Jadual Gaji 2025 Tarikh Bayaran Gaji Kakitangan Awam Kerajaan, Bila salary bulanan pekerja government masuk dari portal rasmi JPA.

Jadual Gaji 2025 Tarikh Bayaran Gaji Kakitangan Awam Kerajaan

Bilakah tarikh pembayaran gaji atau Jadual gaji 2025 bulanan penjawat awam/ kakitangan kerajaan? Mereka yang bekerja pasti mengharapkan upah atau gaji pendapatan hasil bekerja. Pembayaran gaji bergantung kepada tangga gaji termasuk pangkat (jawatan), kelayakan dan skill masing-masing dan dibayar dalam bentuk bayaran harian, jam dan paling sinonim dalam bulanan. Tidak terkecuali kakitangan awam kerajaan (Penjawat Awam).

Pembayaran gaji kakitangan awam pada kebiasaannya dibayar pada hujung bulan. Pada waktu inilah, mesin ATM atau bank sesak dengan pekerja membuat urusan kewangan hasil penggajian mereka. Selain gaji, bonus juga merupakan perkara yang ditunggu-tunggu. Untuk kemudahan semua penjawat awam, Jadual Pembayaran Gaji 2025 Bulanan Kakitangan Awam/ Kerajaan dikongsikan di bawah ini untuk rujukan semua.

Jadual Gaji 2024 Kakitangan Awam Kerajaan

Jadual Pembayaran Gaji 2025 Kakitangan Awam (Jadual Gaji 2025)

Berikut dikongsikan jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan 2025 kakitangan awam yang mungkin dapat membantu anda dalam merancang percutian atau balik kampung sesuai dengan cuti persekolahan Malaysia. Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali dan jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2025 adalah seperti berikut.

Makluman : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke -18 bahawa bayaran kenaikan gaji tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam gred 11 hingga gred 6 dan akan bermula Januari 2023. Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 yang akan diberikan kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah sebanak RM700 dan pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen sebanyak RM350 pada Januari 2023. Maklumat lebih lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut adalah maklumat gaji penjawat awam 2025. Waktu kritikal adalah pada waktu menjelang Hari Raya Aidilifitri. Pembayaran gaji seterusnya akan mengambil masa yang lama disebabkan gaji telah dibayar awal untuk persiapan Hari Raya.

  • Semakan dan cetakan gaji bulanan kakitangan awam boleh dibuat secara online di JANM

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan 2025

Berikut dikongsikan tarikh penting dari makluman tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2025 seperti di Lampiran di bawah. Ianya ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BKSK.600-2/13/2 (8) bertarikh 6 September 2024 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025.

Maklumat bayaran gaji 2025 yang dikongsikan memaparkan maklumat bulan/ tarikh/ jenis perayaan – jika ada dan hari.

Berikut adalah maklumat tarikh pembayaran gaji beserta bulan, tarikh, hari dan nota. Hampir kebanyakkan hari pembayaran gaji adalah pada hari Khamis.

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan 2025

Berikut adalah tarikh penting dari makluman Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2024 untuk tarikh dan pembayaran emolumen tahun 2025:-

  1. Januari 2025
    • 22.01.2025 Rabu (TAHUN BARU CINA : 29 & 30 Januari (Rabu & Khamis))
  2. Februari 2025
    • 25.02.2025, Selasa
  3. Mac 2025
    • 24.03.2025, Isnin (HARI RAYA AIDILFITRI : 31 Mac & 1 April (Isnin & Selasa)
  4. April 2025
    • 24.04.2025, Khamis
  5. Mei 2025
    • 22.05.2025, Khamis (HARI PESTA KAAMATAN : 30 & 31 MEI (Jumaat & Sabtu))
  6. Jun 2025
    • 25.06 2025, Rabu (HARI GAWAI : 1 & 2 JUN (Ahad & Isnin) HARI RAYA AIDILADHA : 7 & 8 JUN (Sabtu & Ahad))
  7. Julai 2025
    • 24.07.2025, Khamis
  8. Ogos 2025
    • 25.08.2025, Isnin
  9. September 2025
    • 25.09.2025, Khamis
  10. Oktober 2025
    • 16.10.2025, Khamis (HARI DEEPAVALI : 20 OKTOBER (Isnin))
  11. November 2025
    • 20.11.2025, Khamis
  12. Disember 2025
    • 18.12.2025, Khamis (HARI KRISMAS – 25 DISEMBER (Khamis))

Lampiran Jadual Pembayaran Gaji 2025 Penjawat Awam

(Satu tarikh gaji untuk semua negeri)

gaji-penjawat-awam-kerajaan-2025

Nota

  • Tarikh pembayaran gaji 2025 masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh ANM dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa kesemasa

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Semoga jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2025 (tarikh pembayaran gaji) yang dikeluarkan jabatan akauntan negara malaysia janm ini pastinya akan memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam). Dalam merancang perbelanjaan isi rumah serta perbelanjaan Individu mereka kearah kehidupan yang lebih terjamin untuk masa hadapan..

Related : mengikut tarikh, satu tarikh dan peraturan pembayaran emolumen tahun,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *