Permohonan kemasukan ke Universiti Awam, IPTA (Politeknik dan Kolej Komuniti) dan ILKA adalah melalui Laman web UPUonline (Permohonan atas talian). Berikut dikongsikan cara membuat permohonan kemasukan ke UA, Matrikulasi, IPG, Politeknik Premier/ Konvensional/ METrO, ILKA dan Kolej Komuniti.
A. Pin Unik UPU
Pemohon perlu membeli nombor Pin Unik ID UPU terlebih dahulu di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum dapat mengakses borang UPUonline untuk mengisi permohonan. Tarikh pembelian Pin Unik ID UPU adalah seperti berikut (Tarikh tahun lepas dalam kurungan):-
- Februari 2021 : Tarikh mula
- 30 Mac 2021 (SPM/ setaraf) / 30 Mac 2021 (STPM/Setaraf) : Tarikh Tutup iaitu sehari awal dari tarikh tutup permohonan
Harga nombor PIN Unik ID adalah RM15.00 untuk kedua-dua kategori permohonan iaitu lepasan SPM/ Setaraf dan lepasan STPM/ Setaraf.
B. Isi Borang UPUonline
Pemohon boleh mengkases borang permohonan dengan menggunakan no pin unik ID di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di URL berikut :-
- http://upu.mohe.gov.my/web/
- UPUonline
- UPUSkills
Sistem applikasi permohonan online UPU hanya akan diaktifkan pada tarikh permohonan dibuka. Pemohon pertama kali atau pemohonan baharu perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna sistem UPUonline tanpa memerlukan No Pin unik ID. Mereka yang telah mendaftar boleh login masuk ke applikasi permohonan dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah di daftarkan.
Nota : Sila pastikan anda mencetak slip permohonan dan menyimpannya sebagai bukti yang permohonan online UPU telah dibuat.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada 14 tips panduan permohonan beserta grafik panduan kemasukan 2021/2022 UPU di bawah ini yang akan dikemaskini.
Tips Permohonan UPU Online 2021/2022
- Beli Pin Unik ID UPU di BSN yang berharga RM15.00
- Pastikan kategori anda SPM/ STPM/ Matrikulasi/ Diploma
- Buka Portal Rasmi UPU di upu.moe.gov.my
- Semak kecenderungan anda di website UPUtag
- Sila semak syarat kelayakan AM/ KHAS di e-panduan upuonline
- Semak syarat e-Panduan dengan teliti
- Isi permohonan secara ONLINE
- Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap
- Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan
- Isi borang sampai habis
- Klik “SAH & HANTAR”
- Cetak slip permohonan
- Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat
- Semakan dan Kemaskini permohonan adalah tanpa had tapi ingat jangan tunggu sehingga saat akhir
5. Syarat Am Kemasukan
Syarat bagi kemasukan sesi 2021/2022 akan dikemaskini. Berikut adalah Syarat Am permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan SPM :-
A. Lepasan SPM (SPM 2020, 2019 & 2018)
i) UA/ IPG/ Kolej Matrikulasi/ Politeknik Premier
- Program Asasi/ Matrikulasi
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
- Lulus Sejarah
- Program Diploma
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
- Lulus Sejarah
ATAU
ii) Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti & ILKA
- Program Diploma
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
- Lulus Sejarah
- Program Sijil
- Pemohon mestilah :-
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Boleh menulis, membaca dan mengira
- Pemohon mestilah :-
B. Program Lepasan STPM/ Setaraf
Syarat Am permohonan kemasukan UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.
- Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.
Kelayakan
i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013.
ATAU
ii. SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
Kesetaraan SVM dengan 3 kredit SPM seperti berikut:
- Kepujian Bahasa Melayu 1104;
- PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
- PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67;
- Kompeten semya modul vokasional; dan
- Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013 – 2016
DAN
iii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am
ATAU
iv. MATRIKULASI/ ASASI
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
v. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;
ATAU
vi. DIPLOMA / SETARAF
- Mempunyai kelulusan Diploma UA/ Politeknik/ IPTS, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM) atau
- Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA); atau
- Lulus peperiksaan STPM tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
- Matrikulasi/Asasi tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
- STAM tahun 2016 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; atau
- Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level/ International Baccalaureate Diploma/ Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA.
DAN
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2015.
6. Syarat Khas – Kursus Pengajian Yang Layak Dimohon
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan untuk Permohonan Kemasukan ke UA/Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA/ bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf. MUET band 1 sebagai syarat khas kemasukan masih dilaksanakan oleh UA bagi program-program yang berasaskan bakat dan kecergasan.
Terdapat banyak program pengajian dan kursus yang ditawarkan di UPU. Untuk membuat semakan syarat kelayakan berdasarkan kepada kelulusan akademik anda, sila rujuk kepada Applikasi online Sistem Semakan Syarat Kelayakan/ Kemasukan di bawah ini.Senarai kursus pengajian yang layak di mohon akan dipaparkan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan SPM/STPM pemohon.
- Universiti Awam (IPTA) :
- Politeknik Premier, Konvensional dan METrO :
- esemak Politeknik
- ePanduan TVET
7. Maklumat Lanjut UPU
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Permohonan Kemasukan Ke UA, Matrikulasi, IPG, Politeknik Dan ILKA Sesi 2021/2022 Online termasuk rayuan upu, sila layari :-
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
- Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
- Soalan Lazim – FAQ
- Talian helpline UPU di 03-8870 8200 (Waktu Bekerja : jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
- Selain talian HOTLINE UPU, SISTEM MAKLUM BALAS telah disediakan untuk membolehkan pelajar untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai UPUOnline. Pelajar atau pemohon juga boleh mengutarakan pelbagai pertanyaan dan masalah yang dihadapi di Sistem ini yang dapat diakses di pautan berikut:-
- https://online.moe.gov.my/upu/maklumbalas/
Pelajar juga disarankan untuk datang ke Karnival Jom Masuk U/ IPTA untuk mendapatkan maklumat berkaitan Universiti dan kursus pengajian yang bersesuaian dengan pemohon. Tarikh dan Lokasi klik Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2020
Selamat membuat Permohonan untuk kemasukan ke UA, Matrikulasi, IPG, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Moga permohonan anda untuk menyambung pengajian tinggi tercapai. aplikasi mobile
Related : lepasan sijil pelajaran malaysia sesi 2021-2022