Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2024 Online. Pengambilan terkini pegawai kadet lepasan ijazah angkatan tentera malaysia tudm tdm tldm.

Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2024 Online

Berita baik buat mereka yang berminat serta berkelayakan untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). ATM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk membuat Permohonan Pegawai Kadet Graduan tahun 2024 dengan mengisi borang secara atas talian. Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Februari 2024.

Calon yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) boleh memohon untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2020 Online

Permohonan Pegawai Kadet Graduan Tahun 2024 Secara Online (Lepasan Ijazah)

Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan permohonan Pegawai Kadet Graduan terkini yang memaparkan cara membuat permohonan, syarat kelayakan, syarat perlantikan dan tarikh tutup permohonan.

Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Syarat Perlantikan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah

Berikut adalah syarat perlantikan buat panduan pemohon :-

  • Warganegara : Malaysia
  • Jantina : Lelaki dan Wanita
  • Umur : Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2024

 KRITERIA FIZIKAL

NO KRITERIA ASAS LELAKI  WANITA
1 Tinggi Minimum 1.62 m 1.57 m
2 Berat Minimum 47.5 kg 45.0 kg
3 Beza Ukuran Dada Pernafasan 5 cm 4 cm
4 Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 26.9 18.0 hingga 26.9
  • Taraf Kesihatan : Calon mestil lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dilaksanakan oleh Pegawai Perubatan ATM. Calon juga mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lengkap.
  • Saringan COVID-19. Calon perlulah memastikan kesihatan diri dalam keadaan terbaik dan disahkan bebas daripada risiko COVID-19

Syarat Kelayakan Akademik

  • Kelulusan Asas : Lulus SPM/ SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Kelulusan Pengajian Tinggi : Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas
  • Bidang/Jurusan Diperlukan: Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) pelbagai bidang / jurusan dari Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Kelulusan dari Universiti Awam (UA) dan Institutusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan akreditasi daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) melalui laman sesawang www2.mqa.gov.my/esisraf atau www2.mqa.gov.my/mqr

Sistem PNGK Universiti Luar Negara

Selain perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan akreditasi, calon juga perlu mendapatkan pengesahan keputusan akademik di peringkat pengajian ijazah pertama mengikut sistem PNGK UA di Malaysia

Temuduga

Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani pemilihan di pusat-pusat pemilihan yang akan dimaklumkan berdasarkan keperluan Perkhidmatan dari masa kesemasa

Kriteria Pemilihan

Calon-calon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan berdasarkan Penilian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Keputusan pemilihan dan temuduga adalah muktamad.

Pertauliahan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah

Pelantikan : Calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah untuk menjalani latihan ketenteraan di Kolej Perkhidmatan

Pertauliahan : Pegawai Kadet Lepasan Ijazah yang lulus dalam Latihan Ketenteraan dan terpilih akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek dengan jawatan Leftenan Muda atau setaraf setelah diperkenakan oleh SPB Yang DiPertuan Agong

Gaji, Elaun Dan Kemudahan

Manfaat sebagai Pegawai Kadet adalah berdasarkan Skim Perkhidmatan ATM yang sedang berkuatkuasa

Cara Membuat Permohonan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah

Permohonan secara dalam taian hendaklah dibuat melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah bagi tahun 2024 di laman sesawang Portal JOM MASUK TENTERA di pautan :-

ATAU

  • Imbas atau Scan barcode menggunakan telefon bimbit anda yang terdapat di iklan permohonan Pegawai Kadet Graduan tahun 2024 di pautan Facebook Tentera Darat Malaysia

Calon dikehendaki mendaftar akaun sekiranya belum pernah memohon sebelum ini, Setelah berjaya, log masuk dan ikuti arahan selanjutnya untuk melengkapkan proses permohonan

Maklumat Lanjut

Untuk makluman buat pemohon, hanya calon yang benar-benar layak sahaja dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pihak kami (Cawangan Tenaga Kerja – Sel C) di talian 03-20598133 samb 2391/ 5120/ 4524 atau 011-65504585

Untuk status permohonan, calon yang berjaya atau gagal akan dihubungi melalui email

Selamat membuat permohonan Pegawai Kadet Graduan tahun 2024 secara online. Moga permohonan anda berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *